Wednesday, January 22, 2014

Correlle for Sale!!

Hi uollsss..

Ni bukan akak punya tau. Ni orang lain punya. Ready stok kat malaysia.

Set of 76.
Consist of:76-pc set includes 12 each: 10-1/4" Dinner Plates, 15-oz Rimmed Soup / Salad Bowl, 6-3/4" Bread & Butter Plates, 10-oz Dessert Bowls, 6" Saucers, 6-oz Stoneware Cups, 

 2 each: 12-1/4" Platters, 1-qt Serving Bowls

Pinggan mangkuk cawan ada 12 set semuanya.
So senangla uols nk jamu kawan2.

Harga Rm1000. Boleh bayar 5 kali.

Sila hubungi:  0129232396

Akak bgtau lg skali. Ni bukan akak punya. Jangan email akak okeh. Sila hubungi owner tersebut melalui whatsapp atau msg di nombor telepon yg akak bagi tu.

Byeeeee..... 

Monday, January 20, 2014

Perfume set to sell !!!..Murah-murah sahajork..

Akak nak jual perfume set. 1 set rm160 including postage. Tapi harap maklum ni semua kena shipping laut. Jd kena la tunggu dalam 2 bulan setengah baru sampai. Stok terhad!

Kalau ada perfume set lain yang korang suka boleh email akak : ilotshikamaru@gmail.com
Akak akan carikan and quote harga.

For men:
Versace Le Fraiche. Sekali dengan card holder. Kalau nak jadikan wallet pun bolehhh.




Ralph Lauren






For women:

Lacoste (my favourite..akak suka bau ni).






CK Shock. yg ni berbaloi2 beli sebab 100ml.






Kenzo Flower




Interested? Sila email akak ilotshikamaru@gmail.com

Semua perfume original. Bukan reject bukan factory outlet punya bukan tiruan.
Gunakan tanpa was2.

 

Thursday, January 16, 2014

Dihujung jari

Amboii banyaknya sale after christmas niiii...
Mentang2 duit claim dh masuk terus book eurotrain pegi Paris. Sebenarnya diorang kata naik flight lagi murah. Tapi emak konsep ala2 seumur hidup nak merasa naik eurostar sekali.

Lepas tu kan..Tangan gatal2 pegi bukak website ni:
http://www.hotukdeals.com/

Kalau korang nak tgk update2 terkini pasal sale atau voucher atau deals kat UK boleh check kat situ. Ataupun boleh add fb diorg.

Akak pon terpedaya beli dorothy perkin. Guna code DPVCDEL untuk 1 day free delivery (valid in uk only). WELCOME20 code untuk diskaun 20% walaupon items tu dah diskaun 70%. Kalau student dapat another 20% off... Ha..kau x menggila beli?? Lepas tu kannn akak insaf dah.. 

Pastu kau pegi city centre. Tu diah kedai semua sale. H&M sale. GAP sale. Akak beli tshirt zara sehelai GBP3 sahajork..  Boots pon sale 70%. 

Ok. Puasa dr membeli belah. Padahal aku membeli baju n kasut tu semua skali tak sampai GBP50 pon.

Harini beli esok delivered. Biasanya lusa baru sampai. 

Groceries pon beli online kalau malas sgt nk keluar.

Tuesday, January 14, 2014

Speech.

Tu scooter emak baru belikan Pahat. Sebab anak omputeh jalan2 nan hado pon bawak stroller. Diorg bg anak dia naik scooter ni. Tapi Pahat x reti nak manuvere*aku rasa salah eja. Tp xpe, nnt cik sha betulkan mak. So emak dan Apak ke tolak. Tapi much better kalau suh dia jalan pegi sekolah amboiii lambatnya nak sampai. Tu belum konsep menyinggah2 dia lagi. Main lopak air la. Main park n display machine tu. Sampai coop suh singgah pulak beli chocolate. Mentang2 Chocolate kat sini murah...

Pahat ni kan. Kalau ko ajar dia ckp harammm dia nak ikut. Tapi tetiba dia jumpa benda tu dia cakap. Macam aku ajar dia red and blue. Tak pernah dia ikut aku cakap. Tetiba pegi restaurant ada napkin color merah dia sebut red. Jumpa pen biru dia sebut blue.

Dia dh pandai cakap tp x reti buat sentence lagi. Perkataan favourite adalah:

Nooooo!!!

