Thursday, January 17, 2013
Listen to me!
Selepas tersebarnya issue listen nih. Ada pulak parti2 politik yang menjadikan benda ni issue. Siap datang rumah student B ni datang melawat katanya.
Tak kurang jugak yang mengAgung2 kan si Student B ni (malas nk type nama penuh nanti orang gugle). Kerana lantang bersuara dan berani menegakkan keadilan??
What you believe itu suka hati korang lah.
Tapi...PERLUKAH kau bergaduh di FACEBOOK??
PERLUKAH nak berbalas komen sampai beratus2 di FACEBOOK??
Akak kalau nak carot pon ala2 2 3 komen jah akak letak. Lepastu koser haku nak layan. Lantak lah kau terjun dengan labu2 nya.
Perlu ka kau nk bergaduh pemimpin ni tak betul.. Pemimpin parti lagi satu pon tak betul.
Pastu bergaduh masing2. Bongok gila!
Akak rasa undi sekarang bukan lagi rahsia. Undi masing2 dah tau kat facebook. Dah tak payah buat PRU. LEtak je vote guna like kat FB.. Matilaaaa...
Ni lagi satu kes yang haku angin.
Semalam ada la sorang bapa kepada 6 anak ni accident. So depa ni pakat2 mintak derma. Depa bgtau dia ni peserta KL112 tu.
Ada pulak mamat sorang ni tulis kat situ.
Padan muka. Takde susah cari susah. Aku nak tengok pemimpin yang korang agung2kan sangat tu buat apa dengan kes mcm ni.
Heloooooooo!! kalau ko x nak derma. Jangan lah derma. Jangan la tulis komen bukan2 menyakitkan hati orang. Abang tu tengah koma kot.. Lantak lah dia siapa, bukannya kalau kau derma pahala ikut parti politik mana kau undi.
Lagipon bukannya abang tu accident masa dia tengah berhimpun kat KL112 tu. Dia accident kat Termerloh kot...
Korang ni dah obsess sangat dengan politik dah tak dapat bezakan mana politik mana agama??
Nak derma tu derma lah. Kalau tak nak, duduk diam2. Jangan nak komen bukan2.
Monday, January 14, 2013
Hoyeah!! Laki akak dah balik!!
Pastu barang2 dia bawak dari indon kena tax. Kat airport Jakarta kena tax. LCCT pon kena tax. Rasainnnnn!!
Lenkali shipping jah semua!
Souvenir yg dia bawak balik adelah 10 kotak teh sosro. Bolehhhh??
Pastu belikan Pahat baju melayu. Nak raya kahh???
Pastu belikan akak jubah bling-bling color purple tapi singkat!!!
Belikan kebaya hijau. Kebaya tu chantek lah. Kain tak boleh sarung!!! Kain dia kecik. Tapi baju dia besar. Motippppp???
Pitammmm!!
Ni gambar berjalan2 di Shaftbury Cyberjaya. Tak banyak kedai bukak. So makan kat Yati ayam percik jah.
Makanan dia biasa2 je. Takde lah sedap gila atau tak sedap sangat. Bolehla di telan.
Lepas tu pegi taman permainan bawak Pahat. Then round naik motor 1 taman.
Hari bersama Apak kata Mohd Rafi. Koser sangat!
Saturday, January 12, 2013
I just dont care!
Hei uollllsss... Akak bosan dihari sabtu. Laki akak nan hado since isnin pegi indon.
Dah tu x reti2 nak telefon ke apa. Lepas 3 hari baru dia msg kat fb kata no indon dia dah expired dan malas nk beli baru. Message pon aku dah tido tu pon dia guna henpon note 2 boss dia. Henpon dia skrin ijau nokia tuh.
Laki akak kalau pegi mana2 beli sourvenier ntah hapa2 uollss... Ada ke beli fridge magnet tp nan hado tulis jakarta ke hapa. Cuma gambar cicak je. Apa motipp nya gambar cicak tu? Apa kaitan dengan Jakarta?
