Monday, November 7, 2016

Conference in Newcastle Part 2

Mohon jangan kecam akak. Ni first time akak pi conference okeh.

Tolong jangan muntah gambar berlambak2. Jangan main2, akak tengah rajin ni nak update.

So on the day after conference tu akak ponteng. Akak and Sally plan just nak pegi awards ceremony je pukul 3.30pm. So pagi tu kitorg check out tinggal beg kat hotel and pegi The coast.

So jalan kaki 10 menet pegi Metro station area Newcastle stadium. Amek day save ticket harga GBP4.80. Paling best ticket day saver ni segala jenis pengangkutan termasuk ferry free. Included dalam ticket. Kecuali teksi yaaa.

Dalam METRO otw pi beach area The coast, Tynemouth

Train station ni chantek gila tapi aku x igt apa nama station ni. Tapi turun sini untuk ke King's edward bay.
 Akak x igt apa nama Metro station kat King's Edward Bay tu ntah. Tapi jalan kaki 10 menet untuk ke King's Edward bay tu.




Ok ni adalah King's Edward Bay. Ada castle kat situ. View memang cantik gila tapi weather aritu x memberi kerjasama.

Nampak tak kat hujung tu? itu ialah Lighthouse. Kalau x silap hakak dibina pada tahun 1860 camtu. Kau google lah, akak igt2 lupa pastu akak malas nak google. Bolehhh?

Lepas tu, kitorg pegi pulak North Shield. Naik Metro 1 station sampai North Shield. Sebab pegi North Shield ialah nak naik ferry ke South Shield. Ferry free with Metro Day saver ticket.

Kat dock nak naik ferry. Ferrynya kat belakang tu nampak tak?

Ni atas ferry


Cantik kan view??
 Naik ferry 5 menet je uolss. Ala2 seberang sungai je. Sally kata nak berenang pun boleh. Sapa nak berenang sejuk2 ni kannnn??

Ni dah sampai South Shield.
 Dah sampai South Shield cuaca elok sangat. Matahari pun keluar. Lepas port tu ada market. So kami pun tengok2 apa yang ada.



Ni area market.
Jalan 10-15 menet untuk ke Metro station. Lalu town diorg. Foreigner kawasan ni memang x ramai. So best la jugak.

Lepas tu balik singgah Gateshead sebab nak beli Subway Halal laki hakak kirim. Sebab dia dah jaga anak2 akak gigih heret Sally pegi beli. Dah la sesat2 salah jalan sbb google maps bongok.

Masa tu dah pukul 3pm uolss. Kelam kabut balik Newcastle city centre sbb nak attend awards ceremony.

Sampai sana dah pukul 3.45pm. Dah nak habis pon. Diorg dah announce best paper award. Lepas habis tu kitorg pun tanya la organiser ada announce anyone from Lincoln ke tak sebab kitorg ada 3 org jugak yang present aritu. Pastu diorg tgh busy kemas2 and amek gambar suh dtg lagi 10 menet. Akak pi toilet dulu. Pastu Sally panggil kata nama akak menang Best Paper award.

Pastu aku pon text sv kata menang Best Paper. Dia pun happy gila. Lepas tu dia siap tulis kat research gate aku yang untuk paper ni kitorg menang Best Paper award. Bolehhhhhh???
Lepas tu dia email 1 department kata kitorg menang Best Paper. Pitammmmmmmmm

Sebenarnya paper tu most of the wording sv aku tulis. Kalau aku tulis sah2 gammar tunggang langgang. Structure ntah hapa2. So akak masokkan refs, results and some figures je.

Sv aku siap suh call mak aku bgtau aku menang best paper. Akak cakap mak akak x tau pape pun pasal research ke best paper ke conference ke.
So for 1st timer okl kannnn.

Dah la tu. Byeeee.

1 comment:

arnie said...

Once again, Congrats kak for the award!!! Memang cantik sangat view kat situ.

iklan