Monday, August 15, 2016

Trip to Carboot

Weekend lepas akak sewa kereta. Hari sabtu jalan2 bawak Pahat pegi park. Sebab cuti sekolah kan. Takkan la dia nak duduk rumah je. Mula2 pegi cari carboot hari sabtu. Sekali je tak dijumpai. Sabo je la.

So hari ahad tu Mohd Rafi dah google lokasi siap2. Pukul 6 lebih dah bangun siapkan sandwich. Bekal harus bawak je pegi jalan2. Di samping dapat menjimatkan perbelanjaan.


 Plannya kann pagi tu nak pegi carboot Nottingham. Pastu Pkl 10 am nak gerak ke Carboot lain puiler.. Xde maknanya uolsss. Carboot ni agak besar. Parking free. Bayaran masuk adult 75pence. Kanak masuk free.









Mula2 pegi carboot kat Nott. Sampai dalam pkl 8 camtu. Yang paling rambang mata ialah Pahat. Sebab ramai gila orang jual mainan. Lepas tu harga 50p je yang jual 10p pun ado. Mula2 dia nampak Ben10, so akak belikan la 2 je. Sebenarnya org tu jual semua koleksi Ben10 tp dia nak 2 je. Bagus. Jimat duit mak kau.

Pastu akak nampak cake stand corak burung ni.

Akak terus berkenan. Tanya harga Gbp10. Akak mintak duit laki akak sbb akak dh meseken. Seller tu kata ni tahun 1920 punya. Yeye je lah kan. Akak beli sbb akak berkenan kat corak dia.

Lepas tu jalan2 lagi jumpa soft toys ni. 50p jugak. akak belikan Farha and Pahat sorang satu. Tapi kekdahnya si Farha tu x nak Minnie Mouse tu. Yang dia nak main adalah dinosour abang dia dan Ben10. Pitammm mak kau.




Minnie tu boleh bercakap. Tapi memekak je kan. So akak offkan suara dia nyanyi2 tu. Keji tak jd emak?
Lagi satu emak beli set pinggan mangkuk. Sebenarnya ni set of 10. Maksudnya ada 10 pinggan makan, 10 piring , 10 cawan, tp mak x kuasa amek gbr semua. Sbb mak malas.

Ni belum samak lagi. Esok2 lah mak buat. Sbb emak tgh malas. Set pinggan ni harganya Gbp8. Mintak duit laki jugak konsepnya.

Lepas tu jalan2 lagi akak jumpa pulak set pinggan royal doulton for Gbp10. Cisssssss! Takkan nak pulang balik kennn kau dh gigih usung kehulu hilir.

Lagi satu benda best beli kat carboot ialah coklat!. Coklat fererro rocher yang 1 kotak 24pcs tu baru Gbp10 hokeh. Kinder suprise 6pcs for Gbp1.50. Nutella pod, 4 for Gbp1. Matilah aku borong semua.

Dah habis berjalan kat situ. Dalam pkl 10 konon2 gerak ke next carboot. Tapi tak dijumpai. Mungkin diorg dah cancelled utk hari tu ke apa. Lps tu gigih lagi cari carboot lain Kat Leicester. Tak dijumpai juga. Gigih jugak Mohd Rafi round2 cari. Last2 jumpa tapi dah tutup. Rasainnnnn. Sah2 carboot tutup pukul 12pm dah bungkus semua.

Sebab dah sampai Leicester, maka kita pegi lah jalan2 ke Leicester. Ni 2nd time kitorg dtg Leicester. Nasib baik sv aku balik Greece. Kalau tak mau jumpa kat High Street tu sbb dia memang duduk Leicester.


Nampak mcm pregnant meh?? Haha. Kat Leicester takde buat apa. Jalan kat High Street. Pahat dok nak terkencing sgt, aku masuk je restoran mana2 masuk pegi toilet. Sbb dia dh x tahan sgt.
Pastu masuk KFC halal dan makan.
Sbb parking mahal. Gbp2.50 per hour. Makan cepat2 dan blah. Kalau lebih sejam kang kena bayar Gbp5.50. koserr haku kan.

Balik tepat2 pkl 4pm. Pkl 4.30pm Mohd Rafi pun kena pi kerja.
Dan akak membuta.
Next trip mungkin bank holiday ni nak pi carboot lagi. Sementara tgh summer ni. Masuk autumn kang carboot dah xde. Yela sapa yang nak berniaga outdoor tgh2 sejuk. Nak keluar rumah pun malas.

4 comments:

aisha said...

nak order beli apa yang menarik kat carboot aci? update la lagik... farha mana farha?

monstorious wife said...

FarhA dgn Apak dia. Dia x boleh dibiarkan berleluasa turun, nnt ntah hapa2 dia pegang. uols nk beli apakah di carboot. Iols x boleh nk bgtau sbb diorg mmg jual mcm2, semua benda ada.

arnie said...

cake stand tu mmg sangat2 cantik kak! mmg berbaloi la carboot sales kat sane.

Naflyna said...

Serius cantik cake stand tu. Rindu sgt dengan carboot sale

iklan