Thursday, August 25, 2016

Boring...

PC opis ada problem. Akak x boleh nak access document. Nak pegi print pun tak boleh sbb masalah account. Aku dh email diorg smlm. Kekdahnya aku ada banyak benda nak kena buat.
Apsal time2 mcm ni account emak nak problem ntah.

So, hakak boring lah. Dah la cuti summer hakak x boleh feeling2 cuti. Nasib baik ada la jugak berjalan pegi carboot and Leicester. Hahaha

Aritu pegi Nothampton 2 hari pun sv aku dah bising sbb x update kerja kat dia. **nangis akak.

Pahat bulan 9 naik sekolah. 5hb. Ala tp biasa la beli baju sekolah baru tak sampai pun Gbp20 sekali dgn kasut. Buku tak payah beli pun. Alat tulis pun sekolah sediakan. Makan pun free. Apa lg kau nak?
Tinggal lenggang kanggkung je pegi sekolah. Memang lenggang kangkung pun sbb sekolah belakang rumah je.
Sambil jalan boleh tangkap pokemon. Bolehhhhh

Skrg ni akak dengar student Phd oversea semua masalah yg sama iaitu tak boleh extend. Memang gov dah xde duit kan. Nak tak nak habiskan segala jenis experiment. Writing buat kat Malaysia. Kalau jenis yg kena guna machine or equipment akak tak tau lah cemana. Akak buat Matlab. So aku boleh mobile. Dimana2 jua berada.

Tapi kannn walaupun begitu, kau rasa boleh ke buat kerja kat rumah buat2 x dengar anak2 kau merengek?? Takde okehhhhh. Kejap lg si Paha pegang tangan. Nak duduk belakang. Pahat nak roti lah hapa lah. Nak tgk citer dinosour lah. Tak payah la berangan. Dah malas anak dh tido kau pun dh duduk bawah selimut dh malas lah nk bangun buat kerja.

So akak mmg buat kerja di opis sahajork. Tp kdg2 weekend bila sv skype akak terpaksa la jugak buat kerja. Biasanya bila nak kejar deadline paper nak kena submit. Time camtu mintak tolong Mohd Rafi jaga anak2 kejap. Tapi uols dah la dia weekdays jaga anak. Pastu weekend nak suh jaga anak lagi. Agak2 la kannn. Malam pulak dia kerja.

Lepas tu banyak pulak mulut puaka perli2 keje berjalan je duduk uk kennnnn?

2 comments:

arnie said...

Haah kak, sekarang local n oversea pun mmg dah tak boleh extend.
Jangankan cikgu, ayah kita jumpe pakcik kita yg doktor, doktor yg patut posting pun tak diambil keje lagi. Padahal doktor tak cukup and kritikal. Mmg parah ekonomi kita skrg ni kak. Tak tau lah nasib akan datang.

Apapun. Rezeki tu datangnya dari Allah. Insyaallah, ada bahagian kita semua nanti. Chayok2 kak! Sangat memahami yg part takleh buat kerja bila kat rumah. Sebelum ade bibik, mcm tulah kita. huhuhuhu...

aisha said...

Takyah la heran mulut2 puaka tu.. nanti dah penat mulut hilang la kepuakaan itu.. yang penting sila update sokmo..

iklan