Thursday, April 3, 2014

London again.

Sementara tunggu sv reply email marilah kita update blog.

Ahad aritu ada career fair kat London. Akak x join tapi akak saja menyibuk dengan Yati n Afiq sebabnya tiket group buy 2 for 4 murah. All day travel card GBP9 sahajork. X payah nk beli oyster card bagai. Oyster card pon dah gbp8. Koser.

Tujuan akak ke London ikut diorang selain jalan2 adalah untuk makan. Konon2 nak makan kat Tuk Din sebab baca review memang best. Pastu rating review pon high. Pastu nk makan kfc halal. Kesian kann duduk sussex ni jakun sgt dgn makanan halal. Balik2 kedai paki boring uolssss.

Jadi ke Paddington kita ke Tun Din. Tapi Tuk Din penuh!! Pastu kitorg nak reserve pon untuk petang pon diorang x bagi. Keji tauu...

Pastu akak dok ingat2. Akak dulu slalu gak makan kat mara house mee goreng sedap. Pastu suh yati google sbb bateri aku dh innalillah. Jadi gambar semua guna henpon Mohd Rafi.

Pegi la Bonda cafe kat bawah mara house tu. Pon penuh!. Kitorg tggu je org habes makan. Menu lunch cuma ada nasi kandar je. Nasi kandar pon nasi kandar la... Kitorg dh lapar makanan melayu. Dah bosan makan masakan sendiri boleh gitu?.

Ni la rupa nasi kandar tu. Sedap gila oh makan. Mcm ni GBP6.50. Standard la harga mcm ni kat uk. Yang penting puas hati makan dengan sirap bandung.

Lepas tu jalan kaki pi Lancaster Hotel, dekat je kat situ. Penuh la budak2 malaysia kat situ pi career fair.
Ko tau, mula2 mohd rafi kata x payah bawah scooter Pahat tu. Tapi akak cakap rajin ke nak dukung di Pahat tu kalau dia malas jalan??

Kaedahnya akak paksa jugak bawak. Nasib la baik bawak. Kalau x, mau pitam seret si Pahat tu jalan.

Lepas tu kitorg pegi la cari kfc halal jugak. Dekat edgware road. Ala, sebelah2 je dengan Paddington. Akak beli hot wing 22 ketul. Kau mampooooo??? 10 ketul dh habes aku melantak kat situ. Lagi 12 ketul balik rumah kitorg habeskan. Sedap lah hot wing dia, x masin sgt, just nice.

Lepas melantak pi convent garden. Saja jalan2 sambil tgk street performance.

Sebab dah masuk spring cuaca aritu memang best. Tu yg anak beranak tu feeling2 pakai baju sehelai je.
Pahat suka tengok diorg ni. Siap tepuk2 tangan duduk menanguk depan tu.

Ni kat sebelah Cafe Laduree ala kedai macaron yg fofuler tu. Akak sempat la beli 7 biji macaron. Sebelum beli tanya dulu uollss ada alcohol ke tidak. Ada flavour yg ada alhohol. And mashmalow dia boleh makan sbb guna fish gelatine. Tapi macaron kat sini x sedap sgt. Dry. Membazer sangat duit aku beli. Baik beli kfc lagi 20 ketul.
Akak lagi suka yang akak beli kat harrods, melt in your mouth gituu.

Lepas tu jalan lagi. Sebab nak cari hummingbird bakery. Tapi kaedahnya tak jumpa tetiba dah sampai Leicester Square. Rupanya sebelah2 sahajork convent garden dengan Leicester Square. Kalau jalan lagi jumpa pulak Piccadily Circus.

Ni budak kepenatan. Duduk depan Kedai New Moon market. Mak bapak dia borong kicap dgn tempe frozen. Murah gbp1 kat china town compare dgn brighton.

Pastu pegi mc d beli air caramel frappe, yg lain2 pegi toilet. Beli air 1 je. Yang pegi toilet 5 orang. Howww??

Lepas tu balik lah. Kepenatan. Akak yg mengandung pon x sedar diri jalan banyak2. Esoknya sakit kaki. Rasainnnn..

Tapi puas hati dapat makan banyak2. Next time boleh makan kat tuk din pulak.

4 comments:

Me, Myself and I said...

meh dtg bristol.. ada kfc halal.. hehehe..

Hanim said...

Asw Sis. Boleh bagitau tak location of the New Moon market ni? Ada kawan selalu pesan suruh beli kicap bila I dtg London. Dah lah berat, takut pecah jugak. Kalau dah ada dijual disana, might as well beli sana aje, kan? Brand cap kipas udang ada tak? TQ

Cd owner said...

Hummingbird? Dekat dengan SOHO la...Next time try ye..Stop kat Piccadilly circus kot dekat. Don't forget to try their choc bottom eh ke black bottom. Something bottomla. Worth trying...for RV yours is better.

monstorious wife said...

Nama kedai tu New Loon Moon kat china town Leicester Square. Kicap gbp2.90 iaitu kicap kipas udang.

iklan