Friday, August 16, 2013

Raya 2013

Ketahuilah korang semua.. Kueh kat rumah akak adelah TIADA. Yang ada kerepek baby sitter Pahat bagi. Keji takkk?

Tahun ni raya paling kelam kabut dan kerisauan sebab ATAS cert and CAS number utk buat visa akak x dapat lagi.

Mula2 plan nk settle visa before raya. Tapiiii....x dapat lagi ATAS cert tu dengan CAS no tu tak boleh proceed buat visa.

So, tahun ni raya kat rumah emak Mohd Rafi lagik. Durian tengah gugur. Kerja melantak durian je lah.

Setiap hari gugur sebakul. Sampai dah tak larat bagi2 kat jiran2 pulak.
Tapi maaf la nak bawak balik KL. Laki emak alergy dengan bau durian. Kang ada yang muntah terbelahak dalam keter.

Sehari sebelum raya mcm biasa emak amek tugas anyam ketupat sebab kat dalam rumah tu cuma Mak mertua dan akak sahajork yang pandai menganyam ketupat.
Pastu Mak mertua akak dah siap masak rendang dengan ayam masak kicap, pitam sekejap. Sebab kaki dia tu memang sakit, dia tak boleh buat kerja sangat. Tapi dia jenis tak suka orang lain masak sebab nanti rasa x sama. Jadi sebab dia dah pitam mcm tu, dia sub la kat akak masak lodeh dengan sup tulang sebab laki aku gedik nk makan sup tulang.

Gambar nan hado sebab henpon aku dah jadi milik Pahat.

Raya pertama hujan lebat!. Takdela pegi beraya mana sangat. Cuma siapkan air dengan kueh orang nak datang Marhaban.

Ni je gambar Raya pertama yang ada. Baju aku beli kat First Lady. Sebab murah dan tak payah iron. Tudung pon tak iron. Pemalas tak??

Actually sehari before raya tu kitorg ada pegi Tesco. Baju orkid Jovian Mandagir tu ada diskaun half price. Akak feeling2 nak beli. Dah test ye 4 helai baju. Tapi kualiti kain aku tak suka. Cutting pon gelebeh sikit compare dengan baju Rizalman yang aku beli kat tesco tahun lepas.
So kesimpulannya aku tak beli sebab rasa tak berbaloi walaupon dah diskaun.

2nd day raya. Ni memang acara wajib tiap2 tahun balik kampung mak aku. Walaupon yang menetap kat situ sekarang akak mak aku. Nanti kitorang ada kenduri dan makan2 juga pemberian bonus kepada adik beradik emak aku hasil kebun getah. Untung kann?

Pastu acara bagi duit raya kat budak yang hadir.

Baju raya 2nd day adelah baju Mydin harga RM19.. Sebab murah tak chantek pon akak pasrah sahajork.

Muka masing2 belengas sebab nak tggu org balik solat jumaat.

Lepas solat baru kenduri dan acara makan2 start. Mana tak kebulur?? Padahal aku dah melantak mee hun goreng. Duduk situ buat mcm rumah sendiri.
Lepas tu sebab mak aku malas buat Peyek. JAdi emak rembat kat rumah makcik akak tu. Beramai2 rembat berserta pakcik makcik aku sekali. Bolehhhhh??

Makcik iols tu memang pasrah tiap2 tahun Peyek dia jadi rebutan. Yess,,,Peyek dia paling sedap ye..

Pastu balik kota tinggi balik dah petang. Sampai rumah malam.

Esoknya raya lagi pakai baju kurung adik aku Tipah yang berlambak kat rumah Emak aku. Malam tu raya pon aku rembat baju dia jugak. Sapa suh tinggalkan baju2 kat rumah mak aku.

Malam tu adik aku gemok sibuk nak durian crepe lalu akak mithali pon buatkan memandangkan Durian FREE.

Gambar nan hado. Macam biasa henpon note akak jadi hak milik Pahat.

Tu je citer. Selamat Hari raya semua. Maaf Zahir dan Batin.




No comments:

iklan