Thursday, March 28, 2013

Me and me

Since last week lepas baik demam akak jadi malasss... Matila asik entry malas je kannn?

Ni tat org baru siap berapa balang. Inti dah lama aku buat. Time nk gulung tat malas puiler.

Nak citer tiap kali aku buat tat Pahat duduk kat depan dulang tu. Dia duduk tunggu kat situ sampai aku bagi tat. Bila dah bagi nanti dia dtg pulak lagi mintak lagi. Sampai tat kau habes. PITAMMMM emak nak buat lagik. At the end akak nyorokkan dalam bilik.

Aritu ada aku buat creampuff utk customer. Kebetulan akak buat cukup2 je. Dia tunggu jugak tepi dulang tu sambil cakap

'nak...'
Sambil tadah tangan.

Aiyooo sedih emak tau. Tapi emak x boleh bagi sbb mmg buat cukup2 je utk customer. Pastu
Emak pon cakap.

'ibu buat cukup2 je. Esok ibu buat utk Pahat eh?'

Dia still mintak creampuff tu tunggu tepi dulang. Alahai nak oiii.... Ibu kau nak buat lagi telur dah abes.

Last2 akak bagi dia kueh Pau uolllss... Dia happy amek makan kat depan.

Dah tu emak janji2 palsu sampai hari ni x buat creampuff Pahat. Keji sangatt emak kau!

Ni pon kat rumah ada stok choc chip emak nyorokkan jugak. Aku bagi 3 biji sekali. Kalau hadapkan nanti memang xnk minum susu xnk makan nasik. Calciyum jangan cakap sanggup dia tunggu depan fridge tu sampai orang bagi. So since kitorg ni batuk2 stok calciyum akak x beli.

Kalau akak buat kek kan trim atas kek utk ratakan. Dia tunggu jugak depan tu. Nanti kek lebih2 trim tu dia makan la. Akak bukan apa nak buatkan semata2 sebijik kek utk Pahat mmg x berbaloi. Nanti membazer xde sapa nk abeskan. Dulu akak pernah jugak feeling2 buat dah tu xde org makan. Membazer sgt...

Kesimpulannya customer tetap emak ialah Pahat.


Monday, March 25, 2013

I can be pemalas!

Akak kalau tengah tido tak payah la korang call memang mampos aku tak angkat.

And kalau mood aku baik baru aku return call.

Selebihnya aku biar je.

Yess. Akak malas angkat phone and malas return call.

Tapi kalau whatsapp or msg akak reply.

Akak tengok2 mood and orang yang call ittewww... Kalau orang yang akak rajin layan akak angkat lah.

Kalau ala2 no tak penting koser haku nak angkat.

Lebih2 lg no takde dalam phone book lagi lah uolllsss..

Minggu ni laki akak dah start x kerja. Tapi ada motor orang kat rumah tu nak kena repair. So sekarang ni dia buat kerja kat rumah je la. Maksud akak dia repair moto orang kat rumah ja. At least ada jugak income sikit2 walaupon x banyak ha..

CD Owner suruh aku masuk bersamamu. Keji sangatt!... Nanti student2 emak tengok koserr tauu...

Buat malu jah!

Ok uolllss akak tinggalkan dengan gambar Pahat main lori dan basikal serentak.

Kreatippp tak?? Kalau pasal menjahanamkan barang memang no 1.

Friday, March 22, 2013

Jangan Bersedih

Alololo...uolls x payah sedih2 sangat dengan nasib menimpa akak.

Akak x sedih ponn..

Akak pening jah. Hahaha

Sebenarnya akak ngantok ya amatsss di petang jumaat sebab xde kelas kannnn?

Sambung tengok anime Fairytail.

Bye.

Ha tu kang ada mulut2 kata aku makan gaji buta..
Bye lagik sekali.

Wednesday, March 20, 2013

Going strong

Lepas baik demam kepala akak jadi bengong2.

Pastu akak borak dengan babysitter Pahat dia pon cakap benda yang sama.

Virus apakah pulak inniewww??

