Tuesday, March 31, 2015

4 month old baby

Yeah Farha dah 4 bulan, actually lg 3 hari nak masok 5 bulan dah.

Skrg tido siang ke malam dah x pakai buai. Buai dah boleh pack simpan dalam store. Masa nak masuk 4 bulan dia dah pandai meniarap, lepas tu tepok2 bontot dia, eh! tido pulak.

So sejak kejadian tersebut dia dah tak berbuai lah uolsss

Tapi sejak dia 4 bulan dia suka makan jari. Lepas tu muntah. Masa dia umur 2 bulan akak ada try puting/pacifier tapi dia x nak. Akak tengok dia dok isap2 jari dia, akak try sumbat puting avent. Dia isap lalu tertido.

Wah double kali senang kerja akak!

Kalau jalan2 senang juga. Letak dalam carrier, tepok2 bontot sambil jalan. Lalu tertido.

alhamdulillah dah besar sikit senang nk jaga dia dah.

Kalau bawak pegi rumah orang nnt org cakap... 'Baiknya anak kauuu... diam jeee..'

Ha ah, tu time dia diam. Time dia meraung2 ko x tau.





Sekarang dia dah pandai pusing2. Aritu akak tinggal kejap dah terjuntai kaki kat ujung katil. Beristifar kejap lalu angkat letak kat bawah.

So far alhamdulillah still breastfeed. In fact direct BF jah. Yelah dok rumah nak buat apa bg botol. Dan duduk rumah jugak nak buat apa akak bg susu formula. Susu pon mahal okeh.

Belom makan lagi walaupon org sibuk2 kata 'Eh, anak ko ni mcm nak makan je'

No no no!

May be bila dia 5 bulan 2 minggu akak try bg makan.

Ingat lagi masa dalam pantang akak dok stress Farha ni asyik nangis dan x mau tido, mak aku suh bg nestum. Jangan harap okeh. Farhat x kena bg suggestion nestum sbb dia masa bayi keje tido je. Alhamdulillah survive sampai dh nk 5 bulan pong.

Akak confuse, masa Farha lahir, putih gila okeh. Lepas sebulan tetiba menjadi hitam. Caner tu??

Ok. Sekian update time free anak tido.



2 comments:

arnie said...

haah kak.. kalau baby kite nangis jek, dieorg kate lapar, tak cukup susu.. suh bg nestum la.. susu tepung la.. tu belum lg, yg suh minum air masak. adeh....

MamaSyahmiAriq said...

syahmi pn lahir cerah.
ni da gelap.
ariq je maintain cerah.
org dok compare je kalau kat luar n macam terkejut je if saya ckp dua2 anak saya..

iklan