Tuesday, April 29, 2014

Baju Raya.

Sibuk je kan beli baju raya.

Puasa x habes ganti lagik. Adoyai..kalau akak tau akak nak pregnant sambil loya2 pening2, akak dh ganti puasa siap2.
Apa nak di kata..... skrg subuh start pukul 3 habes pukul 5. Maghrib pukul 8.20pm. Mampooo x agak2 puasa.
Nanti kan time puasa summer. Buka pukul 9 lebih. Pengsan emak.

Eh, berbalik pada baju raya. Akak pon feeling2 jugak nak berbaju raya walaupon time raya tu perut dah kedepan.
Akak dok tengok2 la jugak fashionvalet.com ala2 baju raya ready made from designer. Tapi mahal la pulakk... Yang Saiful Baharim tu ok lagi, akak suka jugak dalam rm300 to RM400. Yang designer lain memang Ya Ampunnnnnn mahal gila akak rasa. Pastu design biasa2 je harga RM799! Pitammm!! Ready made je kot.

Akak nak tggu Rizalman punya baju raya ready made. Pastu akak tahun lepas suka baju raya Arma Couture. Chantek sgt. Tapi akak kan dintis serta mesken x kuasa la haku nak beli baju raya sampai Rm500. Tp kan yang Arma punya baju raya tu akak rasa berbaloi la jugak kalau nk beli sbb design dia chantek sangatss.

Tahun lepas akak ada la jugak feeling2 nak beli baju jovian Mandagie kat Tesco. Tapi dah gi fitting 4 5 baju. Cutting dia x berapa chantek. Terlalu panjang sampai meleret2. And kain agak nipis. Compare dengan Rizalman punya ready made yang akak beli 2 tahun lepas, cutting memang chantek terletak kat badan. Labuh memang ngam2. So akak suka Rizalman punya ready made.

Tahun ni akak usha2 poplook. Sebab pregnant, jd akak pon sedar diri. Beli lah baju dress longgar2 je. Beli jugak blouse. Best gila poplook. Dah la free delivery pastu murah pulak tu. Lepas order, 2 hari dah sampai. Bukan sampai uk tp sampai malaysia ke rumah adik aku. Haros dia menerai baju aku dulu. Baju poplook hasil Paw laki akak sbb dia janji nak belikan baju pregnant. Ok la tu. Beli 2 baju tak sampai GBP30.

Ha baju ni kann sebab kembang2 mmg la sesuai pakai time pregnant.

Dengan dress ni. Adik aku kata buruk. Biarla asalkan laki akak approve. Boleh gitu.

Yang penting sesuai dengan budget. Ntah bila nak pos ke uk akak pon tak tau.

Yang penting sekarang ni uolls. Nak membeli kena la berdasarkan budget yang kita ada. Biarla pakai baju 10hengget pon asalkan tak berhutang semata2 nak memenuhi nafsu.

Sekian. Kejap lagi kena check up kat spital. Nyampah tau asyik ulang alik spital jek.


No comments:

iklan