Sunday, December 15, 2013

Menjelang raya christmas.


Nak christmas ni uollsss juling mata ye tengok sales sana sini.
Kalau emak byk duit dah lama emak beli henbeg satuu.

Tapi sebab Pahat dah nak sekolah. Kena beli baju long sleeve dengan jeans sebab ni time winter kang kejung anak aku jalan pegi sekolah. Jeans dia ada 2 je. Tu pon beli kat primark. Jeans bawak dari Malaysia dah senteng!

Akak dah contact dah agent shipping dari UK to Malaysia. Kalau akak rajin akak juallah barang2 dari UK ni. Sapa2 ada suggestion nak barang apa boleh komen atau email akak. Kalau ko nak suruh beli beg LV memang tak lah aku nak beli. Koser nak pi London.

Yang penting aritu aku tengok botol avent BPA free yang pendek tu 2 ketul murah gila time sales!. Nasib baik Pahat dah x minom susu guna botol.

Masuk mothercare pun juling mata, baju lagi murah dari Primark. Tension emak sbb hari sebelum tu dah beli baju kat Primark uollsss.

For christmas akak bagi SV mp3 player sbb dia asyik citer pasal music je so emak bg lah dia mp3 player. Haroslah akak bagi yang murah sahajork. Ko hengat aku mampooo bagi Ipod??

So far elaun cukup makan pakai segala. So sapa2 nk dtg uk with family dgn elaun yg mara bagi dont worry, insyaAllah cukup.
Next month Pahat dah start sekolah. Sebab yang free cuma 15 hours, and akak amek half day utk 5 hari, lebihnya tu kena bayar la. Lebih kurang Sejam GBP5.50. Ha, yuran sekolah kau lagi mahal ya Pahat.

Sebelum betul2 masuk sekolah kat sini ada settling session 6 jam. Pilih la sejam sehari. So far dah 2 hari Pahat pegi settling session. Dia x nak balik kauuuuuu... Aku ajak dia balik menangis teresak2 sepanjang jalan. Teacher kat situ kata he did excellent in his settling session. Dia main semua benda yang ada kat situ. Dia explore everything... Tapi kaedahnya...dia tolak orang!

So teacher tu kata nanti ckp dengan dia jangan tolak orang. So akak pun dok la cakap hari2 kat dia jangan tolak orang tak elok.

Ok lah. tu je. Byeeee

6 comments:

MamaSyahmi said...

hehe..budak lelaki kan..kene pesan banyak kali..seronok pahat nak sekolah..syahmi ni tatau la cmne nnt..

amy razak said...

ilott..kalo confirmed uols nk jual brg..iols nak ..hehe...

amy razak said...

ilot ..

kalau iols da confirm nak jual brg...

iols nak order..hehe

hOtMaMa said...

klu uols jual barang.. hakak sokong tanpa gagal! tu dia... tak sabar nih..hehe

adora endut said...

ilot, kalau nak jual barang-barang budak/baby akak sokong juak! nak beli

adora endut said...

iolls berminat juga kalau ilot nak jual barang baby/children

iklan