Wednesday, March 16, 2016

Parents meeting.

Semalam ada parents meeting sekolah Pahat untuk spring term. Parents meeting ni ala2 hari terbuka sekolah la. Tapi diorg buat on each term. Aritu winter term. Skrg spring term pulak.

Kat kelas Pahat ada 5 ke 6 cikgu mcm tu. Tapi semalam jumpa 2 orang. Mrs Mihamovic and Ms apa ntah aku x igt nama dia.

Cikgu dia cakap, Pahat susah nak focus kalau in group. Maksud dia kalau dia belajar dalam group Pahat suka tengok kiri tengok kanan. Kalau one to one dengan cikgu dia, dia OK. Pastu cikgu dia tanya la kat rumah dia cemana.
So far kat rumah dia suka baca buku, kalau akak bacakan buku dia akan dengar sampai habis. So problemnya adalah dia x boleh focus bila belajar in group.

Tapi cikgu dia puji dia sebab pandai blend phonic. Sebab dalam kelas dia, dia sorang je pandai. Ini credit to emak yee. Emak ajar dia hari2 sampai dia pandai baca habis 1 buku tajuk Mum's bug ittewww.

Cikgu dia cakap lagi actually progress dia better than masa winter term aritu sebab walaupun lack of focus, dia still pick up one or two. Cuma kalau dia lebih focus dia boleh pick up lagi banyak. Cikgu suspect mungkin sebab dia lambat bercakap. Dia cakap kan start umur 4 tahun, so mungkin problem disitu so cikgu dia hantar akak jumpa Therapist sekolah. Ye, sekolah dia ada therapist yang jaga budak2 delay ni. So nanti dia akan buat test and check apa masalah Pahat.

Akak xde bagi dia gadget time sekolah. So bukan masalah gadget. Mungkin akak suspect dia x suka belajar in group. Sebab akak dah ajar dia phonic sampai pandai. Lepas ni akak kena ajar counting pulak. Lepas kau dah pandai counting akak ajar differentiation and integration. Merasaaaaa!!!

4 comments:

arnie said...

samela kite kak. anak first kite yg arief fahmi tu. tiap kali parents meeting. dari tadika sampai ke sekolah. tak fokus. tak fokus. tak fokus. one-to-one oke.

kite pulak dah malas nk one-to-one dgn die. mmg lagi lambat la semua perkara.

untung pahat ade mak yg gigih!

monstorious wife said...

Tula pasall... tak pasal2 kena jumpa therapist ni ha. Tapi layankan je la sebab sekolah dia belakang rumah je, jalan kaki 3 minit dah sampai.

Ita Shadila said...

Amboi emak lepas counting terus ajar pahat calculus.. Hahah

monstorious wife said...

poyo je tu uollsss... xde makna sampai calculus.

iklan