Monday, June 20, 2016

Mood dengar lagu raya.

Akak kat opis ni dok dengar lagu raya.
Padahal tgh cuti puasa kennn.. Over je lebih.

Bulan puasa ni sedih pulak dok teringatkan kat emak akak puasa sorang2 kat kampung tu. Adik n akak akak selalu la ajak dia dtg rumah harammmm dia x nak uols. Sbb dia x nak tinggal teraweh. Kat kampung senang, dia naik moto je pegi. Lagipun dia bukan boleh duduk rumah anak2 lama2, maximum seminggu sahajork. Tu pon 2 3 hari dh sibuk nak balik. Jadi telinga kau kena kebal dengar dia bebel2 nak balik. Hahahahaha

Best uols puasa kat kampung. Boring2 pegi belakang tgk pokok durian, rambutan, mangga. Tahun ni mak akak kata mangga x berapa jd sgt. Tahun lepas lebat kemain. Lepas tu boring2 start enjin keter angkut Farhat, Farha and mak aku pegi Bandar Penawar. Nak jauh sikit pegi Kota Tinggi. Syukurlah ada kenari cabuk akak tu ke sana sini.

Lepas tu, masak sama2 dgn emak akak. Makan sama2. Kalau malas pegi Baazar sening tu beli 2 jenis je. Farhat share je lah dgn kitorg. Farha mkn bubur je masa tu. Lepas sahur duduk depan tv sambil gentel kuih... Sedih pulak bila akak teringat. Mak akak lagi lah sedih dok teringat tahun lepas ada cucu2 duduk dgn dia.

Lagi kalau boring2, start enjin pegi Sungai Mas melawat mertua akak. Walaupun laki akak xde dia kerja kat Serdang, akak selalu je dtg melawat. Tak perlu lah nk tunggu laki balik baru nak melawat. Akak xde masalah balik raya. Kitorg memang gilir2 walaupun dekat je. Ada jugak hikmah kau kawen rumah dekat2. Dalam 30 minint drive dh sampai. Kalau akak boring2 kat sg mas akak start enjin pegi balik Sening. Nasib baik kereta tu mmg hak akak. So suka hati aku lah nk drive kemana, provided laki izinkan. Biasa laki akak bagi je la. Akak nak merambu ke mana pon kannn. Laki akak pon gitu jugak dia boring2, dia start enjin kereta angkut Farhat balik Sg Mas. Kitorg xde masalah disitu.

Actually dlm kes balik rumah mana tahun ni, Emak pun main peranan besar. Adik akak kawen lagi lah org dekat, tu satu kampung senang citer. Dia tu asyik2 balik rumah mak akak. Mak akak suka halau dia, 'Kau balik rumah mertua kau sana'.. Gituuuuu.

Kalau raya, kitorg suka balik raya sama2. Maksudnya tahun tu semua balik serentak. Sbb bukan selalu dpt together2 dgn adik beradik. So memang seronok. Since mertua akak n adik akak dekat je, selalu time yg semua tak balik, sehari before raya akak akan balik sening tolong apa yg patut. Sbb mak mertua akak biasa masak cepat. So akak tolong potong2 and anyam ketupat, dh siap semua, zasss balik Sening.

Kat sening ada adik akak Temok yg belom kawen tu. Lg sorg si Tipah tu sbb dia mmg suka balik sening je kerja nya.. Oh lg satu biasanya ada abang aku n wife dia. Sbb masing2 mmg kawen dgn org dekat. So xde masalah sapa nak tolong masak. Lagipon kat kampung masak x byk sgt. just utk bg jiran2 je. Xde rumah terbuka ke apa. Org dtg biasa mkn kuih. Kecuali sedara mara kitorg suh makan kat dapur.

Citer pasal ketupat, akak nk bgtau, dlm family mertua and family akak, hanya akak sorg je pandai anyam ketupat. Tp mak akak pakai ketupat segera jah. Mertua akak pakai ketupat daun ya. So tiap2 tahun biasanya akak tukang anyam. Kalau ketupat bawang tu akak yg anyam. Ketupat jantung mertua yang anyam. Actually akak lg suka ketupat daun. Makan pun feel lain, bau pun lain. My godddd kenapa citer pasal raya ni???

Byeeeeee

No comments:

iklan