Saturday, April 13, 2013

Xde lah untung mana ponnn

Uolllss... Dulu duet Pahat akak beli emas dinar. Akak beli 2 dinar. Memang akak x nafikan harga emas naik mendadak masa akak kawen.

Maka masa tu la orang berbondong2 sibuk beli emas. Promosi emas bagai. Maka company2 jual emas dinar dan jongkong tumbuh bagai cendawan.

Tapi hakikatnya sejak akak beli lebih kurang dekat 2 tahun lebih. Harga emas yg public gold papar macam xde kenaikan sangat pon. Bukan je x untung. Malahan rugi adela kalau nak jual.

Jadi akak nasehatkan. Kalau nak beli emas untuk simpan dalam 10 tahun akak rasa ok. Kalau nak beli untuk melabur baik tak payah. Kang ko beli jongkong mahal2 nan hado untung malahan rugi. Sebab harga jualan akan lebih rendah dari harga belian.

Akak beli mula2 harga kalau x silap rm680. Yang second rm750. Tapi i tell u yang 750 tu memang silap aku beli sebab sampai sekarang harga jualan tak pernah lebih dari tu.

Akak juga silap beli emas dinar untuk Pahat. Adelah lebih baik masukkan dalam tabung haji. Dividen tiap2 tahun kalau nak kira selama 10 tahun akak rasa melebihi apa yang emas boleh bagi. Dan juga sudah dizakatkan sekali. Tak payah risau2.

Macam kawan akak mak dia registerkan tabung haji since dia sekolah. Bila dia dah 30 an ni dapat pegi haji sama2 mak dia. Alangkah bestnya akak tengok tau.

Tu kesilapan akak kat situ sebab terpedaya dengan kata2 penjual yang kononnya pakar ekonomi yg katanya harga emas akan naik katanya.

Bukan lah akak kata x kan naik. Tapi jenuh juga la kalau ko beli setakat 1 2 dinar nak tggu untung. Kalau untung pon x banyak. Unless kalau beli untuk 10 tahun.

Kalau kira2 masuk tabung haji rm1500. Dividen 10% dah rm150. Kalau 2 tahun dah rm165. Dan lagi dan lagi.

Ni aku beli emas yang 680 tu adelah untung 20 30 hengget. Yang rm750 aku beli tu langsung x untung.

Lebih baik beli gelang rantai emas. At least boleh pakai. Puas hati jugak la dapat melaram kaedahnya.

So pengajaran untuk akak disitu. Ni aku nak jual dinar Pahat nak tunggu harga naik x jugak naik... Nak jual kang rugi. Maka terpaksa lah emak simpan lagi. Nanti dah naik jual cepat2 dan masukkan dalam tabung haji lebih afdallll...

Akak nak bgtau eh kang ada penjual2 emas marah aku pulak. Harga emas time tahun 2008 masa akak kawen tu rm97 per g. Tahun 2010 tu naik dalam rm170 to rm200 kalau x silap. Tapi harga tu naik turun border rm170 to rm190 sekarang ni. X naik sangat lah kalau tengok trend tahun 2010 ke 2013 nih. Itu anggaran je okeh. Kang org2 penjual emas lagi lahar akak pulak x kaji betul2. Tu anggaran sahajork dari apa yang akak tengok harga kat public gold itteeww... Xde la aku catit data dia hari2.

Lagipon akak bukan economist. Akak hanyala pembeli gittewww...

Jangan marah akak tau!

3 comments:

ummu aufa said...

a'ah..x untung pon kalo beli ngan public gold..mati2 kena tipu ngan cha ya alif nun.hehe..walopun ramai dealer melayu tp atas2 semua cha ya..tambah lg kalo jongkong, dh la rumit kalau nak gadai kat arrahnu.hu2. Oh, lg 1,from my experience, dealer die mmg nak untung je, jual beria2,tp bile harga naik siket dan kite nak jual balik kan mati2 x reply msj n x angkat fon n bg mcm2 alasan. Bile harga dah turun baru contact balik nak jual ke.teruk kan.hu2.

so..beli barang kemas lg ok^^,hihi

monstorious wife said...

kannn? akak pon dh nk jual ni tp nk tggu jugak harga naik. Kalau jual skrg rugi laa..

faizura razak said...

err x untung ek?ada gak plan nk wat gold invstment ni.kansel la nmpknye.baik beli brg kemas ye.hrga 916 pun dh murah skrg. rm148 per gram

iklan