Thursday, February 13, 2014

Omputeh nya anak aku.

Ni hot choc akak beli tiap2 pagi lepas hantar Pahat. Nampak sedap x? Murah la compare to starbuck, costa and nero. Sebab jual dalam Uni je.

Nak bgtau Pahat ngada2 gila skrg. Makan semua nk guna sudu garpu. Chanteknya muka kau. Emak ajar guna tangan je. Suapkan dia pon guna tangan.

Tapi sbb kat sekolah dia guna sudu, jd terbawa2 ke rumah. Pengaruh sekolah ni penting sebenarnya. Sebab tu orang kat sini sanggup pindah rumah dekat dgn sekolah yang dia suka semata2 nak sekolahkan anak dia kat situ.

Influence rakan sebaya lebih senang dihadam dari influence parents. Tapi sebagai emak, akak cuba la terapkan ajaran kat rumah jugak biar dia tau beza. Tak tau la dia absorb ke tidak.

Oh tahap kroniknya si pahat guna sudu garpu adalah makan roti guna garpu. Chanteknya muka kau kann.. Omputeh pon makan roti guna tangan.

Yang bagusnya carer dia slalu cakap he'is very helpful. Dia suka tolong orang. Tolong kemas mainan kat sekolah. Tolong susun pinggan orang lepas makan.

Lepas tu akak cakap dengan adik akak Temok.
'Pahat rajin macam aku, malas mcm kau'

Adik akak jawab:
'Ko jangan berangan kau rajin. Yang rajin tu Mohd Rafi. Kain kau tu 3 tahun bergunung tak lipat berangan kata rajin'

Kuang hajo adik aku...

Lepas tu kan bagus la Pahat sejak sekolah preschool ni. Bila dia makan atau pegang sesuatu tangan kotor dia terus pi sinki 'wash hand'.
Pinggan lepas habes makan letak kat sinki.
Kalau pegi kedai buku jatuh atau barang ke jatuh dia amek letak kat rak balik.

Tapi yg free 15jam sekolah tu sampai end of march je. Kami tengah consider bulan 4 ni nk hantar dia pegi sekolah berapa jam seminggu. Sbb sejam GBP5.50 kena bayar. Mungkin nak hantar 2 hari je kot.

Ok lah. Akak tgh fikir balik Malasia nk hantar Pahat sekolah kat mana. Gituuuuu belum2 dah fikir.

Wednesday, February 12, 2014

up and down

Hi uolsss... Akak memang malas upload gambar skrg ni jd kau hadap je lah blog ni dengan tulisan2 yg x seberapa hakak nih.
Sekarang pukul 1.30am. X boleh tido. Bukan sebab buat kerja sbb skrg angin malas melanda. Gituuu lah akak uols. Time rajin tu rajin la sgt sampai x tido seharu buat kerja. Time malas jangan harap nk buat apa2.

Ha tu kalau aku tulis kat fb ada lah tukang sibuk kata aku gunakan duit tax dia bayar. Tampar kang... Ko nak sgt guna duit tax kau, silalah apply mara ni jugak.

Sebenarnya akak nk ngumpat pasal mara ni. Ada ke tetiba email nak kurangkan elaun kami dari rate A ke B? Suka2 hati mak bapak dia je. Padahal dalam agreement dalam financial statement semua tulis rate A. Dah xde duit ke apa kannn?

Ini menyebabkan budget akak lari. Dah la akak dok family kat sini. Tampar kang!

Pastu Boss siam laki akak tu balik Thailand. Pastu yg uruskan kedai tu laki dia. Huru hara okeh jd nya. Jadual kerja Mohd Rafi terus tukar jd 3 hr je kerja. Lepas tu semua dok komplen x cukup kaki tgn buat kerja sbb dia suka2 kurangkan waktu kerja org.

So berkurang lah gaji semua org bln ni. Hampeh.

Tambah pulak dengan mara yg biol tu kan...

Sakit hati kitewww!

Thursday, February 6, 2014

Student Nowadays...

