Tuesday, October 11, 2016

Birthday Farhat

Hari sabtu 8/10 adalah birthday Pahat ke 6.

Sebab kali ni emak... eh bukan semua guna duit laki hakak. So Mohd Rafi ada rejeki lebih. So kali ni kitorg buat la majlis birthday dia.

Sebab dia selalu mintak balloon bila jalan kat high street. Mak cakap,'it's not your birthday yet, nanti birthday Farhat baru boleh beli balloon'

So akak dengan gigih malam sebelum tu tiup balloon okeh. Pastu Mohd Rafi beli baloon Thomas the train. And jangan lupa, pompuan samseng tu kena belikan skali supaya tak gaduh. So pompuan tu dpt baloon Dory.

Akak buat nasik hayam jek. Paling senang and simple. Apa tak nya, ayam campak dalam ovenn grill. Sayur salad potong2 jah. Senang kennnn. Malam jumaat aku dah buat chicken stock untuk soup nasi ayam. Pastu perap ayam siap2.

Esoknya pukul 9pagi start grill ayam guna 2 oven. Pastu masak sop and nasik. Pastu buat kuah kicap and lada sambal untuk nasik hayam. Pukul 11 dah settle.

Pagi tu Pahat pegi Tesco dengan Mohd Rafi beli kek. Senang suh dia pilih sendiri. Sebenarnya dia nak kek dinosor tapi xde stock pulak hari tu. So dia pilih kek starwar.





Majlis memang simple je panggil mana yang ada je lah. Sebab dah tak ramai sgt pun kan kat Lincoln ni.

Mak+apak bai Farhat dinosour robot. Lepas tu aku menyesal pulak sebab bising. Nak tido roaaaarrr roaaarrrr. OMGG... And paling penting adik dia patahkan lehet Dinosour tu. Apela nak jadi dengan kau nii??

So next, bulan 11 pulak birthday pompuan samseng tu. Emak kena adil lah, kena buat dua2. Walaupon pompuan tu konsepnya ada aku kesahhhh???

1 comment:

Cd owner said...

Walaupon pompuan tu konsepnya ada aku kesahhhh??? Motippppp

iklan