Tuesday, September 10, 2013

Sungguh sedih dengan nasib ku ini.

Uollsss...

Akak fly 21st sept ni.
Alhamdulillah, accomodation dah settle. Tadi malam university housing email kata ada extra 1 bed apartment kosong. So akak boleh masuk situ.

Tapi.....

Sungguh sedih. To this date, agreement pun x nampak bayang lagi.
Bila ditanya masih lagi dengan jawapan yang sama.
Akak dh byr visa+ ticket flight. Duit dh ZERO. Mana ada duit nk pegi dulu tanpa duit.

Itu pon akak dah beli tiket lewat dari tarikh register. Kalau jd mcm budak2 ni memang haru lah jawabnya. Ada yang dah pegi dulu tapi masih tak dapat agreement.

Masing2 dah berenti kerja. Sebab untuk keluarkan surat tawaran dr penaja, diorang mintak pengesahan berhenti kerja dulu ye. So memang dah berhenti kerja.

Worse come to worst akak terpaksa lah delay flight tiket seminggu. X koser haku nak pegi dulu tanpa sign agreement. Lepas sign agreement semua 9 atau 10 hari baru duit masuk.
Ada yang dah pegi dari bulan 7 aritu masih tak dapat agreement. Gila tak???
Nasib baik dia ada husband kat dh memang kat sana. Kalau aku memang terpaksalah paksa Mohd Rafi jadi gigolo...**matilaaaaa

Delay flight pun costnya adelah 75usd per person. Kalau tiket yg nk ditukar tu lebih mahal dr harga kita beli, kita kena bayar the fare difference. Merasalah kauuuu!!

Nk pitammm pon ada. Minggu ni dah hari2 aku panjat bangunan tu. Last resot sbb mggu ni last akak kat KL. Next week pindah for good to Johor.

Okla...Berikut adelah resepi Choc chip ilotzzzz:
Warning, kalau rasa2 nk buat sila atau share sila jangan feeling2 resepi sendiri ya. Ini resepi satu2nya di dunia...Matilaaaa...

Ini adalah untuk 8 balang!! kalau kau rasa banyak sgt, adun je siap2 pastu masuk dalam fridge. Bila kau rajin, kau keluarkan dan buat mcm biasa.
Nanti baru kau tau betapa susahnya nk dptkan 8 balang. Sekian...

600g butter
500g brown sugar
2 tbsp caramel

Kacau sebati. KACAU je, xde org suruh pukul sampai kembang.

Masukkan 4 biji kuning telur. Masuk sekaligus. Tak payah feeling2 masuk satu demi satu.
Kacau sebati

Masukkan tepung gandum sekilo. Tepung jagung 1/3 cawan. 3 tsp soda bicarbonat.

Gaul sebati. lepas tu suka hati kau lah nk campak apa dalam tu.

Bakar 180c, 20 menet. Ikut oven masing2. kalau hangus rasainnnn uollsss

Ok. lah....akak sedih. Byeee!

3 comments:

MyZsZs NOoR said...

Semoga semuanya dipermudahkan n dimurahkan rezeki uolls.

faizura razak said...

Good luck kak ilot.btw caramel tu cmane?sori,xreti sgt bab ni.tp tringin nk rasa

monstorious wife said...

Faizura, caramel tu boleh google kalau nk beli yg dlm botol dh ada pon boleh... selamat mencuba!!

iklan