Saturday, January 5, 2013

Stress kali dua

Ha bila fikir pasal duit duit duit akak terus stresss. Actually mak akak insyaAllah ada half from what i need. Tapi mak aku tgh sakit. Takkan aku nak drag dia pegi bank kuarkan duit banyak2 demi kepentingan aku kan?

Nak pinjam kawan2 pon terusterang akak memang malu gila. Akak takut diorg fikir bukan2 pulak. Sebab 20k tu kena floating dlm acc akak 1 month before apply visa.

Cakap nak pinjam memang senang. Tapi hati akak ni rasa x sedap je bila pinjam. Apa org tu fikir pulak bila kita pinjam banyak2 kannn?

Last resort actually akak nk buat loan bank sahajork. Lps visa lepas bayar semua sekali 20k tu. Tapi still kena bayar interest yg banyak tu ya.. Merasa lah kau!

Yess...aku ada la sikit duit. Untuk bayar visa fees and flight ticket je dah habes disitu.

Ni pon sepatutnya kena beli laptop. Takkan nak buat programming xde laptop kannn?? Tapi tu nanti dulu lah. Apa yg penting adelah visa...visa...visa...

But anyway i'm going to sell my big oven together with cookies tray as well as baking tray. Gambar dan keterangan akan di beritahu later.

Disini juga akak nak ucap terima kasih jika ada yg mendermakan wang untuk dipinjam. Jasa mu kukenang sepanjang hayat.

I'll work hard for my phd.

Period pain. Cough and flu just make my stress worse. I dont even eat anything today except a piece of bread. Dah tahap serabut sangat la tu kannn?

Thank you all!!

Serabut...serabut...

Hari jumaat tiba2 akak dapat surat dari MARA.

Mula2 happy... Alhamdulillahhh...

Lepas tu fikir2 balik. Gila kah!!

Nak masuk bulan 27 jan ni. Aku contact orang sana kata paling latest 4th febuary.

Still x sempat. Mana nak cari penjamin. Nak apply CAS for visa dah sebulan. Visa biasa 15 hari baru lulus. Skrg dah 5hb.

Mana nak tender resign sekali.

Nak cari duit buat visa lagi..

yesss uollsss...MARA tak sponsor spouse and family ye... so bila nak apply visa untuk family kami kena ada 20k dalam account sebagai prove yang kami ada duit untuk duduk sana dalam 6 bulan gituuu..

Akak terus terang akak memang xde 20k. Lebih2 lagi masa suntuk macam ni. Nak pinjam orang pon rasa tak sedap banyak2 macam tu.

ko hengat orang percaya nak bagi pinjam 20k??? oh...20k tu actually untuk show je. Lepas visa lulus sila lah pulangkan balik kat orang yang dipinjam.

Accomodation pon 1 problem jugak. University accomodation sekarang dalam waiting list semua. Tapi price not bad 115-150 per week. Around 500pound per month. Since mara bagi 1012pound allowance per month, price tu should be ok to survive.
Nak cari through internet tidakla akak percaya nak bayar through online through agent.

So disini, akak mencari sekiranya korang ada kawan2 di area BRIGHTON atau SUSSEX yang mudah untuk dihubungi. AKak nak mintak tolong surveykan rumah sewa.Please...pleasee contact akak!!

Itupon susah jugak, sbb sussex kata diorang ada 35 malaysian students only across sussex. Tu pon melayu tak tau la berapa ramai.

Nak sangatttt kannnn pegi tempat tak ramai melayuuuuu??? Rasainnnn loooo!

Then, akak rasa x berapa sedap juga nak pegi tergesa2 bulan 1 ni since emak akak masih sakit. Rasa x best pulak.

So akak decide to defer entry to may 2013. Tapi kena discuss balik dengan mara next week.

Hopefully diorang bagi. Dan harap2 segala urusan menjadi mudah. Aminnnnnnnn

Thursday, January 3, 2013

Oh emak!!

Emak akak x berapa sihat uollss... Since dia kena high bp 210 reading. Aritu akak balik bp dia dh turun 140. Semalam naik lagi 170.

So badan dia masih lemah. Belum recover sepenuhnya. Aritu akak balik berjalan2 dengan emak akak pegi ariani balik kg bagai.

Lepas tu agaknya dia berjalan sakan tu yg badan dia jd lemah.

Kalau akak tau akak x ajak dia jalan2...

Tak pernah dia jadi lemah mcm ni. Nk makan pon x berdaya.

Akak doa2 biarlah Allah berikan kesihatan yang baik keatas emak akak. Biarlah dia hidup 1000 tahun lagi.

Akhirnya cik P keluar dengan bantuan ubat.

uollss...Akak dah 2 bulan lebih x period. Sebelum ni x pernah mcm ni pulak.

So, dah 40 kali check upt negative.

And dah scan beberapa kali still kosong juga maksudnya confirmlah tidak pregnant.

So, Doc subcribe RAVIMED. Ni lebih kurang mcm ubat hormon jugak.

So selepas mengambil selama 5 hari. Masih x period.

Semalam jumpa Doc, dia kata Lepas 5 hari x period just tunggu je.

