Thursday, September 1, 2016

Kesedihan seorang ibu.

Uollsss..

Masa raya aritu akak sepupu iaitu Kak Semah bgtau yang anak dia suspected cancer. Masa tu akak berdoa semoga bukan cancer, sbb diorg still tengah tggu result lab dari hospital Sultanah Aminah JB.

Minggu lepas anak dia admitted. Menurut adik akak bagitau, cancer mata tahap 4, dah merebak ke otak. Ya allahh... akak terus nangis masa adik akak cerita. Kesiann sgt uols. Doctor pun dah tak boleh Kimo sbb badan dia terlalu lemah. Kurus sangat sekrang. Kalau nak ikutkan budaknya comel sangat. Muka ala2 korea. Baru darjah 5.

Sebenarnya dia lahir memang ada masalah dengan mata. Mata sebelah kanan dia memang rosak. Jadi memang selalu operate mata. Doctor masukkan mata palsu supaya nampak ada mata. Beberapa tahun sekali dia kena tukar mata palsu tu sebab bila besar kelonsong mata turut besar, so kena operate masuk mata palsu lain. Tapi tak sangka lama2 jadi cancer.

Bayangkan uolss akak pun nangis inikan pulak mak bapak dia. Mesti lah lagi sedih. Kak semah and husband dia berniaga kantin kilang. So memang tak boleh cuti. Jadi sekarang Kak semah buat semua sorang2 kat kantin kilang tu, husband dia jaga anak kat hospital. Yelah, kalau cuti mana ada pendapatan uols. Anak2 lain pun nak makan juga. Rumah nak kena bayar, bils lagi.

So, akak tak mintak banyak. Tolong doakan semoga keluarga Kak semah tabah. Semoga anak dia dapat bertahan dan melawan penyakit dia.
Aminnnn

p/s : Akak nak ucapkan Good Luck kat Arni yang viva Phd esok.. Jiayoo!!!

2 comments:

arnie said...

Innalillah wainnailaihi rojiun.
Aminn kak.. Semoga Allah bagi ketabahan dan kekuatan kepada mereka sekeluarga.

Ya Allah, jika masa anak itu hampir tiba, permudahkanlah urusannya.
Dan jika umur anak itu masih panjang, sembuhkanlah penyakitnya, berilah dia kesihatan yang baik dan permudahkanlah segala urusan termasuk kedua ibu bapanya.

Berilah mereka pahala dan kebaikan yang besar di atas ujian besar ini.
Aminn..

(doa ni ade ustaz ajar kite)

monstorious wife said...

Thanks Arni.

iklan