Sv akak kan suh masuk kelas master dia. Advance Control in bla bla... Aku x ingat nama dia.

Kelas pukul 2 to 5 every tuesday. Tapi budak2 ni ya ampunnnnn... Yang ponteng tu 1 hal.

Ada ke masuk kelas lambat 40 menet buat bodo je. Selamba badak je uollss masuk kelas buat muka bodo.
Yang paling best dia tanya lecturer:
'Is there any possibility to end early today?'

Sv akak hangen je pastu jawab. 'U came 40 mins late and u dare to ask me when it end?'

Tapi dia ckp cara melawak lah sambil jengil mata. Pastu dia dalam kelas dia dok tanya2 soalan kat budak2 master tu semua senyap... **krik...krik...krik...krik...

Akak awal2 sv dh warn kalau dia tanya kena diam je sbb kelas tu specialy utk budak master. So kalau student phd masuk sekadar observer je.

Abes kelas Sv dok bebel2 kat akak. Dia kata zaman dia belajar dulu xde macam ni. Kalau lecturer tanya at least dia jawab jugak sikit2.

So akak cakap lah, student nowadays is different from our time.

Dia tanya kat malaysia mcm tu jugak ke? Akak jawab mana2 pun sama je...
To many technology kann... Sbb skrg kalau ko x dtg kelas ko boleh google berlambak jawapan. Belajar dr internet, pastu copy paste kannnn??

Pastu dia suh meeting jumaat. Akak cakap belum buat tilting train implementation to scilab lagi. Baru siap buat literature review.

Dia kata 'U have 2 days to friday. Should be enough'

Haha kannn... tp arini akak x buat kerja sbb aku dah seminggu stress buat literature review. Ko hingat x pening baca paper banyak2 tu. Bagus jugak sv suh buat awal2. Kang time writing tinggal copy paste masuk dalam thesis je.

Ni sv akak. Nama dirahsiakan. Matila kannnn...

Bila akak tanya orang lain kann...xde pun yg sv rajin buat meeting tiap2 minggu. Sv aku je rajin sbb akak ni satu2 nya student dia. Pastu dia la paling rajin guide akak tiap2 mggu apa nak buat, apa nak settlekan dulu. Method apa kena guna. I'm so thankful. Bayangkan kalau sv jenis x kisah, suruh cr semua sendiri memang bertambah pemalas hidupku yang sudah sedia pemalas ni.

Akak tau phd sepatutnya memang kena buat semua sendiri. Tapi I find it better for sv to guide a little bit. I'm so going to follow my sv method bila akak jadi lecturer. It is better for student and it is better for lecturer because at least you can see that your student is doing something or achieve something everyweek.Salah satu sebabnya, sv akan report kat faculty every semester end progress student.

Tu la uollss... Semua bergantung pada rezeki jugak. Dapat Sv yg ok pun rezeki. Dpt project yang ko terer pon rezeki (ni bukan kes akak). Ada jenis yang buat experiment pejam mata je dh dpt result boleh terus writing. Yelah Allah kadang2 tak bagi rezeki kat tempat lain dia bagi rezeki kat tempat lain..

Wah...Tazkirah pulakkk..

Sebenarnya, nak citer akak salah info pasal Academic review tu. Academic review tu bulan 8. Presentation depat 2nd sv and non sv utk 15 minit je. Just citer progress. X payah buat slide. Just meeting pastu citer apa progress yang dh di buat dalam masa setahun tu. Bulan 2 ni sv kena report kat faculty pulak progress akak.

Hope everything will going well with my phd.

Eh, nak bgtau jugak. Setiap kali hantar Pahat. Akak selang seli ikut turn hantar n amek pahat dgn Mohd Rafi, Akak mesti singgah Art Piazza cafe beli Hot Choc with cream berharga GBP2. Sedap gila... Jalan balik sambil minum. Sampai rumah dah habes.

Tu je. Bye.

