Wednesday, January 8, 2014

Pahat in school.

Ok. Pahat dah start sekolah minggu ni. Akak hantar pukul 8.30 sampai 1pm.
Mula2 ingatkan nak kurangkan waktu sekolah dia sehari. Tapi alhamdulillah, memandangkan Mohd Rafi dah dapat kerja part time boleh la bayar yuran sekolah dia.

Sini kan tengah winter.. Omg nak kejut si Pahat ni bangun pukul 7.30 liat gila hokeh. Padahal tido pukul 10. Pastu petangnya dah tido.

Lepas tu akak bangun pagi masakkan lunch utk dia sumbat dalam lunchbox. Isnin-nasi goreng, Selasa-meehoon (ni keeper dia kata dia makan habes), arini-nasi+bergedil-breaded chicken.
Jangan ingat akak bangun pagi2 rajin buat bergedil bagai.
Bergedil memang akak dah buat banyak2 and frozenkan. Karipap pon ado akak frozenkan. Begitu juga dengan roti gulung. Kalau ko tgh rajin ko buat je banyak2 pastu frozenkan.
Memudahkan kerja di waktu malasss.. Macam hakak!

Lunch bag, lunch box and wellies
Tema biru merah sgts kann? Wellies tu hakak cr kat primark nan hado. Dah habes. So akak beli kedai shoes shoes harga gbp9. Kena label letak nama.

Ok. Pagi2 dah kena jalan kaki pegi sekolah. Akak ganti2 hantar pi sekolah dengan Mohd Rafi.
Penat nyah jalan naik turun bukit. Naik turun tangga. Sekolah dia still dalam Uni. Nanti ada duit nak beli basikal. Kesian, dia pun penat nak jalan kaki.

Ni pagi2 bangun lepas gosok gigi terus pakai baju. Winter sejuk nyahhh. So lepas balik sekolah kang baru mandi. Dia boleh dok baring dulu. Pastu suruh breakfast x nak. Minum pon x nak.

Kat sini preschool bukan mcm malaysia. Before masuk preschool ada 6jam settling session. Ni nak tengok budak tu boleh bergaul tak dengan budak2 kat situ. Diorang takut budak2 nangis kena tinggal dengan parents.

Alhamdulillah, si Pahat ni tak heran kena tinggal. Dia siap halau aku balik lagi ado.

Lepas tu preschool dia xde la ajar abc ke membaca ke homework ke apa. Dia just bagi budak2 tu main, pastu ada seisi story telling. Dia bacakan buku and budak2 tu duduk bawah. Budak2 tu pun behave semua duduk bawah dengar termasuk Pahat walaupon dia x paham kennnn.

Lepas tu time lunch budak2 tu semua makan sendiri.

Bila kita amek nanti keeper dia akan bgtau update untuk haritu, dia akan bgtau Pahat arini main apa, dia buat apa dengan kawan dia, dia makan banyak mana. Dia akan observe apa budak tu buat and report kat parents.

Nak amek anak pegi and balik sekolah cuma parents dibenarkan. Kalau orang lain nak pick up and hantar anak kena register dengan dia dulu. Kena bagi nama, alamat and no phone. Pastu kena bagi gambar orang tersebut. And dia akan tanya password masa nak amek anak. So ko kena pass password dekat orang tersebut.

Sapa amek anak lambat 5 menet kena charge gbp25. Pitammm nok.
Merasa kau amek on time ya.

So far, Pahat happy. Cuma nak kejutkan bangun tido tu ha payah sikit.

Balik sekolah sibuk nak bawak beg dia sendiri. Naik bukit lagi.

Penat jalan kaki dia stop duduk kat tangga rumah orang ntah sapa2.

Balik rumah disebabkan kepenatan. Amek bantal busuk dia terus tidoo.

Sementara Pahat pegi sekolah emak buat apa? Emak jalan2 pegi city centre.


Sebenarnya selalu je lalu lalang kat sini. Tapi sebab free jalan sorang2 amek gambar2 bangunan kononnya.

Ok. Tu je. Nanti akak rajin akak update lagik. Byeeee!

1 comment:

arnie said...

wahh!!! pahat dah sekolah!

iklan