Biasanya dalam 3 hari lepas tu period.

So tunggu lah kaedahnya.

Arini baru period.

UOllss jangan nak makan sembarangan pulak ubat tu kalau tak period.

Akak makan sebab period akak x pernah miss and regular. Thats why doc bagi ubat tu. Tapi for those yang period memang irregular rasanya tak perlu kot makan.

Just make sure, makan atas nasihat doctor.


Friday, December 28, 2012

2012 to 2013

Matila kannnn...akak baru siap marking + key in markah uollss..

Ada yang lab report yang missing satu hal..

Yang meniru copy paste dari front cover ke conclusion 1 hal.. Mula2 akak panggil la diorang mengadap. Lama2 akak dah menyampah akak bagi KOSONG sahajork.

So average dia adelah KOSONG sebab ke semua lab report dia copy paste. Rasainnnn kau!!!

Akak saket hati okeh menanda lab report begituu... Akak pon belajar tak pandai. Tapi xdela keje copy paste orang je!!

Ok lah. tutup cerita lab report yang dah siap tu. Akak nak buat review tahun 2013 gituuuuu...

Kelas akakkk nak over2 buat review diri sendiri kannnn??

What happened in 2012??

1. Nekad berenti kerja. So bulan 1,2,3 adelah tidak berkerja. Nasib baik akak ada simpanan untuk menampung hutang2 akak. Habes duit simpan buat kueh raya tahun 2011. Lepas tu akak menyara hidup...**matilakan ayat BERSAMAMU. Akak buat kueh donat dengan muffin hantar kat Taska tiap2 hari selasa dan khamis. Dengan duit tu la akak pegi jalan2 ke Terengganu dan Cameron Highland uolllsss..
Selebihnya berbekalkan belas ikhsan Laki akak lah. Walaupon laki akak x banyak mana tapi Alhamdulillah masih cukup ketika tu. Boleh la kami bayar duit kereta, duit rumah, Loan. dan baki cc.

2. Bulan 4 start kerja + buat kueh raya. Hasil dia akak dapat beli macam2. Dpt beli Note. Beli gelang emas. Dapat saving sikit2. Dan juga dapat beli barang2 yang akak suka. Walaupon gaji akak sikit je, tapi alhamdulillah akak masih boleh shopping2..
In fact, tahun 2011 tu akak terminate sema credit card yang akak ada. Bank islam punya akak dah habes bayar. Tinggal alliance bank ni akak cakap dgn depa akak nak bayar bulan2 sampai habes baki hutang tu.

Nanti diorang akan tanya korang mampu bayar berapa?
So nanti uolls jawab la berapa2 yang mampu bayar...

Selepas terminate credit card akak. Akak rasa financial akak lebih kukuh. Maksudnya duit akak xdela manjang tak cukup je tiap2 bulan...

Uollsss...ada kawan akak ni, gaji dia 3k, laki dia 4k++...total dekat 8k ya sebulan. TAPII.....nak idupkan roadtax keter viva pon xde duit. Howww??

Sebab apa?? sebab credit card hutang bertimbun dekat 20k. Pastu personal loan sampai 2 overlapped. Lepas tu shopping tak ingat beli beg coach, keran millen bagai. Tup tup road kereta pon x mampu nak hidupkan..

Ingat ye uollsss... credit card tu adelah musuh financial anda ye!!

Apa aku merepek pulak nih???

3. Tahun ni juga akak mampu menyimpan duet sikit2... Sikit2 jeeee...ala at least ada menyimpan jugak. Kannn...kannn??

4. Akak stop kan breastfeed Pahat sebab akak penat...**matila kannn... Dan Alhamdulillah...senang gila nak wean off kan Pahat. Sorry to say, akak x rindu pon nak breastfeedkan Pahat. Dan akak lebih happy ye sebab lebih bertenaga tak payah bangun malam. Tapi insyaAllah..kalau ada adik Pahat nanti2 pon akak akan breastfeedkan juga.

5. Pahat makin mengada2. Semalam dia buat scene kat kedai Bakery Yummie. Main campak2 barang. Nasib baik barang yang akak beli. Siap duduk atas lantai melalak2... Gerammmmm je emak!

6. Akak dapat hadiah birthday. Sebab Mohd Rafi baik hati + banyak job betulkan motor.

7. Akak menjadi gemok berat naik 55kg. Dari 48kg... 7kg naik...Pitammmmm!!!

Yang lain akak malas nak fikir. Last sekali akak letak gambar akak bertreasure hunt hari rabu. Kami dapat no 3 jah. Tapi i feel great dapat berlari2 keluarkan peluh.

Ni ahli group akak. Ada sorang pak arab lecturer. Tapi kawen dengan ore kelate.

Ni kena masukkan air dalam botol ke cawan yang akak letak atas kepala tu. Yesss...of course la kepala akak basah lepas tu. Nasib baik akak bijak bawak extra baju+tudung ye..

Anyway, we have fun on that day. Last year akak masuk. Tahun ni pon akak masuk. Next year pon akak nak masuk...matila over!

Ok. Bye uollsss... Semoga tahun 2013 lebih baik dari 2012!!


iklan