Wednesday, February 5, 2014

Haloo..haloo..haloo

Sorry nyah... Emak banyak kerja lately. Assignment lah. Pastu sv suh buat literature review. Pastu emak kena attend workshop. Ni requirement untuk 1st year phd student. Sbb sussex xde konsep kena buat mphil dulu baru boleh naik phd. Terus phd tapi syarat dia kena amek Research Method Course and kena masukkan at least beberapa seminar or workshop dalam phd plan.

So akak kena la masuk mana2 workshop.

And sem ni busy sikit sbb kena masuk kelas SV. Dia suh. aku masuk je la nyah.
Pastu kena implement ex student dia pya simulation from matlab to scilab. Yg tu aku x buat lagi sbb sibuk buat literature review.

And seminggu ni akak n pahat adalah batuk and selsema. Bawak Pahat pegi NHS, pastu doc kata lung clear, active macam biasa. Makan pon mcm biasa. Dia suh balik je.

Ubat pon nan hado okeh. Dia kata nothing we can do with coughing.

Kesimpulannya ubat batuk xde untuk kanak2 kat uk. Parents cuma boleh bagi glycerol je. Lain2 xde. Doc kata nak bagi boleh tak nak bagi pon boleh. Dia kata batuk tu akan hilang sendiri.

Lepas 2 3 hari batuk pahat mmg hilang.

Kalau kat malaysia mau berbotol ubat doc bagi. Pastu kalau 3 hari x baik mau dapat antibiotik. Kat sini kau memang jangan harap la nk dpt antibiotik kalau x sakit teruk.

Akak malas nk book appointment kat nhs. Untuk akak yg batuk2 jugak ni. Sebab dok cium pahat jd terjangkit sekali. Rasainnn.. Akak beli je ubat kat Boots.

Lepas tu dekat GBP25 aku habes beli ubat. Standby terus paracetamol kang incase Pahat demam pulak.

Pahat sekolah ok je. Dia dah banyak vocab tp in english la.. Sbb dia byk pick up vocab kat skolah. Kadang2 tiba2 dia cakap benda yg akak xde ajar kat rumah.
Bulan 4 ni ada appointment dgn org nhs. Dia nk tgk speech development Pahat. Kalau x ok lagi dia hantar pi therapy. Tp dia kata theraphy pon kena tggu turn jugak sbb queue panjang.

Oklah.. Sorry nyah.akak  malas upload gambor. Byeeee

Sunday, January 26, 2014

After 3 months and half

Yep..I start register for my phd on 10 october 2013. Walaupn akak sampai uk 21st September.
Sebab masa tu ada problem with my registration.

What did I achieve so far??

I dont know. Adakah mencukupi untuk tempoh 3 bulan tersebut. Atau tidak. But I could say I did whatever my SV ask me to in this time of 3 months. Maksudnya, dia suruh siapkan programming tunjuk kat dia report, I did. Suh baca and buat summary, I did.

Mostly in this 3 month time akak banyak buat kerja2 basic and introduction je. Like replicate basic system to see if it work or did I get the same results for that. And I'm using scilab for that.

Tahu kah anda, akak pernah mengajar lab scilab in digital signal processing and I hate it so much after 2 labs I change the lab manual to matlab?? Sbb tu orang kata benda yang ko benci itula yang akan kau hadap... Exactly..

Since x pernah ada orang guna scilab. And it is free. So Sv akak suggest guna scilab. I think scilab is ok. Xde lah fancy toolbox like matlab. Tapi still boleh guna and dapat result yang sama. So i'm ok with that.

For the next 3 months, my sv ask me to focus on doing literature review and write short report. This report then will help me later with my academic review session this April. Fuhh...x lama lagi je. Emak is takutttttttt!!
Walaupon actually I think my progress is ok. Lepas tu kena replicate 2DOF and 4DOF system.

Harap2 everything will went well.

Aminnnn.

p/s : perfume. Sold Out.

p/s/s : Ada sesiapa interested nak beli barang avent? Sila lah email akak atau cr di instag atau fb.
ilotshikamaru@gmail.com

iklan