Monday, March 30, 2015

Transfer University (UK)

Alhamdulillah uols, MARA approve transfer akak, kena follow up dgn mara London pulak untuk FA utk visa.

So untuk tips and tricks transfer university.

Ok mula2 bila tau supervisor nak pindah korang ada 2 pilihan:

1. Stay. Selalunya student yang opted for this choice dpt scholar dari university tu jugak so diorang x boleh pindah kalau tak scholarship x boleh transfer. Ataupun jika ada supervisor lain dari bidang yang sama boleh supervised korang. Ataupun uols sanggup tukar field/research title sebab tak mau leceh2 uruskan visa and transfer university segala.

2. Ikut supervisor tranfer ke university yg baru. In my case I opted for this option sebab Sussex xde supervisor lain yang buat train control system. If i choose to stay akak kena tukar research which is membazer waktu dan akak suka research and sv akak yg skrg ni.


Tapi bila korang decided nak transfer university, jadi terpaksala hadap those tedious process all over again.

so ni perkara2 yang korang kena buat;

1. Discuss dengan sv nak ikut pindah atau tidak. Biasanya kalau dah 3rd year dah boleh dependent x perlu ikut sv pindah.

2. Bila dah decide ikut pindah, contact scholarship mintak borang transfer university

3. Suruh sv discuss dengan uni baru samaada boleh terima uols atau tidak. Sv part penting disini. Uols boleh isi borang apply phd online siap2 tp jangan submit dulu. Tulis kat personal statement yang korang apply ikut sv transfer.

4. Bila sv dah disscuss and uni baru pun nak terima uols, lengkapkan isi application phd online dan submit. Kalau sv belom start kat uni baru tulis situ yg sv nama sekian2 will start at bla2. And tulis to head department of yg korg nak masuk tu.

5. Bila dah apply online make sure contact referee. Dan make sure referee korang tu tak busy memanjang and willing jadi referee. Mcm akak university baru lambat proses sbb salah sorang referee lambat bagi reference, akak dok ingatkan selalu tp dia selalu terlupa atau busy sgt. Last2 akak email karangan surat sendiri dan suruh referee tu upload terus.

6. Surat english requirement dari university lama. Sebab ielts akak dah expired masa ni, Uni baru mintak surat dari Sussex menyatakan english requirement. Sbb benda ni penting masa apply visa nanti. Non EEU student kena ada certain english requirement untuk apply visa.

7. Bila dah dapat unconditional offer letter dari university baru, suruh sv buat surat WITH LETTERHEAD to sponsor. Surat dari sv ni penting. Ala2 surat sokongan.

8. Bila dah dpt semua benda tu boleh la isi form transfer university dr sponsor jpa/mara/kpt. Document2 yang perlu ada (yg akak sertakan masa apply):
  •           Offer letter uni baru
  • Surat dari supervisor menyatakan tentang research. Sv akak buat 5 minit je lepas tu terus email kat akak. Kalau sv uols busy karang sendiri dan suh sv check and mintak dia print with letterhead.
  • Result 1st year (since akak 1st year lah kan). Sebab phd xde result, so akak just lampirkan annual review report dari external examiner dan supervisor akak
  • surat dari uni lama menyatakan yang kita register 1st year disitu
  • surat rayuan dari korang menyatakan kenapa nak pindah university. Bagi reason yang strong. Nak contoh boleh email akak ilotshikamaru(at)gmail(dot)com
9. Lepas tu isi borang, attach semua documents dan emailkan ke Encik Shah kalau sesapa under mara UK.

10. Lepas tu tunggu lah 3 bulan. Merasa!!!!!

11. Bila dah dapat Financial Affidavit boleh la proceed untuk membuat visa iaitu apply ATAS, request CAS statement from uni. Tibi check up.

Kenapa kena apply visa balik?? Bukan ke visa kita dah dapat 3 tahun?? Kan valid lagi???

Well uolsss, visa kita tu yg keluarkan CAS adalah university lama, dan ATAS kita apply atas nama university lama. So bila uols tukar university tak boleh simply transfer visa mcm tu. University baru kena kuarkan CAS sendiri dan kena apply ATAS untuk university baru. Secara kesimpulannya kalau korang tukar university kena la apply new visa. Fahammm??

Dan baru2 ni UK gov implement new rules iaitu semua non EEU citizent yang nak apply visa after 6 APril mesti bayar health fee(NHS fee) gbp150 per year. Kalau buat phd 3 tahun ko darap 3 iaitu Gbp450 tambah lagi visa fee Gbp310. So sorang Gbp760 lepas tu kalau ko bawak family 3 orang, maka ko darapkan lah 4, jd total semua sekali adalah Gbp3040....

itu dalam pound sterling ye uollsssssss. Nak tau dalam RM silalah kau darapkan 5.5 lepas tu pengsan tepi tangga. Akak rasa nak kena gadai buah pinggang dah ni.

ok Byeeee. Harap membantu.

No comments:

iklan