Thursday, February 13, 2014

Omputeh nya anak aku.

Ni hot choc akak beli tiap2 pagi lepas hantar Pahat. Nampak sedap x? Murah la compare to starbuck, costa and nero. Sebab jual dalam Uni je.

Nak bgtau Pahat ngada2 gila skrg. Makan semua nk guna sudu garpu. Chanteknya muka kau. Emak ajar guna tangan je. Suapkan dia pon guna tangan.

Tapi sbb kat sekolah dia guna sudu, jd terbawa2 ke rumah. Pengaruh sekolah ni penting sebenarnya. Sebab tu orang kat sini sanggup pindah rumah dekat dgn sekolah yang dia suka semata2 nak sekolahkan anak dia kat situ.

Influence rakan sebaya lebih senang dihadam dari influence parents. Tapi sebagai emak, akak cuba la terapkan ajaran kat rumah jugak biar dia tau beza. Tak tau la dia absorb ke tidak.

Oh tahap kroniknya si pahat guna sudu garpu adalah makan roti guna garpu. Chanteknya muka kau kann.. Omputeh pon makan roti guna tangan.

Yang bagusnya carer dia slalu cakap he'is very helpful. Dia suka tolong orang. Tolong kemas mainan kat sekolah. Tolong susun pinggan orang lepas makan.

Lepas tu akak cakap dengan adik akak Temok.
'Pahat rajin macam aku, malas mcm kau'

Adik akak jawab:
'Ko jangan berangan kau rajin. Yang rajin tu Mohd Rafi. Kain kau tu 3 tahun bergunung tak lipat berangan kata rajin'

Kuang hajo adik aku...

Lepas tu kan bagus la Pahat sejak sekolah preschool ni. Bila dia makan atau pegang sesuatu tangan kotor dia terus pi sinki 'wash hand'.
Pinggan lepas habes makan letak kat sinki.
Kalau pegi kedai buku jatuh atau barang ke jatuh dia amek letak kat rak balik.

Tapi yg free 15jam sekolah tu sampai end of march je. Kami tengah consider bulan 4 ni nk hantar dia pegi sekolah berapa jam seminggu. Sbb sejam GBP5.50 kena bayar. Mungkin nak hantar 2 hari je kot.

Ok lah. Akak tgh fikir balik Malasia nk hantar Pahat sekolah kat mana. Gituuuuu belum2 dah fikir.

4 comments:

Iman Nawi said...

Clap clap clap...Aku sokong ko Temok.

Iman Nawi said...

I second you Temokkkkk

DeLancrettLurpak said...

Pelik la pulok bila ko kata free sampai bulan 3 je nox, bukan bulan 7 ke?

monstorious wife said...

Ntah... Preschool tu bg notice yg early year free tu dr sept-march je. Pastu aku tya sekolah anak kawan aku pon sama jugak.
Ntah kat brighton ke apa mcm tu.

iklan