Friday, April 20, 2012

Makan2 @ rumah ilotttssss

Hi uolllss.... akak time rajen feeling2 lah update blog hari2. Time malesssss merasa lah kau klik banyak kali nan hado update.

Akak takde lah busy mana. Busy menyusun Plan hidup jah. Kannnnn??? umur dah 30 baru nak Planning hidup gituuuu.
Alhamdulillah, syukur. Walaupon akak tengah mesken sebab gaji tak masuk. Ada rezeki jatuh bergolek. Alhamdulillah lagi sekali Allah mudahkan perjalanan hidup akak. Semoga Allah juga permudahkan Planning hidup akak. Miracle nya sejak ada Farhat walau susah mcm mana pon tetap ada rezeki bergolek datang. Dari segi order kek atau rezeki Mohd Rafi. Mohd Rafi tu pon aku pelik asik ada je duet dia time aku mintak. Gituuuu... Bukan la maksudnya dapat duet beribu2 mcm orang lain. Ala...seminggu dia bagi RM50. Cukup la untuk aku pegi balik keje + makan kalau tak bawak bekal. Biasanya aku makan breakfast je sudah kenyang sampai petang. Itulah orang kata rezeki anak. Besar rezeki Pahat.

InsyaAllah, kalau ada rezeki lebih, ada lah rezeki untuk mereka yang memerlukan.**ha aku terpaksa buat pengumuman kannn..kang ada yg cakap aku ni tak pernah bersedekah dengan harta aku.

Apa aku merepek ni setannnnnn???

Ha, balik citer makan2 @ rumah ilot.

Actually, ni makan2 anjuran Boss Mohd Rafi, jadi takdela akak berani nak jemput kawan akak. Sebab Bos dia bagi duet RM250 buat makan2 nih. Jemput customer2 diorang. Akak tukang masak sajork.

Tajuk pada hari tersebut adelah BBQ. Yang menjadi mangsa BBQ adelah ayam-4 ekor. Sotong, udang dan lamb chop. Lamb chop mahal okeh. 7 keping tu dalam RM27 camtuh. So, kitorg beli 2 pack je potong dua.

Malam tu ingatkan nak perap guna Madu aku beli kat Cameron, tapi kan akak yang suka cuai nih telah memecahkan botol madu tualang ittewww....

Tapi bila Mohd Rafi tanya akak cakap, pecah dalam box. Gituuuuuu menipu laki kaedahnya. Nanti akak kena marah lah sebab suka pecahkan botol. Botol kicap lah, botol sos lah, peanut butter lah, nutella pon sama hokeh. Kau hado mcm tuh??


Apak sedang melayan anak kesayangan. Gigih tahan bangla poyong rumput. Kebetulan bangla yang potong rumput tu pernah potong rumput kat rumah akak sekali dulu pastu Mohd Rafi bagi dia buah Mangga yang kebetulan masak kat belakang rumah tu. Jadi dia ingat lagi. Dia potong betul2 pendek rumput tuh.

Lagi gigih Mohd Rafi siap menyapu keliling rumah bagai. Basuh lantai keliling rumah. Siap tukar langsir semua. Koser tak??

Budak ni paling awal datang. Bagus hokeh siap tolong basuh pinggan lagi. Senang hati akak.


Bos Mohd Rafi yg pakai baju merah tuh. Selain dari BBQ ada mee goreng and mash potato. Gravy dia black pepper. Mohd Rafi suh aku masak nasi goreng jugak tapi akak tak koser uollsss, mee goreng tu pon tak habes, akak bawak bekal esoknya.

Majlis tamat pukul berapa aku tak tau sebab akak tido pukul 10. Akak bangun pagi tengok semua dah kemas, pinggan mangkuk semua dah basuh.

Eh, bagi orang makan pon murah rezeki okeh. Bye!


No comments:

iklan