Thursday, July 14, 2016

Kisah Basikal Pahat.

Berbalik kepada kisah basikal Pahat entry bulan lepas.
Uols tau kan akak n laki akak sakit telinga hari2 dengar Pahat berzikir 'I want a bike...pleaseee...pleassee ibuuu'

So kitorg pun dengan gigih la carik basikal MURAH. Yela akak xde budget lah beli baru. Lagipun rugi je beli mahal2 basikal baru. Kitorg cari kat GUMTREE, pastu keluar masuk CHARITY SHOP yang wujud kat Lincoln ni. Kdg2 pesan kat member yang pegi carboot sale tengokkan kalau ada basikal murah2.

Ada satu basikal kat GUMTREE kitorg berkenan harga Gbp10 je. Contact owner sekali je dah ada orang beli. Lain2 harga mcm tak munasabah seperti Gbp20 ke atas untuk basikal 2nd hand. Lebih dari Gbp20 basikal budak 2nd hand kitorg consider mahal.

Kebetulan hari Pahat kena chicken pox kitorg bawak pegi NHS walk in atas bukit. Jauh sikit dari town. Deret NHS tu ada satu charity shop. Akak pi straight NHS dgn Pahat. Mohd Rafi dgn Farha masuk charity shop tu.

Lepas tu Mohd Rafi dtg NHS bgtau akak ada basikal murah 3 ketul kat kedai tu. Harga Gbp10 je.

 Btw, masa akak dtg NHS walk in tu kitorg je yg ada kat situ. Best gila. Balik terus pegi Charity shop tu. Ada 3 basikal budak, masalahnya semua color pink. Selepas membuat petimbangan. Kitorg beli basikal paling ringan. Harga Gbp8. Tayar pancit tp xpe balik boleh pump.

Nampak tak color pink?? Tapi Pahat tu bukan kesah color apa asalkan dia dpt basikal. Gigih heret basikal pancit balik rumah. Dah la jauh jalan kaki.

Sebab dia nak basikal Spiderman. Mohd Rafi sembur color biru. Mula2 dia sembur coating dulu. Gigih ni pagi2 buta buat kerja.

Lepas tu baru sembur color biru.

Actually kitorg plan nak tampal sticker spiderman lepas sembur biru. Tapii tetiba sticker tak dijumpai. Time tak carik ada je jual. Dah, x koser akak nak tampal2.

Dah siap sembur, yg paling excited of course la tuan punya basikal. Siap basuh lagi basikal dia.




Lepas tu kitorg saja google2 nak tau harga sebenar basikal ni. Nama basikal ni ialah Land Rover 7005 serie. Body dia alloy, mmg ringan sikit. Harga original Gbp180. Masalahnya basikal tu kitorg dpt memang elok lagi. Tayar pun elok cuma kena pump balik je. Harga murah nak mati Gbp8. Memang rezeki si Pahat dok berzikir nak basikal nak basikallll. Alhamdulillahhh...syukur. Tak payah la akak dengar dia dok ulang2 mintak basikal. Pening hokeh.

Lepas tu dia hari2 nak mengayuh pegi balik sekolah. Time sunny je, hujan dia jalan kaki.

Org kedua excited ialah minah samseng ni.


Akak tengah risau ni sv akak nak cuti sebulan balik Greece. Nnt lambat la progress akak. Huhuhuhu. Bagi student phd sv cuti lama2 tak best okeh. Tapi xpelah maybe akak boleh start writing thesis atau paper since ada masa sebulan tu.

1 comment:

arnie said...

hahaha.. sian minah tu. tapi pandai die sebut bike.
nanti boleh geng dgn teyya. princess wanna be gitu. hahaha..

iklan