Tuesday, May 13, 2014

Another Thalasemia Update.

Remember akak ada buat another test for alpha thalasemia.
Alpha thalasemia test ni kena hantar pi genetic punya lab. Diorg tgk genetic dalam darah lebih kurang gitu lah akak x paham sangat.

Kalau Beta thalasemia diorg boleh check terus dari blood test. Alpha thalasemia punya test diorg kena hantar ke London sebab dekat Royal Sussex Hospital xde.

So selepas 3 minggu, Karen call akak bagitau, akak juga carry 1 gene alpha thalasemia. Bermaksud, akak carry both alpha and beta thalasemia. Cacat sangat kan pemprosesan alpha and beta globin darah aku??

The good news is Mohd Rafi x carry alpha thalasemia so no risk of alpha thalasemia kat baby. Cuma kitorg kena careful with the risk of major beta thalasemia on our 2nd baby. Karen tanya lagi kalau2 akak nak another counseling on thalasemia. Akak kata tak nak lah sebab akak paham dah pasal thalasemia tu.

Pastu dia kata kalau akak agree utk buat blood test on thalasemia keatas baby yg akan lahir nanti. Akak agree jah. Sbb nnt kat Malaysia dah susah nak buat test2 tu semua esp, Alpha thalasemia test.

Pastu dia tanya, kalau akak nak buat test tu skrg. Which mean kena masukkan jarum through perut untuk amek sample dr air ketuban ke apa ntah. Akak tak ingat. Korang boleh google. Sebab risk dia adalah 1 of 10 chances akan miscarriage akak pun cakap x nak. Sebab test tu cuma boleh buat after 16weeks of pregnancy. Akak x nak la dh tgk baby develop semua. Ada heart beat, disebabkan test tu kami hilang baby tu.

Then Karen kata Ok, nanti kena pi spital lagi. Aiyoooo sgt kan..

Pastu dapat surat result on down syndrom test aritu. Low risk. Alhamdulillah.

And dapat surat untuk test hearing Pahat. Dekat Hove. Aiyoooo ingatkan kat spital. Jaohnyaaaaaa Hove.

Gigih je la emak!

Friday, May 2, 2014

Survived puasa 18 jam.

Fuh... dah dekat summer kan. Kena ganti puasa laju2.
Alhamdulillah dah x pening2, loya2. Dah masuk 13 minggu dia ok. Bagus baby, bagus!

Jadi marilah ganti pusa.

Kebtulan semalam Mohd Rafi pun nak puasa. Lagi senang keje akak.

Walaupun agak lembik sbb sahur pukul 2am kaedahnya, subuh masuk pukul 3am. Pastu nak menunggu ke pukul 8.30pm tu ya ampunnnnnn.

Kalau aku x pregnant memang aku lenjan je puasa straight.

Alhamdulillah dpt habiskan puasa. Maksudnya bulan puasa kang boleh la survive.

Eh, tp bulan puasa ada appointment check gula dalam badan. Ala kalau kat malaysia korang kena minum air gula tak sedap kann? Kat sini minum air lacozade, wah sedap gila!

So semalam buka pukul 8.30 tp pukul 6 akak dh siap masak. Sebab pahat sibuk 'nak nasik...nak nasik'

Jd akak pon masak tomyam campur, telur dadar, ayam goreng berlada dengan rebus telur masin.

Pastu bos Mohd Rafi tetiba msg suh dtg kerja pkl 7pm. So dia pon pegi. X sempat nak buka kat rumah.


Balik pukul 12 malam, mcm biasa, dia kalau nampak akak celik lagi dia suh la panaskan lauk pastu buatkan air kopi.

Pastu makan mcm org kebulur. Dia kata kat kedai dia makan burger ayam. Sbb dh boring makan ns goreng hari2. Hahaha

Kedai siam tu guna ayam halal. Kalau ayam n seafood tu boleh la makan. Akak kalau pegi sana pon suka order ns goreng dgn tomyam. Dia letak seafood tu diahhhh selambak.

Sapa dtg Brighton boleh la ke restaurant tu namanya Sabai Restaurant.

Kalau pegi dgn Mohd Rafi dpt diskaun pekerja. 15%.

Eh, nk citer. Lepas akak buka semalam. Buka puasa terus makan nasik banyak2. Pastu perut akak mengeras. Pastu sakit kat bawah perut sikit. Rasa senak. Rasainnnn sgts. Sbb perut kosong pastu makan banyak2 terus terkejut.

Hospital

Hakak kalau ikutkan memang la malas nak pi hospital sebab kena naik bas no 23 tu.

Selasa lepas pegi sebab full scan dengan down check up. Appointment pukul 4pm. Tapi mcm biasa diorg akan panggil 30 menet selepas itu. Akak pi sorang je sebab aku x kuasa bawak Pahat okeh. Nanti dia lari2 pastu bising dalam tu. Anak omputeh baik je okeh duduk sebelah mak bapak dia. Anak aku je yg x reti diam.

Sonographer buat detail scan. Check tulang dah develop. Jari kaki tangan semua dah develop. Check otak ada 2. Check liquid kat otak aku x sure diorg panggil apa, tp liquid tu normal 2.0 maksudnya low risk utk down syndrom.

Pastu sonographer tanya nak print ke x scan tu. Kalau nak kena bayar Gbp5. Since bukan selalu dpt scan akak request nak print jah.





Lepas tu baby facing toward sonographer tu. Tapi dia x nak baby tu position mcm tu sebab dia nak kira liquid tu pastu measure panjang dia ke apa ntah. Dia nak baby tu mcm position kat gambar scan tu. So dia suruh akak sambil baring kaki lipat dan goyang2 punggung.

