Thursday, May 15, 2014

Paris

2 minggu lepas akak pi Paris.

Beli tiket eurotrain since bulan 1 lagi. Masa tu harga dia GBP69. Pahat free tapi kena duduk kat lap apak dia. Kalau tak kena beli seat. X kuasa emak nk bazirkan GBP69 lagi kenn

Kami naik train dari St Pancras International London to Gare du Nord Paris. Perjalanan naik train lebih kurang 2 jam.

Actually boleh je korang nak naik flight. Tapi flight direct to Paris nan hado la uollss. Uolls kena transit amsterdam ke mana2 yang sewaktu dengannya. Akak x kuasa transit2 ni bawak Pahat.

Sampai Paris kitorg terus beli tiket subway 1 day pass. Untuk Zone 1 and 2 harganya adalah Euro6.80. Kalau korang nak guna machine pilih tajuk tiket tu MOBILIS. Nnt pilih zone. Biasanya kalau korang berjalan around Paris, Zone 1 and Zon 2 mencukupi. Kalau nak pegi Disneyland harga lain. Tu akak x tau sebab akak tak pegi.

Akak pegi Paris 2 hari 1 malam sahajork.

Sampai amek kunci, dekat Champ De Elysee pastu pegi aprtment pulak kat Etienne Marcel.

Apartment ni 2 bilik. Diorg sediakan 2 katil queen, 2 katil single. Kalau korang nak duduk 6 org memang jimat sangat lah. 1 malam GBP145.
Semua ada ya. Tv cable. Microwave, dapur, pinggan mangkuk periuk, oven, mesin basuh, fridge. Memang lengkap.
Towel disediakan.
Yang kurangnya adalah sabun mandi theyols x bagi. So sila bawak.
Booking di booking.com

Kalau korang nak pegi family ramai2 memang akak cadangkan apartment ni. Namanya Bridgestreet Apartment.

Seberang jalan apartment ni ada kedai halal. Ada banyak kedai halal area situ. So korang x payah risau. Kalau nak masak pun boleh.

Pukul 7.30 lepas makan, and mandi. Akak bawak rendang dr rumah, cik sha bawak microwavable rice cooker. Kitorg masak nasik kat situ. Kebulur uollssss.

Lepas tu naik subway pi Eiffel tower.

Ni akak nak bgtau, subway Paris adalah tidak sesuai untuk membawa stroller. Pintu masuk kecik, certain2 tempat sahajork ada lift. Lepas tu bau hancing. Akak naik subway depa pening2 kepala akak. Stuffy sangat okeh.
Kalau ko nak bawak stroller anak sila lah kau rajin lipat bukak tiap kali naik turun subway.

Eiffel tower xde la apa sangat. Menara tu je la kennn.
So amek gambar dr bawah je. Tak kuasa nak naik. Nak naik tu kena beratur uollss. Beli tiket pon kau kena beratur.

Gambar berlambak. Tapi akak x kuasa nak upload semua. Matilah pemalassss
 Ni dekat the other side of eiffel tower. Nampak tak akak pegang kepala Pahat? Kalau tak dia dok berlari pastu gambar dia semua x pandang camera. Hangin akak okeh.

Pastu dah pun pkul 9 malam. So naik la subway berlari2. Lari okeh. Akak yg menandung ni pon berlari kejar subway. Pitammmmss

Balik kami jalan2 kat Ettienne Marcel tu kat area apartment la. Kalau korang nk jalan kaki pegi Lourve Museum pun boleh dr apartment tu 15 min walking. Tapi kesian kat Pahat kena jalan kaki. Bapak dia aku dh cakap suh bawak scooter dia x nak. Lepas tu rasainnnnnn
Pahat penat mintak dia dukung. Pastu nak jalan jauh2 pun susah.

Pukul 9pm. Banyak kedai dah tutup. Kitorg lepak minum coffee and makan crepe mahal. Matila 1 crepe 7 euro. Pitammm.Tapi sedap jahh.

Lepas tu pi kedai pizza halal beli pizza sbb lapar dan untuk breakfast.

Lepas tu balik rumah, tgk tv bahasa france mcm kau paham. Makan pizza. And tidoo. Selesa sangat katil dia.

Esok check out. Simpan beg kat office apartment tu. Walaupon dh checkout diorg bg simpan beg sebab dia paham org still nak jalan2 lagi.

Office apartment tu adalah dekat tempat shopping kann. So jalan kaki jahhhh. Sampai nampak LV la segala butik mahal2 tu. Akak x masok sbb x mampooo.
FYI, akak bawak 50Euro sahajork. Mohd Rafi pun bawak 50Euro. Budget sgtkan percutian kitorg. Memang x beli apa2 sgt. Beli fridge magnet and keychain sahajork.

Pastu jalan la kaki ke arc de triompe. Pastu pi Lourve museum.

Ko nampak anak aku nak bukak baju? DIa nak mandi kat depan Lourve museum tu bersama itik2 kat situ. Besar sangat darjat kau kannnn?

Ni Pahat pegi main air sambil kejar itik. Mak Bapak dia bergambar.

Sebenarnya banyak lagi gambar. Akak x kuasa nak hupload.

Sila ke instagram akak ilotshikamaru
Tapi akak privatekan. Sila lah add.
Kalau korang guna instag nama jual2 memang lambat sikit akak nak approve atau akak x approve langsung.

Akak actually nak melawat butik LongChamp sbb nak survey harga tapi x sempat and x jumpa tempatnya.
Jadi pulanglah ke pangkal jalan.

Serious ya, dekat Paris akak rasa stuffy and pening sangat.
Sampai london terus akak rasa lega. Pening kepala pun hilang.

Kesimpulannya akak x suka Paris. And x kan pegi lagi kecuali ke Disneyland kelak.

Sekian.

No comments:

iklan