Sunday, September 18, 2016

Child and family.

Hi uolsss... Akak bersiaran kembali.

Tadi akak buat cake sbb dah janji dengan Pahat lama. Tapi akak frosting akak beli kat Lakeland tu dah turn bad. So akak malas nak mejawab pertanyaan Pahat kenapa tak boleh makan cake lagi. So akak suruh dia tido. Kejinya emak kauuuu...

Btw, Pahat dah masuk sekolah. Dia dah year 1. Tak berapa pandai baca lagi. Tapi dia pandai baca ikut phonic je. Kira mcm eja satu2 lah. Year 1 ni dah serious sikit belajar kat sekolah. Siap ada homework lagi. Homework pun seminggu sekali jahhh. Goyang kaki eh mak bapak. Masa reception memang kerja banyak main jahhh. Year 1 belajar betul sikit. Aritu dia bawah ala2 worksheet membaca. Akak tengah busy masak tetiba rajin pulak dia pegi membaca. Aikkkk???

Ingat tak dulu cikgu reception dia selalu kata dia lack of focus pastu nak hantar pegi check. Diorang buat hearing test. Tapi akak tak tau resultnya apa. Bolehhh? sebab sekolah yang hantar dia buat hearing test. Lepas tu sampai sekarang senyap je.

Oh. Adik dia kak long kawasan Lincoln. Satu Lincoln ni dah tau dia samseng okeh, Pitammmmmm mak kau. Tapi Farha ni cepat tangkap kalau akak ajar. Dah pandai cakap 2 patah perkataan macam,
'Air umpah (air tumpah)'
"ayah takde'
'Nak susu'
Nak berak pun pandai cakap. 'Beyak'. Paling best hobi dia ialah bukak pampers, bukak seluar sendiri. bogel dalam rumah. pastu kencing kat carpet. Pitammmm. So akak sikit2 toilet train dia, Tak la serious lagi. Just kalau dia start bukak pampers sendiri akak bawak gi toilet kencingkan.
Hobi dia lagi satu belasah abang dia. Tapi pagi2 bangun terus cakap 'Abangggg'. Abang kau takde. Pegi sekolah.
Tapi disebabkan dulu Pahat slow. Maksud akak dia speech delay. Umur 3 tahun baru tau cakap satu2 patah perkataan. And umur 3 tahun pun dia tak berapa faham apa akak and Mohd rafi cakap. So bila Farha ni akak amaze how fast she start speak. And dia faham arahan..
Baru la akak tau... ooooo, mcm ni rupanya kalau budak normal.
Bukanla akak nak cakap Farhat tak normal tapi cuma dia ada delay sikit. Tapi akak bersyukur, masa dia speech delay dulu nurse buat test dia bukan autitism, cuma memang ada delay sikit.
Tapi xpe, he is always my sweetheart.

Oh. Akak nak bgtau, Farha memang anak Mohd Rafi. Memang anak ayah okeh. Sikit2 ayahhhhh...ayahhhh...Sampai emak pun dia panggil ayahhhh.
Lepas tu suruh cium emak dia tak nak. Suruh cium ayah terus pegi cium. Sentap mak kauuu. Terus mak cakap 'Ibu yang pregnantkan dekat 10 bulan. Dah la lahir terlebih bulan....sakit contraction lama...'
Pitammmmm...Ada jugak emak mcm ni.
Tapi actually sbb dia hari2 kat rumah dengan ayah dia tu yang dia rapat dengan ayah.

Akak skrg pakai implant. Takde plan nak pregnant lagi buat masa sekarang. So jangan tanya akak bila nak mengandong lagi. 1. Sebab akak tgh buat PhD. 2. Sebab both akak and Mohd Rafi is beta Thalasemia carrier. 3. Akak cakap kat laki akak nnt kita amek anak angkat je lah. Boleh tak gituuu? Sebab akak dah tua lah nak pregnant lagi. So nnt kita amek anak angkat je bolehhhhhh.

Kalau ada baby lagi kang akak takut si Farha tu cepuk adik dia je. Dia bukan boleh ayah dia sayang orang lain lebih sikit. Kalau ayah dia dekat2 dengan abang dia cepat2 dia suruh tepi. Kemain lagi eh mcm bapak kau sorang.


2 comments:

aisha said...

hebat farha! silap2 nanti dah besar dia yang jaga abang dia.. hahaha pastu dia yang jadik jaga siapa nak jadi girlfriend pahat.. abis la..

monstorious wife said...

itu dah pasti. Nanti kat sekolah suh dia protect abang dia sbb abang dia lembik.

iklan