Tapi baby still x gerak. Pastu dia suh bangun lompat2. Tetap x gerak ya... Lepas tu dia suh diri tangan letak kat katil dan tonggeng sikit goyang2 bontot.

Lepas tu scan balik baru la dapat position mcm dalam gambar.

Exercise kejap mak kau dalam bilik scan tu.

Siap scan pegi lak antenatal klinik kat building sebelah tingkat 11. Tunggu 30 menet jugak, midwife panggil nama, masuk bilik. Amek darah untuk check down. Midwife kata result keluar jumaat ni. Kalau x dgr pape by friday consider low risk. Gituu.

Lepas siap semua pkl 5.30 naik bas pi Asda beli ayam. Msg Mohd Rafi suh masak sup. Akak balik masak nasik ayam.

Laki akak makan dah la tambah 2 kali. Pastu malam tu gi makan lagi. Pagi2 akak feeling2 nak makan tgk nasik dah habes. Akak masak lagi skali sbb ayam perap tu banyak lagi. Akak feeling2 perap ayam sekor. Merasa kau habeskan kannnn?

20 and 21 may ni kena pi spital lagi. Check up lagi dengan hearing test Pahat.

Gituu la kejenya pi spital je.

Tuesday, April 29, 2014

Baju Raya.

Sibuk je kan beli baju raya.

Puasa x habes ganti lagik. Adoyai..kalau akak tau akak nak pregnant sambil loya2 pening2, akak dh ganti puasa siap2.
Apa nak di kata..... skrg subuh start pukul 3 habes pukul 5. Maghrib pukul 8.20pm. Mampooo x agak2 puasa.
Nanti kan time puasa summer. Buka pukul 9 lebih. Pengsan emak.

Eh, berbalik pada baju raya. Akak pon feeling2 jugak nak berbaju raya walaupon time raya tu perut dah kedepan.
Akak dok tengok2 la jugak fashionvalet.com ala2 baju raya ready made from designer. Tapi mahal la pulakk... Yang Saiful Baharim tu ok lagi, akak suka jugak dalam rm300 to RM400. Yang designer lain memang Ya Ampunnnnnn mahal gila akak rasa. Pastu design biasa2 je harga RM799! Pitammm!! Ready made je kot.

Akak nak tggu Rizalman punya baju raya ready made. Pastu akak tahun lepas suka baju raya Arma Couture. Chantek sgt. Tapi akak kan dintis serta mesken x kuasa la haku nak beli baju raya sampai Rm500. Tp kan yang Arma punya baju raya tu akak rasa berbaloi la jugak kalau nk beli sbb design dia chantek sangatss.

Tahun lepas akak ada la jugak feeling2 nak beli baju jovian Mandagie kat Tesco. Tapi dah gi fitting 4 5 baju. Cutting dia x berapa chantek. Terlalu panjang sampai meleret2. And kain agak nipis. Compare dengan Rizalman punya ready made yang akak beli 2 tahun lepas, cutting memang chantek terletak kat badan. Labuh memang ngam2. So akak suka Rizalman punya ready made.

Tahun ni akak usha2 poplook. Sebab pregnant, jd akak pon sedar diri. Beli lah baju dress longgar2 je. Beli jugak blouse. Best gila poplook. Dah la free delivery pastu murah pulak tu. Lepas order, 2 hari dah sampai. Bukan sampai uk tp sampai malaysia ke rumah adik aku. Haros dia menerai baju aku dulu. Baju poplook hasil Paw laki akak sbb dia janji nak belikan baju pregnant. Ok la tu. Beli 2 baju tak sampai GBP30.

Ha baju ni kann sebab kembang2 mmg la sesuai pakai time pregnant.

Dengan dress ni. Adik aku kata buruk. Biarla asalkan laki akak approve. Boleh gitu.

Yang penting sesuai dengan budget. Ntah bila nak pos ke uk akak pon tak tau.

Yang penting sekarang ni uolls. Nak membeli kena la berdasarkan budget yang kita ada. Biarla pakai baju 10hengget pon asalkan tak berhutang semata2 nak memenuhi nafsu.

Sekian. Kejap lagi kena check up kat spital. Nyampah tau asyik ulang alik spital jek.


Sunday, April 27, 2014

6th anniversary.

Anniversary akak dan mohd rafi adalah 6.4.

Tapi kaedahnya uollss akak lupa. Laki akak pun lupa. Howww?

Hari khamis 10hb baru akak teringat, Eh, arini 10hb, bukan ke annivesary 6.4?

Kannnn? Dah tua2 dah lupa. Akak pun ala2 dont bother gituuu.

Akak cakap dengan Mohd Rafi, 'Bang, I rasa i nak anak 2 je dah la. Maximum pun 3. Tak larat la tua2 nak mengandung nak layan loya2 pening2 lagi'

Sekarang dah 13 weeks alhamdulillah dah kurang sikit. Hopefully boleh focus kat phd. Aku pon risau la asyik loya2 pening2 nak buat keje pon x boleh. Harap2 sempat siapkan 1 project before deliver sbb sv plan nak hantar pegi conference kat Malaysia. Aku dengar kat Malaysia akak kena bayar sendiri pon akak sanggup uollss. Gituuu... Doakan akak berjaya gituuuuu..

Akak rasa bersalah sbb sv akak baik memahami tp kejadian pregnant loya2 muntah2 x disangka. Progress pun slow. Haih.

Akak plan nak cuti 3 bulan maternity. Lepas 40 hari pantang nak balik Malaysia cuti bawak baby. Dah alang2 nak cuti tu. Tapi kena discuss dgn sv dulu cemana boleh ke x.

Tu semua cuma plan je.

Pastu x tau caner visa baby. Akak confuse lagi.

iklan