Friday, April 20, 2012

Makan2 @ rumah ilotttssss

Hi uolllss.... akak time rajen feeling2 lah update blog hari2. Time malesssss merasa lah kau klik banyak kali nan hado update.

Akak takde lah busy mana. Busy menyusun Plan hidup jah. Kannnnn??? umur dah 30 baru nak Planning hidup gituuuu.
Alhamdulillah, syukur. Walaupon akak tengah mesken sebab gaji tak masuk. Ada rezeki jatuh bergolek. Alhamdulillah lagi sekali Allah mudahkan perjalanan hidup akak. Semoga Allah juga permudahkan Planning hidup akak. Miracle nya sejak ada Farhat walau susah mcm mana pon tetap ada rezeki bergolek datang. Dari segi order kek atau rezeki Mohd Rafi. Mohd Rafi tu pon aku pelik asik ada je duet dia time aku mintak. Gituuuu... Bukan la maksudnya dapat duet beribu2 mcm orang lain. Ala...seminggu dia bagi RM50. Cukup la untuk aku pegi balik keje + makan kalau tak bawak bekal. Biasanya aku makan breakfast je sudah kenyang sampai petang. Itulah orang kata rezeki anak. Besar rezeki Pahat.

InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih, ada lah rezeki untuk mereka yang memerlukan.**ha aku terpaksa buat pengumuman kannn..kang ada yg cakap aku ni tak pernah bersedekah dengan harta aku.

Apa aku merepek ni setannnnnn???

Ha, balik citer makan2 @ rumah ilot.

Actually, ni makan2 anjuran Boss Mohd Rafi, jadi takdela akak berani nak jemput kawan akak. Sebab Bos dia bagi duet RM250 buat makan2 nih. Jemput customer2 diorang. Akak tukang masak sajork.

Tajuk pada hari tersebut adelah BBQ. Yang menjadi mangsa BBQ adelah ayam-4 ekor. Sotong, udang dan lamb chop. Lamb chop mahal okeh. 7 keping tu dalam RM27 camtuh. So, kitorg beli 2 pack je potong dua.

Malam tu ingatkan nak perap guna Madu aku beli kat Cameron, tapi kan akak yang suka cuai nih telah memecahkan botol madu tualang ittewww....

Tapi bila Mohd Rafi tanya akak cakap, pecah dalam box. Gituuuuuu menipu laki kaedahnya. Nanti akak kena marah lah sebab suka pecahkan botol. Botol kicap lah, botol sos lah, peanut butter lah, nutella pon sama hokeh. Kau hado mcm tuh??


Apak sedang melayan anak kesayangan. Gigih tahan bangla poyong rumput. Kebetulan bangla yang potong rumput tu pernah potong rumput kat rumah akak sekali dulu pastu Mohd Rafi bagi dia buah Mangga yang kebetulan masak kat belakang rumah tu. Jadi dia ingat lagi. Dia potong betul2 pendek rumput tuh.

Lagi gigih Mohd Rafi siap menyapu keliling rumah bagai. Basuh lantai keliling rumah. Siap tukar langsir semua. Koser tak??

Budak ni paling awal datang. Bagus hokeh siap tolong basuh pinggan lagi. Senang hati akak.


Bos Mohd Rafi yg pakai baju merah tuh. Selain dari BBQ ada mee goreng and mash potato. Gravy dia black pepper. Mohd Rafi suh aku masak nasi goreng jugak tapi akak tak koser uollsss, mee goreng tu pon tak habes, akak bawak bekal esoknya.

Majlis tamat pukul berapa aku tak tau sebab akak tido pukul 10. Akak bangun pagi tengok semua dah kemas, pinggan mangkuk semua dah basuh.

Eh, bagi orang makan pon murah rezeki okeh. Bye!


Tuesday, April 17, 2012

of MANIA

Khennnn?? cerita TV lagik.. matilah lagha sangattsss..

Akak tengah tunggu Mohd Rafi balik, dah pukul 11 lebih tak balik lagik.

Sambil2 tengok MANIA ulangan.

Akak suka Jaclyn Victor nyanyi lagu MATAHARI tau..

Eh, EBI tu sapa? motippp nyanyi tak berapa sedap dan dah la tak popular pon undian antara tertinggi??

Hiii...koser tau!

Monday, April 16, 2012

Love Monday!

Uollss...bukan bermaksud akak suka monday berkerja yah!.. Akak lagi suka pose2 duduk rumah sajork jaga Pahat.

Tapi nak buat cemana, Mohd Rafi belum kaya lagik. Kalau kaya akak duduk rumah sajork.

Akak suka Monday sebab TV banyak citer best..**matilah kau.

Start dari balik keje aku menangok KBSW 391 tengok Music bank K chart.

7.30pm (hari2) : tengok Fairy tail @ ANIMAX - Wajib hokeh!> Nanti bila dia dah start merapu macam Naruto and Bleach akak pon dah bosan lalu stop follow.

Pukul 8pm - 9pm : Tengok 711-Starworld . Tengok la How I meet your mother 7,  New girl dengan Happy ending ke apa ntah.

9pm : 702- DIVA, tengok  SMASH - ala2 GLEE version dewasa gituuuuu

10pm : Favourite nih!! THE SUIT

Citer pasal Mike Ross nih lawyer yang ada phonographic memory maksudnya apa yang dia nampak dia ingat mcm tuh.. So dia ni takde degree law tapi jadik lawyer camtuh. Akak suka citer nih sebab akak suka lah Mike Ross itteww.

