Wednesday, September 14, 2011

Barang baby, Perlu atau ikut nafsu?

Ok, untuk orang2 yang mesken mcm akak nih merasa baca.

1. Breastpump : Perlu atau tidak??
Bagi akak, kalau korang nak jimat duet+berkerja breastpump is a must. Sebab susu FM tu ko hengat harga dia dah berapa?? Mahal hokeh.

TAPI... tak perlu lah nak beli sampai Madela swing bagai.. Memang la dalam blog+internet orang dok sibuk2 kata Madela, spectra 3. Tapi sebenarnya ada lagi breastpump yang lebih murah dan sama kualiti mcm Madela dan spectra 3.

Suggestion akak adelah The first year, kalau korang feeling2 nak double pump baru RM500++

2. Baju baby : Perlu kah yang berjenama?
Akak nak bgtau akak tak pernah belikan baju Pahat lebih dari rm50. Chop! aku rasa lebih rm30 pon tak pernah kot, ke ada sehelai je.. ntah emak lupa nyeh!

Akak beli baju2 jenama high street seperti ck, osh kosh atau GAP adelah di FOS atau internet. FOS sehelai baru RM10. Murah jah.

Yang lain2 kadang2 akak beli yang satu set terus. Jeans Pahat pon akak tak koser beli kat anakku ka butik2 terkenal kah. Akak bantai FOS atau reject shop juga. Pastu akak suka pegi TESCO Plentong ada 1 kedai jual barang bayi mcm FOS jugak dan murah.

3. Barang persiapan baby : Perlu tak beli semua?
Ha.... barut pon aku jahit sendiri sebab nak jimat punya pasal. Barang2 lain mcm warmer atau strelizer tu kalau korang ada budget lebih boleh la beli. Kalau mesken mcm akak sendiri mau ingat rendam kat air panas sudahhh.

4. Stroler
Nak tau tak stroler Pahat akak beli dengan harga RM75.. Lagipon akak bukannya nak beranak 10 nak beli stroler yang mahal dan tahan harga seribu lebih tuh. Sah2 kalau anak 4 orang bei stroler murah 4 kali baru RM320 < rm1000.

5. Car seat
Bagi akak ni penting sebab jalan kerja Mohd Rafi dan akak adelah tidak sama. So keje menghantar Pahat adelah akak. Tapi beli jugak yang murah. Akak beli Mydear baby time warehouse sale.

Tetiba akak malas nak sambung tapi akak nak citer pasal duit raya bolehhhh??

Uollss... akak kan mesken, so akak sedia duet raya rmdan rm2 sajork utk anak2 rakan. Tapi akak segan la pulak orang bagi Pahat rm5. Patutkah akak up duit raya menjadi RM5 sedangkan akak mesken? ataupon buat bodo je lah kannn???

sambung balik citer barang baby tu akak nak cakap ialah, kalau tak berkemampuan, sediakan mengikut apa yang kita ada je. Tak perlu lah kau feeling hutang orang tak bayar tapi bila wife ko bersalin nak dekat spital swasta yang mahal. Bila orang tanya pasal hutang ko kata bulan ni guna banyak duit sebab baby baru lahir sedangkan ko keje O&G dah sedia gaji banyak tapi hutang orang nan ado bayar..

Matila kannnn perli sapa tak tau!

Tuesday, September 13, 2011

Open house terkejut..

Hari ahad tu akak sibuk2 nak keluar tiba2 kawan2 Mohd Rafi call cakap nak datang raya lepas maghrib.

Aiyohhh... rumah akak kueh raya pon nan ado okeh. Motippp pembuat kueh nan ado kueh raya untuk rumah sendiri kannn???

So balik rumah pukul 7 tu kelam kabut akak masak mee 3 bungkus. Sbb yang nak datang tu ramai- lelaki 10 orang. Dan baking choc cake since barang2 semua dah ada.

Tapiiii.... tunggu punya tunggu dah pukul 10 nan ado jugak datang.. Harammmm sangat kann??

Last2 dekat pukul 11 baru datang. Akak koser nak layan. Akak tido kan Pahat. Mohd Rafi layan diorang.

Monday, September 12, 2011

Pahat now 11th month old!

Eh, tiba2 bulan depan Pahat dah setaun.

