Friday, December 28, 2012

2012 to 2013

Matila kannnn...akak baru siap marking + key in markah uollss..

Ada yang lab report yang missing satu hal..

Yang meniru copy paste dari front cover ke conclusion 1 hal.. Mula2 akak panggil la diorang mengadap. Lama2 akak dah menyampah akak bagi KOSONG sahajork.

So average dia adelah KOSONG sebab ke semua lab report dia copy paste. Rasainnnn kau!!!

Akak saket hati okeh menanda lab report begituu... Akak pon belajar tak pandai. Tapi xdela keje copy paste orang je!!

Ok lah. tutup cerita lab report yang dah siap tu. Akak nak buat review tahun 2013 gituuuuu...

Kelas akakkk nak over2 buat review diri sendiri kannnn??

What happened in 2012??

1. Nekad berenti kerja. So bulan 1,2,3 adelah tidak berkerja. Nasib baik akak ada simpanan untuk menampung hutang2 akak. Habes duit simpan buat kueh raya tahun 2011. Lepas tu akak menyara hidup...**matilakan ayat BERSAMAMU. Akak buat kueh donat dengan muffin hantar kat Taska tiap2 hari selasa dan khamis. Dengan duit tu la akak pegi jalan2 ke Terengganu dan Cameron Highland uolllsss..
Selebihnya berbekalkan belas ikhsan Laki akak lah. Walaupon laki akak x banyak mana tapi Alhamdulillah masih cukup ketika tu. Boleh la kami bayar duit kereta, duit rumah, Loan. dan baki cc.

2. Bulan 4 start kerja + buat kueh raya. Hasil dia akak dapat beli macam2. Dpt beli Note. Beli gelang emas. Dapat saving sikit2. Dan juga dapat beli barang2 yang akak suka. Walaupon gaji akak sikit je, tapi alhamdulillah akak masih boleh shopping2..
In fact, tahun 2011 tu akak terminate sema credit card yang akak ada. Bank islam punya akak dah habes bayar. Tinggal alliance bank ni akak cakap dgn depa akak nak bayar bulan2 sampai habes baki hutang tu.

Nanti diorang akan tanya korang mampu bayar berapa?
So nanti uolls jawab la berapa2 yang mampu bayar...

Selepas terminate credit card akak. Akak rasa financial akak lebih kukuh. Maksudnya duit akak xdela manjang tak cukup je tiap2 bulan...

Uollsss...ada kawan akak ni, gaji dia 3k, laki dia 4k++...total dekat 8k ya sebulan. TAPII.....nak idupkan roadtax keter viva pon xde duit. Howww??

Sebab apa?? sebab credit card hutang bertimbun dekat 20k. Pastu personal loan sampai 2 overlapped. Lepas tu shopping tak ingat beli beg coach, keran millen bagai. Tup tup road kereta pon x mampu nak hidupkan..

Ingat ye uollsss... credit card tu adelah musuh financial anda ye!!

Apa aku merepek pulak nih???

3. Tahun ni juga akak mampu menyimpan duet sikit2... Sikit2 jeeee...ala at least ada menyimpan jugak. Kannn...kannn??

4. Akak stop kan breastfeed Pahat sebab akak penat...**matila kannn... Dan Alhamdulillah...senang gila nak wean off kan Pahat. Sorry to say, akak x rindu pon nak breastfeedkan Pahat. Dan akak lebih happy ye sebab lebih bertenaga tak payah bangun malam. Tapi insyaAllah..kalau ada adik Pahat nanti2 pon akak akan breastfeedkan juga.

5. Pahat makin mengada2. Semalam dia buat scene kat kedai Bakery Yummie. Main campak2 barang. Nasib baik barang yang akak beli. Siap duduk atas lantai melalak2... Gerammmmm je emak!

6. Akak dapat hadiah birthday. Sebab Mohd Rafi baik hati + banyak job betulkan motor.

7. Akak menjadi gemok berat naik 55kg. Dari 48kg... 7kg naik...Pitammmmm!!!

Yang lain akak malas nak fikir. Last sekali akak letak gambar akak bertreasure hunt hari rabu. Kami dapat no 3 jah. Tapi i feel great dapat berlari2 keluarkan peluh.

Ni ahli group akak. Ada sorang pak arab lecturer. Tapi kawen dengan ore kelate.

Ni kena masukkan air dalam botol ke cawan yang akak letak atas kepala tu. Yesss...of course la kepala akak basah lepas tu. Nasib baik akak bijak bawak extra baju+tudung ye..

Anyway, we have fun on that day. Last year akak masuk. Tahun ni pon akak masuk. Next year pon akak nak masuk...matila over!

Ok. Bye uollsss... Semoga tahun 2013 lebih baik dari 2012!!


No comments:

iklan