Tuesday, February 28, 2012

Ohoiii...

Akak kepenatan balik dari tganu.

Gambar ado. Tapi dalam hp Mohd Rafi.

Skrg pukul 3 pagi uollss.. akak tengah buat 350 bijik cupcake.

Ni baru buat 230 bijik jah. Tetiba telur tak cukup. How??

Tunggu lah esok pagi2 akak beli.

Cuti2 ke terengganu sangat lah BEST. Sangat BEST.

Sempat makan kat Hai Peng. Beli sata Aziz Satar.

Sata tu makanan favourite Mohd Rafi. Akak memang tak suka. Tapi sata kat Tganu nih sedap pulak uolls.. Menyesal akak feeling2 beli RM5 jah. Makan kena rebut2 dengan Mohd Rafi.

Last akak pegi Tganu tahun 1999. Dah 13 tahun okeh bukan 12 tahun. Motipp akak feeling2 kira tahun 2011 lagi?

Akak suh Mohd Rafi singgah Uitm dungun dia tak nak hokeh. Keji sangatss.

Akak baru lepas makan nasik di pukul 3 pagi inih. Ado yg buncit nih.

Later!

Friday, February 24, 2012

Mak ngantok nyah!

Sebelum ke tajuk asal,

Ni akak nak tanya sapa2 yang tau, Petronas Teluk Ramunia akak dengar tengah buat opening vacancy job. Uollss tau ka kot2 ada nak guna engineer ka.. Nak apply kat mana meh?

Akak suka!! Sebab akak boleh duduk kampung jah kalau keje kat situ.


Akak bangun pukul 5 tadi pagi uollss buat 350 biji donut. Pukul 10.50 siap.

Pukul 11 sepatutnya hantar. Tapi sungguh malang nasib aku jalan putrajayah totop sebab le tour de langkawi itteww..

Maka buat pusingan ntah ke mana2 nak ke precint 9 tuh. Pukul 12 baru sampai.

Padahal kalau ikutkan 10-15 minit dah sampai.

Balik terus pack2 baju, pegi TERENGGANU!!

Akak duduk homestay, sedara Mohd Rafi dah sediakan. Duduk free sajork. Akak suka!

Akak ngantok uollss. Bye.

Thursday, February 23, 2012

DI donia ini ramai mulut puaka.

Kannnn?

Dah. Malas nak komen lebih2 pasal mulut2 puaka. Lama2 sakit hati. Tapi akak koser nak layan. Asalkan aku tak mintak duet kau sudahhh.

Aku baru buat 85 biji donut. Pastu tak muat fridge. Walaupon fridge aku dah dua. Malam ni nak try arrangekan barang2 dalam freezer betul2. Kalau tak esok kelam kabut sebab nak tunggu donut tu rise dah 40 menet.

Nah resepi donut aku amek dari blog mat gebu tapi aku tambah2 sikit kasik lebih sedap.

3 cawan tepung
4 tbsp gula
3 tbsp susu tepung
3 tbsp vege fat for pau - kat yummie berlambak

200ml air suam(atau susu suam) -masukkan 1 tbsp gula dalam tu.
2 tsp instant yeast masukkan dalam air tu tunggu sampai berbuih.

Pastu korang masuk semua dalam mangkuk. Masukkan air yeast tu sikit demi sikit dan adun. Biar je kalau dia lembik sikit. Banyak sangat tepung nanti donut keras bila sejuk.

Ok. Bye. gambar nan ado. AKak nan ado camera. Esok akak xde. Pi tganu.

Wednesday, February 22, 2012

Suri rumah yang pemalas..

Pahat tido. Akak pon ngantok setelah makan.

Mula2 nak masak kuey tiaw kerang goreng. Pastu malas nak keluar.

Dah tu masak la tempeh goreng ikan bilis kicap. Dgn goreng ayam. Masak jangan pedas2 kaedahnya supaya Pahat pon boleh makan sekali. Kannnn?? Malas tak?

Pastu, ingatkan Pahat tido nak buat donut freeze kan. Supaya esok jumaat kang aku tak kelam kabut buat 350 biji donut. Tapi emak feeling2 malas.

Tapi feeling2 nak buat brownies puiler. Makan dgn ais krim sedapnyaa!

Ha, akak tengah feeling2 suka makan benda manis sekarang nih uolllsss...

Pastu ujung minggu ni emak mertua akak ajak pegi terengganu ada sedara kawen.

Akak mesken terpaksa korek2 duet pegi. Lagipon dah lama tak pegi terengganu. Dah 12 tahun.

Ada tak hotel atau rumah tumpangan yang murah bawah RM50 semalam??

Homestay tak nak lah. Mahal sangat.

TOlong yeh uolllsss surveykan!

Tuesday, February 21, 2012

Terdampar

Ha....semalam akak ado catering lagik. Dari upm jugak. Minum petang je. Diorang order:

Roti jala +kuah kari
kuih donut
puding roti
Teh dan coffee

Comment pasal makanan ok2 saja. Air manis sangat...hahaha.
Aku anta makanan sorong troli belah kanan, dokong Pahat belah kiri. BS akak nan hado uollls. Mula2 plan nak suruh Mohd Rafi jaga kejap. Tapi dah lambat akak pegi jah tawakal moga2 semua berjalan lancar.

Lagipon catering untuk 15 orang jah. Thanks Awin!

Arini aku buat order muffin 350 biji puiler untuk Tadika/taska precint 9. Alhamdulillah ni order tetap setiap selasa dan jumaat.

Terima kasih Kak husna dan Filla dan emak Filla.. gituuuuuu..

Jadi lepas hantar muffin pukul 11 tadi aku balik membuta. Akak paksa Pahat membuta sekali. Keji tak?

Akak ingat nak buat project masak lunch dan deliver kat orang. Akak charge la RM6 untuk 3 lauk. Ok tak uollss?

kawan akak kat cyberjaya setuju nak order. Nanti akak buat menu.
Yang penting, akak tak guna MSG semua tu ye.

Jangan la ada orang dengki dengan bisnes akak. Akak dah la mesken.

Eh, Pahat belum baik sangat cirit birit. Doc ada bagi antibiotik tapi akak sebolehnya tak nak la bagi. Biar dia develop anti bodi sendirik.

Pastu, 2 3 hari nih emak bertukar menjadi singa lapar!

Bye, nak tgk fairy tail

iklan