Tuesday, July 12, 2016

Raya 2016 di Lincoln

Hi uolsss... akak dah transfer semua gambar kat phone ke pc. Jadi akak bolehla upload gambar berserta update blog.

Raya tahun ni di Lincoln sahajork. Walaupon ramai yang balik Malaysia balik raya sbb tengah cuti summer. Dan walaupun tiket balik Mesia aritu promotion murah gilaaa. Tapi kekdahnya bila kena darap 4 orang masyarakat dalam rumah ni, cancel je lah. Baik akak beli beg prada seketul (cita2 tinggi).

So kami raya 6.7 sama mcm malaysia. Edinburgh raya awal 5.7. Raya kali ni kitorg collect duit sorang Gbp7. Pastu buat kat rumah akak.

Mula2 akak masak rendang daging cili api 4 kilo.


 Periuk 28cm akak baru beli kat warehouse sale Gbp5 sahajork. Periuk tebal. Hakak suka. Senang kacau rendang. Tak payah pegi gym okeh. Mohd Rafi mcm biasa, dia kan suka sgt mengemas. So dia kerja mengemas dari subuh ke malam. Pelik betul haku jumpa je habuk2 kat carpet. Kalau akak x koser laaaaa. Basuh pinggan pun kerja dia jugak. Dah siap rendang, akak goreng ayam pulak. Pun guna periuk yg sama. Matilaaaa ada 1 periuk besar jahhhhhh.


Goreng ayam 6 ekor. Actually ada diorg kata nak datang tolong. Tapi sementara tunggu diorang tu akak goreng la ayam dulu. Actually ayam ni 4 ekor pun dah cukup. Mula2 akak budget 4 ekor je pastu diorang kata guest dalam 45 orang. And ayam pun kecik je. So akak masak 6 ekor. Last2 satu periuk besar tak habis. Tapi ok je sbb lepas tu semua org bawak balik. So tiada membaziran.

 Pukul 9 dah siap masak semua. Sambal goreng johor, ayam masak merah, kuah kacang and rendang. Lodeh akak masak lepas buka. Actually akak x puasa pun sebab period lagi. Pakai implant ni kan period tak menentu.

Malam tu akak masak sup ekor+tulang jugak. Pastu Mohd Rafi ada buat nasi impit. Dia pakar skrg okeh. So panggil ramai2 buka puasa sekali dan makan lauk raya skali. Lepas tu diorg takbir raya sekali kat rumah akak.


 Ni solat jemaah and takbir sekali.

Lepas tu dok borak2 sambil makan kuih raya. Masing2 balik pukul 1.
Esoknya akak cuti kan Pahat. **matilahh kalau cikgu dia tau.


 Ni yang akak masak. Kuah kacang akak tak hidang sebab tu special untuk laki akak je. Sebab dia tak nak makan kuah kacang orang lain buat. Ngada2 tak? Kuah kacang tugas group lain buat.

 Pukul 7.40 Mohd Rafi pegi semayang raya. Sbb kat sini ada dua turn. Pukul 8am and pukul 10 am.

 Ni gambar raya. Farhat sibuk main dengan kawan dia Rayyan. Memang sebaya dengan dia and satu sekolah. Farha ada orang lain pegang. Btw, Masa raya tu Farha kena chicken pox. So dia tak berapa ada mood sangat.


 Baju akak satu family semua recycle. Baju Farhat je beli baru sebab baju dia dah senteng. Akak aku post dari malaysia bersama maruku. Iskk iskkk




Lepas tu ada bakar satay jugak. Pastu ada lamb chop jugak. Matilah kekenyangan.


 Tukang bakar2. Munzir (yg pki tshirt tu) siap bukak baju sbb takut kemeja dia bau.

Lamb chop

Satay all breast

 Ni semua yang datang masa raya pertama. Ada student. Ada yang memang duduk di Lincoln. Ada dari Seimens malaysia yg datang kursus 2 bulan. Kira ramai la jugak ni. Tahun depan tinggal student phd je kottt...


Aritu jugak Birthday Rayyan. So sambut sekali. Akak masa ni kemas dapur. Aku tak tau yang anak aku menyibuk kat birthday orang. Kalau akak tau memang dah kena ketil.

Ada Auntie kat sini dari sarawak. Tapi dia kawen dengan local. Dia bawak kelupis makan dengan kaya. Eh sedap gila okeh. 1st time seumur hidup akak rasa kelupis tu. Sedap makan dengan rendang pun sedap. Berebut2 makan.

Tu je cerita raya akak. Nasib baik akak x feeling2 order baju dengan Minaz kalau tak memang tak sampai la baju aku.

Byeeeee.

No comments:

iklan