Monday, April 16, 2012

Cuti2 cameron Highland.

Ha, baru nak upload gambar kan?? ala..kat FB pon ada gambar cameron aku upload semua..

Thanks to CD owner bagi pinjam camera kat akak yg mesken nih. Jadi dapatlah akak posing2 chantek di sana.

Malam tu akak aku sekeluarga dgn anak dia 4 orang, adik Temok aku dan jugak mak aku sampai rumah pukul 10. Time tu aku pegi hantar cookies kat Sid, keji tak orang datang rumah ko takde?

Akak sempat buat kek anniversary saiz 6'. tapi kena maki dengan adik akak 'motippp buat kek sendiri kecik2?'
Itupon lebih buat raibow cake Rini. **thanks Rini order buat kali ke 3!

Pagi2, kitorang bangun lepas subuh masak Mee goreng untuk bawak bekal. Sambil2 tu akak buat donut.

Mohd Rafi lalu simpang pulai. Amek masa 3 jam kat highway dan lebih kurang 1 jam setengah naik atas.

Kiotrang sewa Homestay Dahlia dekat Taman Sedia.

Rumah dia besar. Bersih. Bilik 2, toilet 2. Harga semalam RM200. Memang puas hati duduk ramai2.

Ha, tu besar tak? Nampak Pahat tengah mengukur rumah tu?

Eh, no telefon homestay tu : 0132211547
Bayar masa sampai sana. Tak perlu deposit. Tapi dah confirm tu jangan lah gatal2 cancel mentang2 takde deposit kannn??
Kalau rumah yang 1 bilik harga RM120. Kalau bilik yg duduk sekali dgn tuan rumah RM100.

Mula2 sampai, akak cakap dengan Mohd Rafi:
'Ek eleh...macam ni je sejuk cameron? macam summer kat UK jah!'

Berlagak gila kann?? Bila malam...siap kau...tido pon berselubung.


Ni dekat strawberry farm yg dekat dengan homestay tuh. Tak boleh pick strawberry so kitorang beli ice cream sajork.

Pastu carik strawberry farm.

Kitorang pegi KL strawbery farm. Ni akak aku dgn 2 orang anak dia. Lagik sorang ikut mak aku kat depan. Lagi sorang Ahmad menyangkul kiotrang panggil tu memang suka2 dia je nak pegi mana.

Tapi farm tu dah tutup sebab dah pukul 4. Kat sini nak pick strawberry kena make sure 500g ke atas -RM25. 1 kg RM50.

Last2 tanya semua tempat pon harga mcm tu, tak jadi nak petik starwberry, beli jah banyak2 kat Pasar.

Next, kitorang pegi pasar.

Disini lah kejadian dimana emak, adik aku dan aku sekali mengabeskan duet yang tak seberapa.

Bukan abes beli strawberry pon. Beli makanan. Bolehhh???

Wah, makanan semua nampak macam sedap. Padahalllllllllllllllll

Akak jalan feeling2 single dgn adik akak. Pahat dengan Apak dia.

Budak gemok di pasar.

Sampai saket la jugak tangan aku bawak plastic kiri kanan. Sapa2 nak pegi pasar tu sila bawah troli.

Lepastu kitorang balik dah nak maghrib. Makan.

Bila dah malam, mak aihhh baru rasa sejuk sampai ke tulang. Mohd Rafi kejam gila mandikan Pahat, gigil2 anak akak tuh.

EH, akak nak pi bank. Sambung nanti lah!

6 comments:

Qyla Aqilah said...

The pit stop of fashion lovers. We offer the range of dazzling and mesmerizing Sarees for your Baju Kurung,Kebaya and Kaftan, Punjabi Suits, Salwar Kameez exclusively imported from India. Various colors, designs, popular fashions, and textiles custom-made for you to bring colours in your life

http://dedazzlerzzshoppe.blogspot.com/

Payah cari suami berkualiti said...

apsal kebiru-biruan, mesti dVd Player x tukar setting WB trus kasi pinjam.

cikTari said...

uolls,

semalam nampak uolls kat carrefour alamanda. tapi tak dan nak tegur sebab di kejauhan.

pastu nampak uolls kat kaunter lak. iolls dok jenguk jenguk nak lambai, tapi mohd rafi dok pandang pandang. terus lari. hahahaha.

rugi tul. kalau tak boleh cubit pipi pahat.

monstorious wife said...

cik tari : Motipp tak tegur? iolss memang stok jalan tak tengok orang.

Payah : Ntah kenapa biru? adekah sebab camera murah?? **mtilah cd owner taknak bg pinjam camera lagik.

Anonymous said...

biru sebb sebelum tu en. payah dah tukar setting wb utk anniversary die. aku tak usik dah camera tu lepas tu. direct bagi kat ko. camera tuu memang utk sambut anniversary pun. tak taklah secanggih en payah punya slr.

isruff said...

Salam..nak tanya la..homestay dahlia tu ok x ? Cadang nak bercuti bulan 2 ni..

iklan