Wednesday, July 10, 2013

Puasa Day 1.

Hai uollsss.. Selamat Berpuasa dan maafkan salah silap akak sempena Ramadhan ni ya.

Pastu dah fikir ke nak buka apa? Matila kannnn baru pukul 11 dah tulis menu. Pitammmm!

Emak ingat emak nak masak ikan goreng dengan sayur bayam je.

Masak simple2 jek sebabnya lepas tu emak nk kopek nenas dan masak jem nenas.

Semalam x dapat pegi tarawikh kat surau dekat dengan rumah sebab sapa nk jaga Pahat? Aku nak bawak Mohd Rafi kata Tak Payah. Kang dia keliling surau tu sia2 aku kena maki dengan orang nak solat tarawikh x khusyuk.

Takpe...next week Temok datang aku suh dia jaga Pahat. Aku dengan emak aku boleh gi tarawikh.

Tadi pagi akak pemalas masak ramyun korea sahajork... Atau dalam bahasa malaysianya Meggi korea.

Sebabnya lauk belom beli. Laki aku balik lambat dekat pukul 11 baru balik. Pastu memang tidak la akak nak pegi kedai bawak dia.

Aritu akak pegi kedai bawak dia beli ikan. Tengah2 nak masukkan ikan dalam Plastic akak tengok si Pahat tu takde. Cari2 rupanya dia pegi kedai mamak sebelah.

Lepas tu tobat lah aku nak bawak dia kalau sorang2 jah.

Nampak? siap tumis bawang lada. Pastu masukkan meatball lagik.

Ujung2 aku makan 1 senduk. Mohd Rafi makan 1 senduk. Pastu sudahh. Tak habes. Memang gitu ye tiap2 tahun.. tak payah la ko nak masak sahur beriya sangat. Ujung2 tak habes.

Eh...rasa nak tukar menu buka lah. Nak masak soto letak meatball ala2 bakso... Pitammm sgt baru pkl 11 dah tukar2 menu..

Byeeee!!

Monday, July 8, 2013

Alhamdulillah...everything for a good cause.

Helloo uollss..

Tadi akak pegi Rumah Anak Yatim Darul Izzah kat Bangi untuk menderma cookies2 yang akak dah buat tu.

Mula2 call dia tanya boleh ke tak. Dia kata boleh. Ok kitorg proceed pegi sana.

Pastu ingatkan nak melawat adik2 kat situ tapi diorang ada yang pegi sekolah. And ada yang baru nak pegi sekolah.

Tambahan pulak asrama tu hanyak menempatkan Lelaki sahaja. Kanak2 perempuan di cawangan Temerloh.

So kitorg borak2 dengan penjaga dia je lah.

Yang pakai baju oren tu penjaga dia.

Alhamdulillah, at least cookies2 tu dont go wasted. Whattt?? Kenapa aku nampak mcm pregnant dlm gambar ni??

Fineee...esok gi jogging! Eh, tapi dah nak puasa. So howww??

Note : Cookies order still open. Msg/whatsapp 0182807586

Bye...Thanksss!!

Trust issue and Mari menderma

Salam uolllss..

I think i might have problem with trusting people.
Dia i mention ada customer order in large amount kan?
So akak dok buat2 kueh...Last2 Mohd Rafi tanya,

Sapa order ni?
-Ada customer order banyak

U kenal ke?
-Tak kenal

Pernah jumpa ke?
-Tak pernah jumpa

Tau ke dia duduk mana?
-Tak tau

U x pernah jumpa dia I takut kena tipu je...

Whatttt?? terus akak terfikir...Betulla jugak kan??

So end up I ask the customer the same thing. And the thing is every one is sensitive for certain part.

So, the customer end up cancelling the order.

No, it is my fault. So if you reading this, I apologize from the bottom of my heart.

Dont worry, cookies2 yang akak dah buat tu tidak lah menjadi sia2. Sebab akak dermakan kerumah anak2 yatim. Memang niat macam tu dari awal. Alhamdulillahh... its for a good cause.

Actually, may be ada silver lining on every cloud. Agaknya nak suruh akak pegi tarawikh bulan puasa ni dari sibuk menggentel kueh.. Kannnn??? Kalau tak mau manjang busy jah x pegi tarawikh... Ok la tu kan ada jugak faedah.

So good news is, COOKIES RAYA OPEN AGAIN!!


Harga mcm biasa semua RM25 perbalang
Kalau nak choc chip version kecik 240g RM15.

Thankssss!!!

Friday, July 5, 2013

Kuceng belaan dan anak emak.

Hellooo uollss akak ni bukannya suka kucen sangat.. Tapi akak kesian pulak tengok kuceng beranak 2 terbiar kat opis nih.

So akak beli lah makanan kucing (Adult) yang 2kg terus tu. Tapi kan baru2 ni kuceng tu beranak.. So anak2 kucing tu pon makan. Howw?? Boleh ke aaa? Sebab tu Adult punya..

Nanti kalau akak xde sapa nk bagi kuceng tu makan meh? Merasa lah akak tinggalkan makanan dia siap2 kat opismate akak.

Akak bukan apa, akak teringat pulak Pahat suka kuceng tu yg bagi makan. Pastu kesian pulak kuceng2 tu sbb selalu sangat tengok National Geographic tu kaedahnya..

..................................................

Kan hari2 rumah akak berbau choc chip. Tukang habeskan chocolate tu siapa??

Pahatttttt...

Aku baru buat separuh tray dia makan dah 3 genggam. Pitammm sangat!

Aritu kena babab dengan emak sebab berak sepah2... Sebabnya dia ralit sangat main henpon emak tengok kartun.

Pastu dengan babysitter manja kemainnn nak kena sayang2 peluk2 kalau x merajuk.. Ngengada sangatttt...

Sebab babysitter tu dah jaga baby baru. Tu yg dia feeling2 merajuk..

Ni nak tido...Adik aku Temok kata Pahat gedik, amek gambar senyum2... dengki sangat.

Gambar kat hotel Cititel Penang sebelum pegi wedding Aisar. Ni kalau emak rajin emak blog.

With final year student masa FYP presentation. Now dah graduate budak2 nih.

Matilakannnn kejap lagi cik Sha maki mak gambar2 recycle dr FB...Ala...emak sedang2 malas nak transfer2 gambar...

Ok. Byeeeee

Wednesday, July 3, 2013

Busyhhhhhh

Yela uollss dah nak menjelang ramadhan ni sampai la ke hari raya emak busy.

Sekarang tengah busy siapkan 300 balang choc chip cookies utk sourvenier majlis berbuka puasa company orang.

Nanti kalau akak ada mood akak update la pasal jalan2 ke Penang.

Pastu akak confuse, ATAS and visa perlu ka letak BINTI kat application?
As far as I'm concern tak perlu. Tapi ada yg kata kena letak. Akak dah confuse sebab nyah BIN and BINTI tu bukan 1st and surnama kaedahnya..
Kang mak salah isik borang merasa kau burn RM4653... ha merasa lah kau kayakan UKBA ittewww.

Ok. Bye!!!!!!!!!

iklan