And dia pelat sikit yg emak observe. Kalau train tu dia sebut treyy. Air dia sebut aii.

Lain2 emak rasa emak kena ajar hari2 sbb dia malas nk ikut tapi dia simpan apa org akar nnt bila dia feeling2 rajin dia cakap.

Bye. Selamat masak kangkung.

Wednesday, January 8, 2014

Pahat in school.

Ok. Pahat dah start sekolah minggu ni. Akak hantar pukul 8.30 sampai 1pm.
Mula2 ingatkan nak kurangkan waktu sekolah dia sehari. Tapi alhamdulillah, memandangkan Mohd Rafi dah dapat kerja part time boleh la bayar yuran sekolah dia.

Sini kan tengah winter.. Omg nak kejut si Pahat ni bangun pukul 7.30 liat gila hokeh. Padahal tido pukul 10. Pastu petangnya dah tido.

Lepas tu akak bangun pagi masakkan lunch utk dia sumbat dalam lunchbox. Isnin-nasi goreng, Selasa-meehoon (ni keeper dia kata dia makan habes), arini-nasi+bergedil-breaded chicken.
Jangan ingat akak bangun pagi2 rajin buat bergedil bagai.
Bergedil memang akak dah buat banyak2 and frozenkan. Karipap pon ado akak frozenkan. Begitu juga dengan roti gulung. Kalau ko tgh rajin ko buat je banyak2 pastu frozenkan.
Memudahkan kerja di waktu malasss.. Macam hakak!

Lunch bag, lunch box and wellies
Tema biru merah sgts kann? Wellies tu hakak cr kat primark nan hado. Dah habes. So akak beli kedai shoes shoes harga gbp9. Kena label letak nama.

Ok. Pagi2 dah kena jalan kaki pegi sekolah. Akak ganti2 hantar pi sekolah dengan Mohd Rafi.
Penat nyah jalan naik turun bukit. Naik turun tangga. Sekolah dia still dalam Uni. Nanti ada duit nak beli basikal. Kesian, dia pun penat nak jalan kaki.

Ni pagi2 bangun lepas gosok gigi terus pakai baju. Winter sejuk nyahhh. So lepas balik sekolah kang baru mandi. Dia boleh dok baring dulu. Pastu suruh breakfast x nak. Minum pon x nak.

Kat sini preschool bukan mcm malaysia. Before masuk preschool ada 6jam settling session. Ni nak tengok budak tu boleh bergaul tak dengan budak2 kat situ. Diorang takut budak2 nangis kena tinggal dengan parents.

Alhamdulillah, si Pahat ni tak heran kena tinggal. Dia siap halau aku balik lagi ado.

Lepas tu preschool dia xde la ajar abc ke membaca ke homework ke apa. Dia just bagi budak2 tu main, pastu ada seisi story telling. Dia bacakan buku and budak2 tu duduk bawah. Budak2 tu pun behave semua duduk bawah dengar termasuk Pahat walaupon dia x paham kennnn.

Lepas tu time lunch budak2 tu semua makan sendiri.

Bila kita amek nanti keeper dia akan bgtau update untuk haritu, dia akan bgtau Pahat arini main apa, dia buat apa dengan kawan dia, dia makan banyak mana. Dia akan observe apa budak tu buat and report kat parents.

Nak amek anak pegi and balik sekolah cuma parents dibenarkan. Kalau orang lain nak pick up and hantar anak kena register dengan dia dulu. Kena bagi nama, alamat and no phone. Pastu kena bagi gambar orang tersebut. And dia akan tanya password masa nak amek anak. So ko kena pass password dekat orang tersebut.

Sapa amek anak lambat 5 menet kena charge gbp25. Pitammm nok.
Merasa kau amek on time ya.

So far, Pahat happy. Cuma nak kejutkan bangun tido tu ha payah sikit.

Balik sekolah sibuk nak bawak beg dia sendiri. Naik bukit lagi.

Penat jalan kaki dia stop duduk kat tangga rumah orang ntah sapa2.

Balik rumah disebabkan kepenatan. Amek bantal busuk dia terus tidoo.

Sementara Pahat pegi sekolah emak buat apa? Emak jalan2 pegi city centre.


Sebenarnya selalu je lalu lalang kat sini. Tapi sebab free jalan sorang2 amek gambar2 bangunan kononnya.

Ok. Tu je. Nanti akak rajin akak update lagik. Byeeee!

iklan