Eh, belum habes lagik uollsss aktiviti malam isnin akak.
Abes citer THE SUIT Akak tukar channel 711 balik tengok REVENGE pulak..

Matila kau kan aktiviti kau penuh merapu.

So isnin akak kadang2 pose2 malas nak masak. Macam tuh tak sanggup tinggal TV.  Semayang  maghrib time iklan..**jangan ikot perangai inih!

Cuti2 cameron Highland.

Ha, baru nak upload gambar kan?? ala..kat FB pon ada gambar cameron aku upload semua..

Thanks to CD owner bagi pinjam camera kat akak yg mesken nih. Jadi dapatlah akak posing2 chantek di sana.

Malam tu akak aku sekeluarga dgn anak dia 4 orang, adik Temok aku dan jugak mak aku sampai rumah pukul 10. Time tu aku pegi hantar cookies kat Sid, keji tak orang datang rumah ko takde?

Akak sempat buat kek anniversary saiz 6'. tapi kena maki dengan adik akak 'motippp buat kek sendiri kecik2?'
Itupon lebih buat raibow cake Rini. **thanks Rini order buat kali ke 3!

Pagi2, kitorang bangun lepas subuh masak Mee goreng untuk bawak bekal. Sambil2 tu akak buat donut.

Mohd Rafi lalu simpang pulai. Amek masa 3 jam kat highway dan lebih kurang 1 jam setengah naik atas.

Kiotrang sewa Homestay Dahlia dekat Taman Sedia.

Rumah dia besar. Bersih. Bilik 2, toilet 2. Harga semalam RM200. Memang puas hati duduk ramai2.

Ha, tu besar tak? Nampak Pahat tengah mengukur rumah tu?

Eh, no telefon homestay tu : 0132211547
Bayar masa sampai sana. Tak perlu deposit. Tapi dah confirm tu jangan lah gatal2 cancel mentang2 takde deposit kannn??
Kalau rumah yang 1 bilik harga RM120. Kalau bilik yg duduk sekali dgn tuan rumah RM100.

Mula2 sampai, akak cakap dengan Mohd Rafi:
'Ek eleh...macam ni je sejuk cameron? macam summer kat UK jah!'

Berlagak gila kann?? Bila malam...siap kau...tido pon berselubung.


Ni dekat strawberry farm yg dekat dengan homestay tuh. Tak boleh pick strawberry so kitorang beli ice cream sajork.

Pastu carik strawberry farm.

Kitorang pegi KL strawbery farm. Ni akak aku dgn 2 orang anak dia. Lagik sorang ikut mak aku kat depan. Lagi sorang Ahmad menyangkul kiotrang panggil tu memang suka2 dia je nak pegi mana.

Tapi farm tu dah tutup sebab dah pukul 4. Kat sini nak pick strawberry kena make sure 500g ke atas -RM25. 1 kg RM50.

Last2 tanya semua tempat pon harga mcm tu, tak jadi nak petik starwberry, beli jah banyak2 kat Pasar.

Next, kitorang pegi pasar.

Disini lah kejadian dimana emak, adik aku dan aku sekali mengabeskan duet yang tak seberapa.

Bukan abes beli strawberry pon. Beli makanan. Bolehhh???

Wah, makanan semua nampak macam sedap. Padahalllllllllllllllll

Akak jalan feeling2 single dgn adik akak. Pahat dengan Apak dia.

Budak gemok di pasar.

Sampai saket la jugak tangan aku bawak plastic kiri kanan. Sapa2 nak pegi pasar tu sila bawah troli.

Lepastu kitorang balik dah nak maghrib. Makan.

Bila dah malam, mak aihhh baru rasa sejuk sampai ke tulang. Mohd Rafi kejam gila mandikan Pahat, gigil2 anak akak tuh.

EH, akak nak pi bank. Sambung nanti lah!

Saturday, April 14, 2012

Sayang Pahat!

Pahat demam lagi lah + taknak makan + aku sumbat juga pastu dia muntah. Hah!

Selalu demam2 pon dia nak je makan.

Apak dia kan main kutu. Next month dapat duet kutu. uolls tau dia nak beli apa??

Dia nak belikan pocket bike untuk Pahat!!

Helllloooooooo.... pandai kah Pahat ride moto tuh??

Ha lebih kurang mcm ni la rupa pocket bike. Dia cuma 50cc ke bawah. Motor biasa kan 100cc. Ni mcm mini superbike mcm tuh. Tinggi dia lebih kurang paras lutut.

Motor nih tak boleh bawak on the road. Kalau budak kecik yang nak race tu lesen kena apply kat mana ntah akak lupa pulak. Tapi tu lesen untuk race sajork bukan untuk bawak on the road. Nak bawak atas jalan tunggu 16 tahun yek.

Harga dia lebih kurang RM1k. Ikut la jenis, Kalau 2nd hand dapat kot 500 camtuh. Pandai2 je haku.

Jadi Apak konon2 nak beli kat Indon katanya.

Akak cakap, heeee koser nak mengabeskan duet beli moto, lebih baik belikan i barang kemas.

Pastu dia cakap, emak dia kan bulan depan kaya.

Keji sangatt.. Bulan depan akak dapat backdated gaji kaedahnya. Manakala Mohd Rafi dpt duet kutu. Kalau dapat duet kutu bulan ni kan best.

Koser haku beli benda2 merepek nih. Pastu dia kata, sekarang pocket bike tengah murah. Beli je dulu. Nanti dah mahal dah tak mampu.

Koser lah!

iklan