Friday, April 12, 2013

5th Anniversary in Genting. Cara2 berjimat bercuti.

6/4 aritu genap la 5 tahun akak kawen.

Hotel kami book Hotel Awana masa bulan 2 sebelum dapat tau yang Mohd Rafi bakal nan hado kerja bulan 4. Masa tu nak cancel memang dah x boleh. Else duit ko burn. Dari duit aku burn RM180 baik aku check in jah hotel. Lagipon genting bukan jauh sangat pon dari rumah akak. Minya pegi balik x sampai RM20 hengget.

So, sebab nak murah. Akak book hotel check in Ahad dan check out isnin. Kalau book weekend merasalah kau harga dia mahal.

So, harga masa tu adelah RM180.

Kriteria pemilihan semasa book hotel adelah:

1. Murah
2. Ada bath tub
3. Breakfast included
4. Nice view

Ada hotel lagi murah tapi xde breakfast xde bathtub.
So akak pilih Awana Hotel.

Kami bertolak hari ahad pukul 10. Sampai genting lebih kurang pukul 11. Pagi2 tu akak bangun masak mee goreng dan sediakan sandwich. Pastu pack segala makanan.

Supaya ko x payah makan kat atas genting tu. Makanan mahal nak mati. Almost double apa yang ada kat bawah tu.

Kami parking kereta dekat Genting Skyway station sbb nak naik cable car naik atas.

Ya ampunnnnnn ramainya umat hari ahad tu. Berserta rombongan2 cik kiah dari negara pari2 dan juga cha ya. Sejam lebih hokeh beratur nak naik cable car!!

Ha. Nampak tu ramai pari2??

So harga ticket adelah RM12 pegi dan balik. Ticket Pahat free sebab tinggi bawah 90cm.

Terus terang akak cakap. Akak adelah seram sejuk nak naik cable car. Sebab akak gayat. Akak pernah naik cable car langkawi rasa mcm nak tercabut jantung aku.

Tapi sebab kereta akak tu tak diyakini boleh sampai ke atas. Akak pasrah naik cable car dengan beratur ramai orang..

View from cable car.

Ni dalam cable car. Pahat happy dapat naik cable car.

Serious kan uollss cable car Genting ni x seram langsung. Dia naik smooth. Dia turun pon smooth sahajork.

Eh, sebelum tu akak nak bgtau, kiotrg decide untuk masuk Indoor game sahajork since Pahat kecik lagi dan most of the games yang dia boleh masuk hanyalah indoor tu pon ada certain2 game yang dia x boleh naik. Kejii sangat. Lagipon emak nak jimat duet.

Dan ticket indoor untuk adult kami beli through online. RM19. Kalau beli kat sana jadi RM32. Kan jimaaaattt kann??

Beli kat sini: http://www.rwgenting.com/en/themepark/index.htm

Tapi anda memerlukan credit card untuk beli ticket. Dan juga actually kalau nak suruh orang belikan guna credit card orang lain, uolls kena mintak ic photostat dan jugak credit card.

Tapi disebabkan akak suruh kawan akak belikan sebab akak nan hado credit card la uollss. Akak beli malam sebelum nak bertolak tu. So, kawan akak cuma email authorization letter dan booking number.

Sampai sana akak redeem ticket tu. Mula2 dia x bagi redeem. Sebab credit card nama orang lain. Pastu akak tunjuk authorization letter tu baru diorang bagi.

Sampai sana sekali je kena beli ticket Pahat sebab dekat website tulis below 90cm boleh masuk free. Tapi kat sana below 76cm baru boleh masuk free. Keji nak mampos. Andddd ticket Pahat adelah RM30.

Lagi mahal dari ticket adult akak beli online. Kejilah genting!!

Indoor Theme Park.

Menurut akak, adelah tidak berbaloi bayar mahal2 untuk main kat sini. Balik2 kitorang naik rides yg jalan2 pusing2 sahajork. Sebab kebanyakkan games Pahat tak boleh masuk sebab tinggi tak cukup 122cm. Dan kalau nak masuk tempat2 mcm snow world, ripleys, water park kena bayar ticket.

Koser haku!

Yang Pahat pulak seharian tu Bad Mood. X nak jalan sendiri. Nak dukung mcm ni je. Dah naik se'eh bahu akak dengan Mohd Rafi gilir2 dukung dari beratur kat cable car sampai la dekat Indoor nih.

Lepas main 3 4 rides. Kitorg balik dah. Bukan apa uolls sebab orang ramai jadi masa terbuang dengan beratur sahajork!!

Pukul 6 mcm tu turun bawah check in hotel. Terus makan sebab masing2 kebulur sebab akak melarang membeli apa2 makanan dekat atas tu sebab mahal. Lagipon akak ada bawak bekal.

View from hotel adelah chantek gila!!


Chantekkan view?? Akak suka sekali sebab tenang je.

So view dalam bilik.


Bilik deluxe dia bagi 2 katil queen. Pahat tido dengan Apak dia. Akak tido sorang. Indah gila dunia dapat tido secara aman.

Breakfast disediakan hanya untuk 2 orang. Bawah 5 tahun free.

Malam tu Mohd Rafi dengan Pahat kerja makan...makan dan makan. Sebab kebulur seharian tak makan.

Yang Pahat ni kerja main telepon hotel pastu picit nombor tu. Akak cabut la wayar telepon tu kang dia telepon sapa2 kang matila aku kena bayar. Jakun agaknya x pernah jumpa telepon mcm tu.

Eh, akak nak bgtau, TV dalam bilik ada channel asterok okeh. Yang penting ada channel KBSW.

Tapi akak nan hado tengok sebab akak feeling2 beremdam kat bathtub lama2. Pastu tengok ABBBH. Pastu tertidoo.

Bangun pagi breakfast pkl 7. Selection makanan pada akak biasa je. Banyak selection of bread. Tapi not bad la. Lagipon breakfast bukan orang makan banyak2 sangat.

Lepas breakfast lepak kat bilik sampai pukul 12 baru check out. Kalau check out dia kata pukul 2, pukul 2 la aku check out.

Sekian sahaja cuti2 budget kali ini.
byeeeee!

1 comment:

KAD TRAVELINK said...

Klu yg ada baby susah gak ya ikut cable car, yalah dgn trolley nya bibiknya... tapi bagi yang berhajat ke sana buat pertama kali khasnya berkenderaan sendiri,cable car adalah cara terbaik.

iklan