Dah tu pending kueh2 orang order disebabkan Pahat sakit pastu emak sakit.
Mula2 aku ingat H1N1 ke apa sebab berjangkit2 penyakit ni. Tapi nasib baik dah baik demam. Pahat pon dah aktif mcm biasa cuma badan dia jadi kurus uollls... Pampers tu sampai habes akak pakaikan.

Oh yes masa dia demam akak pakaikan pampers sebab dia tak larat nak pegi toilet kencing. Siannn Pahat.

Oh.Still aku x tau apa solution untuk bulan 4 ni. Mungkin jugak akak kena buat kueh bermati2 an kot...

Actually kedai bengkel Mohd Rafi kerja tu memang ada lesen. Tapi orang yang luluskan dulu tu orang lain. And since diorg pon aware yang bengkel x boleh buat kat depan kedai diorang buat kerja kat belakang je. Depan kedai memang jual accessory motor sahajork.

Tapi la ni, Boss mpsj yang baru naik kat situ adelah perempuan. Jadi dialah yang tarik balik lesen tersebut. Ala uolllsss ala2 jerung2 besar seperti Sarawak tu buat perniagaan haram tebang2 balak tu xde pon kena tarik balik lesen. Kaya raya lagi tau.

Yang kesiannya penutupan kedai ni bukan lah affected kat laki akak sahajork. Pekerja2 lain pon terjejas, lebih2 lagi sorang budak ni yang tengah tunggu wife dia bersalin. Kesian tak??

Tapi nak buat cemana kan Shit happened! Nak tak nak kena la hadapi jugak.

Nak sewa corner lot untuk bengkel ingat murah ka?? Mau botak kepala bayar sewa tiap2 bulan. Lebih2 lagi kalau kawasan kedai2 hot. Memang xde maknanya mampu nak bayar sewa.

Takpelah, kami ni ikan kecik je bukan jerung besar. Dan ni semua aturan dunia, aturan Allah tu lebih pasti.

Bye.

Monday, March 18, 2013

Dugaan untuk orang2 yang tabah mcm akak.

Matila kannn tajuk x boleh blah.

Akak ni baru baik demam. 3 hari terjelepuk kat rumah. Paling dasyat lah demam kali ni. Pahat pon 4 hari baru baik demam. Sekarang ni pulak kami anak beranak berlawan batuk sapa paling kuat sampai sakit perut aku lama2 asik batuk kokol je. 

Aku ni yg tua xpela. Pahat tu ha kesian emak tengok batuk mcm tu. pegi klinik dah 4 kali uolllss. Tak tau dah berapa hengget habes. 

Tambah lagi lawan muntah. Pahat asal makan je muntah. Emak pon loya2 dah mcm morning sickness. Nak diri tak boleh rasa nak muntah. Jadi dua2 terbaring je.

Sebenarnya virus ni dari husband baby sitter Pahat balik umrah dia demam batuk selsema. Pastu jangkit kat akak babysitter tu dengan anak2 dia jangkit. Pastu jangkit kat Pahat. Pastu kat akak pulak. La ni Mohd Rafi pulak.

camtu la uolllss... 

Tapi akak pon dah nk ok cuma rasa nk muntah je. 

Bulan 4 ni mcm2 la bakal jadi.
Mohd Rafi bakal xde kerja. Sebab bengkel bos dia kat lot tengah. Sepatutnya bengkel HANYA boleh bukak kat corner lot sahajork. So Mbpj sudah kacau. Sudah bagi amaran. Kang kalau kena sita lagi 1 hal rugi. 

Nak tak nak Bos dia tutup bengkel tu dan hanya jual accessory motor je. Kalau dah jual accessory je tak perlu la pomen kann? Jadi xde la kerja laki akak tu. 

Akak terus pening. Sapa nak bayar sewa rumah pasni? gaji akak bukannya banyak  sangatb. Cukup2 utk hutang sendiri je.

Lagi 1 hal pulak kontrak aku lambat sambung. Maksudnya gaji pon lambat. Atau dikira daritarikh dia kuarkan surat. Suppose kontrak abes awal April. Kalaubdiorg kuarkan surat ujung bulan april???

ok. .Boleh pitam dari sekarang...

Bulan 4 ni kang terpaksa la bergolok bergadai. Ntah kena jual apa pulak.. 

iklan