Jalan? Nan ado dia nak berjalan. Berdiri sendiri pon takut ya ampunnn.. Kalau akak lepas tangan cepat2 dia duduk. Ikut perangai sapa penakut nih???

Bila orang yang dah lama jumpa Pahat akan berkata ' E..eh... dah putihh..' Lalu jeling Mohd Rafi.

Masa Pahat 1-6 bulan kan dia hitam sket. Tiba2 dia menjadi secerah emak... Clust emak tau!!

Masih lagi breastfeed 24jam sehari kecuali bila hantar kat BS kena campur la 1 botol FM kalau EBM tak cukup.

Tak sangka berjaya aku breasfeed dia dah nak sampai setahun pun. Emak suka!! Jimat tau duet emak!

Pahat dah kenal orang. Kalau orang hulur tangan dia akan pegi kat orang yang dia kenal sajork. Yang tak kenal kalau orang amek pon dia tak kisah pon. Takde malalak meraung2 kecuali kalau dia bad mood baru bangun tido.

Yang paling best dia lebih suka kat akak BS dari emak sendiri...**nangesss!! Adekah sebab emak suka marah dia?? Matila kannnn??

Suka mengutip. Sampah2 hatta sehalus semut tu pon dia kutip masuk dalam mulut. Kertas jangan cakap favourite dia koyak kertas dan masuk mulut. Ada sekali tu dia makan serangga apa ntah cepat2 akak korek molot dia. Kalau kat dapur suka korek bawang lalu makan kulit bawang. **pengsan akak nak masak.

Nak tidokan dia emak kena tidokan sekali. Tapi selalunya emak tido dulu baru Pahat tido. Keji punya emak!!

Di sebabkan Pahat setahun 8/10 nih, jadi raya nih nan ado open house. Open house akak sekali dgn Birthday Pahat, insyaAllahhh..

p/s Akak nak feeling2 buat announcement jugak, sapa2 yang nak order tat gulung nenas boleh la sms akak 0177703251 sebab akak ada lebihan jem nenas yang akak buat minggu lepas. Kalau nak order chocolate chip pon boleh tapi harga RM24. Tat gulung harga sama.

Masih belum berjaya membuka account company di bank rimau..

Fineeeeeeeee! Mencik tau..

Ari jumaat tuh akak pegi la bank rimau untuk bukak account, sekali je dia kata:

'better u bukak di cawangan rimau terdekat dengan alamat company sebab incase nak cash kan cek atau cek tendang kena datang sini amek'

Pastu dia kata, 'ni introducer ni kena sah kan kat cawangan dia bukak account'

Ok Fineee... akak pegi branch tempat introducer tuh bukaka acoount. Sah kan. Check IC akak tak boleh detect berkali2.. Terus akak sentap sebab akak pegi cimb boleh jah!

Pastu pegi bank rimau serdang nak bukak account tak boleh jugak sebab??

Introducer tak sampai setahun pulak bukak account. Actually dia dah lebih setahun cuma account lama tu dia dah tutup, so yang ni account baru.

Pastu ic akak tetap tak boleh detect kat bank rimau.

Akak sentap berkali2.... Pegi 2 3 bank dah amek masa sehari. Ari ni dah malas aku nak pi bank!!

Friday, September 9, 2011

I'm having macaron disaster day.

which is happened to all macaron bakers okeh..

Tu nampak tuh? akak rasa akak teroverbeaten the egg white mixture kot. So, 'the feet' naik terlalu tinggi bila baked and it fall, lalu jadi penyek mcm tuh.

Yello macaron turn out nicely!

Tapi yang ni cuma ada 20 biji. Customer nak 50 bijik. Matik aku.

So, 2nd attempt aku buat Pahat dok panjat2 oven. Akak biar je since oven tu tinggi dan tak panas. Tapi tombol temperature tuh still reachable for him. Aku pon biar je lah dia.

So malam tu lepas macaron kering, aku panaskan oven nak bakar. Masukkan 5 minit, Mohd Rafi kata:
'Eh, yang, bau hangus nih!'

Akak buat bodo susukan Pahat. 'I baru je masukkan..'

Lepas tu bau makin kuat. Akak tengok2 dah hangussss uolllssss.... Rupa2nya Pahat ada godeh2 temperature setting tuh ke 230 c, macaron bake at 140 c.

Sentap sangat tau.

3 kali disaster. benci!

iklan