Friday, September 16, 2016

Ter'miss' meeting

Suppose meeting friday dengan SV. Sebab nak discuss paper konon2 nak hantar kat mathematic application punya journal. Sv akak suka confident kannnnnnn. Impact factor not bad. Dia kata dia nak settlekan paper tu cepat2 lepas tu boleh continue dengan topic lain.

Semalam pukul 7 pagi dia skype hakak tanya boleh tak meeting pukul 11 am.

Akak cakap 'Sure, but can we do it before 1pm?' Sebab laki hakak nak pi semayang and pastu pegi kerja.

So dia kata ok.

Semalam akak lepas mandi check message skype.

Sv akak tanya, 'Faz, are you at the Eng Hub?'

Akak cakap 'I'm working from home today'

Lepas tu dia cakap , sepatutnya meeting arini. Pegi check balik message kau (of course la dia ckp in english, habes tu akak malas nak translate)

Whatttt? Akak scroll balik message. Akak ingat friday sebenarnya TODAY. TODAY ye pukul 11 am. Masa tu dah pukul 11.30am

Matilahh nakkkk. Mata kau kero ke apa tak baca betul2?

Akak apologize kat dia sbb tak baca betul2. And akak cakap akak akan pegi sekarang. So akak terus siap2.
Tapi dia replied kata 'It is up to you if you have the time to meet today. It is not a problem if we leave it for later, next week'

Tapi akak cakap, ' No problem at all because my husband start working at 4.30 today. So I have plenty of time before that. And I think it is better to sort thing out this week'

Then, akak book cab pi Uni. Sebab kalau aku jalan kaki 30 menet baru sampai.

Sampai Opis pi beli kopi dulu. Hahahaha. Perlu ye coffee sbb meeting selalu lama gila and you really need coffee.

Sampai opis sv senyum je tgk akak. Nasib baik dia tak marah. Matilah nakkkkk.

And meeting sampai pukul 4.10pm. Akak berlari balik rumah. Kau rasaaaaa? Laki akak kena pi kerja hokeh.

Masa meeting dia tanya 'What do you think about the mock presentation last Monday?'

Refering to when he asked me to present in front of my 2nd SV.

'Yeah, I think it's okay'

Dia sambung, 'Well, it is to train you for your viva later'

Dia kata lepas ni, from time to time dia akan buat mock present/viva bila2 masa. Volehhhhh?. Saja la tu nak suh akak prepare...

Btw, paper sv akak menang IMECHE award.

So budak2 kat department akak semua tya. 'Where is your name?' Nama akak xde dalam paper tu.

Mentang2 la aku sorang student dia. Takkan semua paper dia nak letak nama hakak kennnn?

Sah2 aku takde contribution kat situ, so tak perlu lah kannn uolss.

Lagipun paper tu dia tulis masa akak cuti transfer/bersalin setahun. So memang akak x buat kerja punggg.

byee

4 comments:

arnie said...

Wahhh.. sv akak mmg terbaik la kak..
cara die jaga akak tu, mmg akan lead akak abis on time..
dengan paper q1 gitu.. insyaallah, senanglah akak balik dpt keje nanti.

monstorious wife said...

Alhamdulillah...walaupun stress sabtu ahad pun dia kejar tapi hakak redha demi masa depan.. haha.
Btw, paper yg Q1 tu kena reject. Yg kitorg nk submit ni paper biasa2 je tapi ber impact lah jugak.

arnie said...

huhuhu.. paper q1 baru kite pun baru kene reject.
ni prof hantar kat q3 je.. demotivated. kite tak kesah. keh keh keh.

monstorious wife said...

haha.. akak pun x kisah sebenarnya sbb kita pun tau tahap mana paper kita tulis tu kann.

iklan