Monday, March 20, 2017

Cerita balik malaysia.

Awas! Entry jenis malas upload gambar.

Flight akak 15.2, pastu passport kurang 6 bulan. So akak and farhat kena buat passport. Alang2 kitorg pegi London 2 hari dr tarikh flight buat passport.

14hb tu akak pegi Malaysia high comminsion kat London dengan Farhat sahaja. Sbb nak cepat kang leceh kalau bawak Farha sbb tak semua tube stroller friendly. Sampai dalam pukul 9.30 am. Tak ramai orang. Document semua akak dah photostat siap2 memang akak check kat website high comm mana yag kena bawak and photostat. Sebab kat sana photostat 20pence per page. So kau jangan bazirkan duit. And sila bawak CASH sahajork sbb kat sana x accept card. Dan ATM machine jauh.
Ada couple nak hidupkan passport tak bawak cash terpaksa lari pegi ATM machine kat hyde park tu.

Pukul 10,30 dah siap buat assport. Boleh pick up pukul 3pm. Pastu akak pun balik hotel relax2. Btw, akak sewa travelodge for 2 days. Kalau ikutkan rate asal Gbp39 per day tapi sbb guna acc kawan akak dapat Gbp14.99 per day. Alhamdulillah rezeki masa tu dia offer nak bookkan. Travelodge Hackney tu betul2 depan overground. Memang senang gila nak ke mana2.

Kalau sapa2 nak pi London, instead of stay kat central London uols boleh try hotel yg ouskirt sikit tapi dekat dgn tube/train/overground. Sebab London ni senang je transportation dia.

Sempat beli karipap pusing dgn Nasi lemak kat High Comm. Sedap jugak karipap dia.

Pukul 2.30 akak dh pegi high comm nak pick up passport. Akak pegi sorang sebab Farhat malas nak ikut. I'm tired dia kata. Sampai sana pegawai tu kata kena bawak Farhat sebab nak kena chop jari. OMGGGG... Aku xde credit masa tu. And xde cash nak call!. Jumpa public phone boleh guna card. Syukurrrr.. Call Mohd Rafi suh bawak Farhat jumpa kat victoria station. Which is tengah2 jalan antara hackney to hyde park station. Sebab kalau akak balik x sempat pick up farhat. High comm tutup pukul 4pm.

Nasib baik la sempat uolsss. Dah la esok nak flight kalau x sempat pick up passport, pitammmmmm. Pukul 4 tepat sampai High Comm okeh.

Lepas tu dh alang2 kat central London, kitorg pegi Piccadily jalan2 sampai ke china town.
Pastu makan kat Rasa Sayang cafe. X sedap. hahahaha. Yg sedap milo dinosour je.

Pastu balik rehat sbb esok nak naik flight kat Gatwick.

Dalam train ke Gatwick kitorg jumpa satu couple wife dia Spain, husband dia sweeden. Borak2 dgn kitorg. Dia kata kenapa cakap dgn farhat english. Dia kata cakap je malaysian dgn Farhat so nnt dia boleh cakap banyak bahasa. Anak diorg cakap 5 language. kat rumah samaada cakap sweedish atau spanish.

Check in kat Gatwick sekali je flight Turki to Singapore kitorg dapat single seat!. Boleh bayangkan tak Farha yg 2 tahun tu duduk dengan stranger??. Ticketing officer tu kata nanti tukar dgn orang. Bgtau stewardess. Tiket London to Turki xde masalah dapat group seat.

Flight Turki to Singapore. Naik2 je kitorg inform stewardess. Obviously we have 2 small children kan. Takkan nak bg duduk asing2. Alhamdulillah manage to swap seat. Kalau tak kau hadapla si Farha tu meroyan ddudk sebelah kau kalau tak nak tukar kennnnnn.

Btw, ada org tya kenapa turun singapore? Sbb kitorg duduk johor, so Singapore lebih convinient. Lepas tu sibuk la org tersebut nak paksa2 akak turun KLIA, motipppp?? kau ada share ke dgn KLIA ittewww?
nah. ni je gambar yg ado kat GATWICK.
Kalau turun KLIA kang kena tunggu flight ke Johor pulak. Pastu dr senai kena tggu org amek pulak. Leceh gila. So akak suka turun Changi airport
Lagipon akak suka Changi airport. Sangat Child friendly.

Cerita sampai Malaysia nantilah akak tulis sambungan. Akak tetiba malas pulak. Nanti akak share cemana nak cross border Singapore-Johore.

Sekian. So sapa nak tgk gambar banyak2 silalah ke ig akak. Fb pun aku malas bukak sekarang ye.

No comments:

iklan