Sunday, June 9, 2013

Tak kelakar okeh...tak kelakar!!!

Hahaha...nak citer pasal Loan Mara utk pascasiwazah atau Postgrad to oversea.

Well nak citer kronologi lah. Dia start bukak bulan 3 aritu apply online. Then dekat university pilihan tu akak letak sussex Uni. Ok pastu result keluar batch pertama akak tak dapat. Batch kedua baru akak dapat. So kena buat test Psychometric kat GMI.

Masa test tu kena serahkan borang dan juga document2 lain. Akak tetap letak Sussex uni kat uni pilihan dan juga letak offer letter Sussex. Pastu dia check semua document dan dia tulis situ. LENGKAP dan dia amek simpan.

Then result test( final result keluar 31 may minggu lepas. Bila akak check keluar Pop up mcm ni.


So semua yang apply dapat tu dah happy2 termasuk akak. So akak just tunggu je lah surat tawaran this week. Kat fb group mara siap ada yang dah resign dari kerja sebab diorang kena bagi notis 3 bulan. And intake september 2013. Akak nan hado lah resign, bgtau bos pon tak lagik. Akak just inform Supervisor je. Cuma dah happy2 lah sebab dpt and dah start calculate cost semua. Perlu lah calculate cost sebab nak bawak family and mara only sponsored student bukan family.

So offer letter mara keluar Jumaat lepas ni. Still online. Akak check lambat sebab koser nak check cepat2.. lagipon jumaat tu busy sikit.

Sapa2 yang check awal keluar pop up mcm ni.


Terus akak rasa WHATTTT??? Terus check Sussex uni ranking berapa. No 110 uollss!! Terus rasa nak pitammmm. Untuk pengetahun ollls Uni UK yg masuk ranking ada 10 sahajork. Mostly kat London, mcm UCL, IC, kings College and etc. London memang la bukan tempat yang sesuai bawak family yang self sponsored sebab mahal.
PAstu nak apply uni lain adelah mengambil masa. Nak kena buat proposal lagik. Nak kena cari supervisor yang sesuai... Pastu ko hengat semua supervisor rajin nak reply?? Atau ada vacant di saat2 genting mcm ni.

And to make the matter worse, tup tup akak check keluar pop up mcm ni,

'HARAP MAAF PERMOHONAN ANDA TIDAK DAPAT DIPERTIMBANGKAN'

Whatttt???? Gugur terus jantung aku!!

Pastu check kat FB mara rupanya ramai yang ada problem mcm tu. So mara kata memang ada kesilapan teknikal. Diorg suruh tunggu isnin.

Gila tak kelakar buat lawak macam tu kannn??

Mana2 yang apply uni dalam senarai Top 100 tu terus dapat offer letter mara. Yang apply uni bukan top 100 ni la dapat harap maaf.

Kalau dia nak kitorang apply uni top 100 akak xde masalah kalau diorg bgtau awal2 masa result keluar untuk test tu. Masih sempat nak cari2 SV. Ni bulan 6 uollss...nak masuk bulan 9 okeh...

Tak tau nak nanges ke nak ketawa kann??

But anyway, by hook or by crook akak try lah jugak cari sv kat uni top 100. Kalau tak dapat tu akak pasrah je lah memang bukan rezeki.

Dan tunggu jugak keputusan mara isnin nih. Kalau macam tu jugak keputusannya alamatnya update resume dan cari kerja lain...
Pasrah je lah kalau bukan rezeki..

Adoiii...harap2 system mara next2 year x buat lawak untuk korang yang nak apply. Bertabah je la kalau kena sakit jantung kang.

3 comments:

PM said...

sama lah nasib kita ilot. huhu

monstorious wife said...

Kann? Terus stresss je weekend... Tengah tggu diorang update yg latest.

Puan Jiha said...

adoimak mmg boleh gugur jantung

iklan