Minggu ni juga aku malas nak masak. Aku masak sardin tahan 2 3 hari. Masak 1 pot siap makan 2 hari dan tak habes siap basi nasi tersebut.
Last2 emak beli jah di luar.
Akak nak pegi care4 tp feeling2 malas nak gerak. Akak nak habeskan duit sebab dah x jadi pegi uk kan?? Merasa lah nak beli kasut yg aku dah aim kat primavera. Nak beli dress kat poplook. Matilaaaa mcm banyak sangat duet.
Gaji akak memang kecik berbanding kawan2 akak yang lain. Berbanding qualification akak. Tapi akak tetap besyukur masih diberikan rezeki. Kami masih cukup duit makan pakai dan bayar hutang. Takde berhutang dengan orang. Hutang dengan bank ada.
Next year insyaAllah segala hutang bank kecuali rumah. Akan langsai. Akak tiada keinginan nak beli kereta baru. Dah nak habes bayar kereta tak kuasa nak menambah hutang. Akak cuma nak tambah anak jah.
Tentang phd. Jika tertulis rezeki kami di situ insyaAllah ada la. Dan kalau dah memang tiada rezeki di sana tinggallah kami di sini.
Cuma akak kena cari kerja yang berpatutan jugak lah. Makin lama barang makin mahal. Apa je yg dapat dengan gaji sampai mati rm2200 ni kannn? Nak menyimpan pon susah.
Tapi akak juga malas lah nak kerja yg stress dan selalu tinggal2 anak. I dont like! Gituuuuu memilih pulak kau kan??
Abes tu kau nak kerja apa??
Friday, January 11, 2013
Tak jadi tapi rasa lega how?
Tadi malam akak dapat email dari Sussex menyatakan yang akak TAK BOLEH register lambat.
By hook or by crook akak kena sampai before tarikh REGISTRATION yang ditetapkan.
Lagi dia kata:
This is not university rule. This is UK border agency rule.
Gituuuu...Padahal Cik Sha suppose register bulan 9 tapi pegi bulan 11 boleh jahhhh!!
Lagi dia kata, You Supervisor Dr Zolotas agree to keep your project title until September.
Since, Mara tak bagi defer after april. And next entry is May. So MARA kata kena apply lagi sekali online this march.
Jangan dia blacklist aku sudahhhhhh....Kannn??
So, Sussex defer entry akak to september since dah tak sempat pon kalau nak register bulan 1 ni.
Of course I am quite disappointing with Sussex's decision, tapi akak rasa lega okeh.
Rasa beban semua hilang dan aku rasa lega gila!
So harap2 ada lah rezeki lagi bulan 9 ni. Kalau dah ditulis itu bukan rezeki akak pon akak ok jah!
Omygod. Orang lain by the age 31 dah siap PHD dah jadi lecturer dah di appoint prof madya.
Aku? satu hapa tak ada!
By age 36 baru terkedek2 siap phd. Oh no!!
Sebab sussex kerek dengan akak. Akak nak apply Birm for september entry.
Hi cik sha!!!
Tak boleh la adik2 sekalian nak berpoya2 di pantai Brighton summer ni kannnnn??
Hak hak...
Thursday, January 10, 2013
Hei! Aku malas dah nak layan!
Akak dah serabut dah.
Akak dah tahap koser nak layan.
Selagi belom pegi. Belum settle visa. Belum settle problem akak. Belom settle rumah sewa di sana, selagi tu la akak serabut+migrain.
Ya Allah, permudahkan lah urusan kami!!
Akak risau ye Mohd Rafi tu cemana nak cari kerja di sana. Pandai kah cakap english??
Akak kena train dia pulakkk...
Macam2 benda akak risau skrg nih...Bila bercakap dengan cik Sha di Uk akak rasa lega sekejap.
Moga2 Allah permudahkan urusan kami.
Aminnnn..
