Friday, September 27, 2013

Journey to UK

Ha... maaf lah. Samapai je kat UK akak terus demam+batuk. Mungkin sebab terperanjat dengan cuaca sejuk atau berjangkit dari Mohd Rafi and Pahat. Ataupun aku exhausted dengan macam2 benda before fly ataupon terlampau lama duduk dalam kapal. Fenat!

Well, sebelum fly CD Owner banyak tolong emak uruskan Mara sampai kaki dia sakit berlari ke Mara. Bolehhh? Hari khamis tu pun dia banyak tolong aku seharian sampai lah hantar ke LCCT naik flight. Yess, emak terhutang budi dengan dia banyak sekali. Terima kasih tak terhingga kepada CD Owner!!
Akak dapat agreement petang rabu pkl 5pm. Nasib baik agreement dah mintak kat orang lain siap2 and settlekan. Tinggal bubuh tarikh sahajork. Sebab tahun ni semua online. Jadi diorang hantar agreement pun online through email. Agreement kosong. Kita kena isi semua. Tu just template. Semua orang dapat benda yang sama. Yang bezakannya adalah offcial offer letter and financial statement. Jadi, apa2 hal date yang di letakkan dalam agreement perlu sync dengan tarikh offer letter tersebut. Faham?? Jadi walaupon korang boleh mintak agreement dari orang lain, tarikh offer adelah lain dari orang lain. So kena lah tunggu diorg email kat korang agreement baru boleh settlekan semua. Jadi sebelum tu boleh la korang just suruh saksi and penjamin sign tapi tinggalkan date.

So email dapat rabu, due date hantar agreement tu adalah jumaat tu. Sabtu tu dah nk fly. So khamis tu pagi2 akak naik bas pegi KL sorang. Since document semua dah ada tinggal letak date je. Sebab duit adelah limited sbb tu akak naik bas sbb nak jimat cost. Naik bas pkl 8am dari Bandar Penawar. Sampai pukul 2.15pm. Punyalah lama bas tu. Dah la emak kena kejar masa sebab ada 3 benda kena buat:
1. Matikan stamp kat LHDN
2. Pengesahan account kat CIMB
3. Submit agreement kat mara

LHDN tutup pukul 3.30pm untuk urusan matikan. So dari TBS dengan CD Owner pegi LHDN PGRM matikan stem. Siap tepat2 3.30pm. Gerak ke lrt Cheras. Naik LRT je kata CD Owner sbb naik keter nanti x sempat sampai jalan jam. Sampai station bandaraya 4.15pm. Pegi cimb berdekatan sah kan account. Pastu lari pegi Mara submit doc. Mara dah nak tutup ya. Emak kena bebel dengan CD Owner sebab tak susun doc siap2. Merasa. Sekali je pegawai tu check agreement dia nak alamat saksi. Akak guna saksi lawyer so lawyer tu chop johor bahru, johor sahajork. Still aku rasa agreement tu valid without alamat pon sebab ada no lawyer and ic no.
Tapi diorang suruh jugak tulis alamat guna tangan. So emak call akak emak laju2 tanya alamat law firm ittew... Laju2 tulis alamat. CD Owner pun kena paksa tolong tuliskan. Harap2 diorang terima lah agreement emak tu. Kalau ada problem nangeslah duit lambat masuk.

Pastu fikir2 balik johor nak naik bas ke flight. Check air asia tiket rm99. So akak beli je tu guna credit card CD Owner. Pastu aku bayar balik terus sbb emak nan hado credit card lor. Nampak? betapa banyaknya jasa CD Owner??

Pastu pegi Lowyat naik LRT beli laptop. Then balik johor naik air asia sampai senai pukul 11pm. Mohd Rafi amek kat airport.

Jumaat esoknya ada kenduri sikit kat rumah mak mertua. Tapi walaupon kenduri tu utk akak sekeluarga, akak x boleh join sebab. Luggage tak beli lagi. Beg tak packing. Barang2 nak bawak pun belum beli! And, duit pound pun tak tukar lagi!!

So jumaat ke JPO cari luggage. Beli American Tourister sebab ringan and murah. Beli semua color oren supaya senang di identify nanti kat airport. Harga pun x mahal dari besar ke kecik harga dalam lingkungan rm300 to rm200.
Gambar luggage aku malas nak upload bolehhh???

Pastu money changer yg emak cari duit semua ada sikit2. paling banyak pon diorang ada 200pound. Terpaksalah kami tukar duit sana sikit sini sikit mana yang ada je.

Paling murah boleh dapat Gbp1 = Rm5.20

All in all aku just bawak Gbp800 je. Tu je yg mampu bawak sebab elaun mara tak masuk lagi.

Terpaksa la guna apa yang ada je.

Nanti emak sambung lagi. Bye....


1 comment:

arnie said...

terkejar2.. tp insyaallah, berbaloi.. wah2.. lepas ni, nk ckp ngan pahat, kene peaking london gitu. hehehe.. all the best kak!

iklan