Friday, April 5, 2013

Hey hey hey!

Akak sekarang dalam konsep berjimat. Jadi marilah masak dan bawak bekal. Nak kuarkan 10 hengget pon kedekut okeh sekarang. Peduli apa yang penting aku x pinjam duit orang, x guna credit card dan x pinjam along.

Gituu kan??

Time malas masak la 1 lauk yang semua ko boleh campak dalam tu. Sebagai contoh masak sup ayam tapi campak carrot brocoli dlm tu. Masak paprik. Dan juga asam pedas campak bendi dgn daun kesum. Kalau mak aku masak asam pedas dia masuk sekali kobis.
Jimat masa dan jimat kos ye uolllsss.. Bijak x?

Rumah aku dah jadi bengkel ye. Nasib baik jiran sebelah memang xde. Jiran emak kadang2 je datang jenguk rumah. Tapi nak buat cemana kannn tu kan sumber rezeki laki mak. Dari x kerja baikla buat motor kat rumah khennn?

Alamak uolllsss guna blogger apps ni gambar x boleh edit. Dia terus turun kat bawah ni. Nasib lah ko tengok gambar makanan je kat bawah ni.





Tuesday, April 2, 2013

Masak!

Sebagai emak2, time tengah hari borak dengan officemate mesti bincang balik kang nak makan apa.

Selera masing2 kemain lagi. tau..Tapi bila balik rumah. MALASSS!

Pitammm!

Semalam akak masak laksa johor.

Masak terbanyak so bawak pegi opis pagi ni makan ramai2.

Hari2 lain masak biasa2 je koser haku nak amek gambar.

Alamak, ada tutorial. Bye.

Monday, April 1, 2013

Perkara2 yang menguji kesabaran emak.

Time rajinn kannn update blog.. Time x rajin harammmmmmm..

Pahat sejak baik demam perangai adelah menguji kesabaran emak.

Tak nak makan nasik!! Makan 3 4 suap dah. Pastu x nak. Paling aku geram makan dia keluarkan balik. Kena babap sedas!.

Tapi..

Dia nak makan epal pulak.. 2 biji sehari pon sanggup. Dulu kemain susah nak suruh makan buah.


Pastu suka melalak kalau tak dapat apa yang dia nak. Bukan melalak betul pon. Pura2 je lebih. Tapi bingitlah telinga dengar uolllsss. Ingat best sangat ke dengar bunyi budak melalak??

Aku nak lipat kain dia baring atas timbunan kain tu. Alihkan dia melalak mcm kena pukul. Geram pulak emak tau..

Tu belum kerja bukak tutup peti sejuk carik calciyum. Aku sorokkan sebab batuk dia x berapa nak baik lagik.

Banyak lagi perkara2 nakal dia buat sekarang yang menguji kesabaran emak tau. Lebih2 lagi time2 tension+stress kann? Time2 mcm tu setan hasut lah suruh marah2 anak. Gituuu kena instiqfar banyak2 kaedahnya..

Walaucemana nakal pon Pahat tetap dihati ibu. Hahaha.

Tu lokisan conteng2 Pahat. Sekarang dia rajin tolong emak seperti main lesung. Angkat baju dah lipat. Tolong angkat kain. Yang pastinya keRAJINAN dia tu menyusahkan emak dikemudian hari sebab kena kemas balik ye..

ok. Disebabkan Kemeskenan akak. Jadi akak bukak offer choc chip cookies akak yang tersohor inniew... **matilah ayat puji diri sendiri untuk lakukan product.. Larikkk!!


 Sapa nak order sila email akak ilotshikamaru(at)gmail.
COD area putrajaya dan serdang sahajork. Nak pos pon boleh tapi akak charge harga pos lah.
Harga 1 balang 400g RM25.
Dimaklumkan 1 balang ada lebih kurang +- 100pcs. Bergantung pada berat.
Akak tak tipu customer memang suka cookies nih!!

Tat nenas pon akak jual jugak harga sama RM25. Tapi kena tunggu mood akak datang baru akak buat...**matila berniaga mcm nih. Yela uolllss...nak kopek nenas. Nak kisar. Nak tunggu masak+kering lagi lama kaedahnya...
Tat nenas tak boleh pos sebab nanti hancur jangan salahkan akak puilerrrr...
Sama macam choc chip cookies, COD area putrajaya dan serdang only. Area bangi kalau beli lebih dari 3 balang akak akan consider COD.

Byeee!!

Sunday, March 31, 2013

Perkara paling menyampah

LIPAT KAIN!!

Especially sejak Pahat lahir kain makin banyak nak lipat masa makin x cukup.

Merasalah tunggu 3 bakul baru lipat...

Kerja2 melipat kain adelah boring. Kan an an an?

If only.

Weekend korang buat apa?
Akak duduk rumah sahajork.
Yela uollss kan Mohd Rafi dah x kerja. Then budget semua kena la cut.

Kena la berjimat cermat termasuk minyak keter. Kang kalo jalan2 kena isi minyak keter pulak kannn?

Hari2 memang makan kat rumah sahajork. Dulu bolehla ujung mggu gi makan sedap2. Haha. Sekarang dok rumah makan apa yang ada. Nak pegi mana2 pon pikir kang kena isi minyak pulak. Gaji akak memang biasala cukup2 sahajork utk pegi balik kerja. Hoi...aku nak beli ketam dengan udang nak masak pon fikir 2 kali sebab mahal uolllss..

Tapi xpelah. Mungkin ada hikmah yang kita tak tau kan...kan...kan?

Susah2 pon xde la aku makan kentang belah 4 mcm citer Rock OOO tu kann? Lawak gila citer tu. Makan maggi pon share 4 orang. Lawak nk mampus. Baik korang pegi tengok.

Pastu kannnn...yg nk berjimat sgt tu bukan apa. Sebab aritu bulan 2 Mohd Rafi ajak pi genting. So akak dah book hotel. Awana hotel uolllss... Rm180 per nite including breakfast. Sebab dah book lama merasa lah kau pegi jugak kannnn?
Jadi terpaksa la tepikan perbelanjaan disitu sebab dah book kaedahnya.

Rasainnnnn!

Dah. X tau lagi nak citer apa melainkan kemiskinan aku... Matilaa kannnnn??

Naik basikal tua background lagu bersamamu...

Larikkkkkk!!!

Eh. Akak lupa nak pesan. Agak2 kalau sesapa nak ajak akak pegi makan2 menggunakan perbelanjaan akak rentikan lah.. Lebih2 lagi tempat2 mahal. Jangan harap!

iklan