Sunday, March 10, 2013

Toilet train Pahat.

Actually bukan aku yg start nak toilet train Pahat.
TAPI babysitter dia yang sangatlah rajin toilet train dia.

Bukan akak x nak toilet train dia uolllss. Tapi Pahat tu bukan pandai cakap. Nanti nak kencing ke berak howw dia nak bgtau emak kaedahnya??

Tapi sebab Kak Ya (nama babysitter Pahat) dah start siang tu. Takkan lah akak balik nk pakaikan dia pampers balik kann? So akak continue kat rumah.

Day 1.
Bawak pegi toilet setiap 15 minit. Tu pon ada terkincit jugak. Ada baru je 5 minit bawak pegi kencing dia dah kencing merata lagi. Kena babap dengan emak. Matila emak garang.

Masa ni memang penat gila sebab siang tu kelas aku pagi sampai ptg. Balik masak lagi. Kena bersihkan tempat yang dia kencingkan lagi. Seluar tak payah cakap ada dekat 10 kali tukar. Pukul 10 baru pakaikan dia pampers sebab nak tido dah.

Masa ni nk kencingkan dia kena bunyikan shi shi shi shi. Dah mcm hapa emak.

Day 2

Still bawak 15 minit atau 20 minit. Terkincit pon sekali je sebab emak lambat bawak pegi toilet. Tetap kena sebut shi shi shi baru dia kencing.

Day 3

Bawak gi toilet 30 minit sekali. Ada terkincit sekali.

Day 4

Sejam sekali. Xde terkincit dah. Bila cakap

Pahat bukak seluar. Kencing.

Dia bukak suar pegi toilet kencing sendiri.
Tak payah nak shi shi shi shi lagik

Day 5

Bawak gi toilet bila perlu. Bila dia dok pegang bird dia tu tandanya nak kencing. Tido siang pon xde kencing walaupon dia tido 3 jam.
Bangun cepat2 bawak gi toilet.

Overalll akak rasa berjaya jugak train Pahat. Cuma berak je dia x reti kat toilet. Kena pakaikan pampers dulu. Tapi kencing dah pass. So kitorang memang dah x pakaikan dia pampers kat rumah.
Kalau jalan2 tu pakaikan la sbb dia tak reti cakap takut terlepas pandai.

Kesimpulannya akak rasa kalau anak pandai cakap lagi senang nak train. Emak kena rajin babysitter pon kena rajin. Kalau baby sitter malas emak sendiri kena try train time cuti. At least 3 hari. Lepas 3 hari dia dah paham bila nak kencing pegi toilet.

Akak bersyukur dapat babysitter yang rajin dan sayang Pahat mcm anak sendiri. Dari Pahat baby hantar kat situ. Rumah memang kemas. Pagi2 dia dah masak. Alhamdulillah. Mungkin rezeki akak kat duit nan hado sgt tapi rezeki akak dapat babysitter yang baik.

2 comments:

flawlesscupcake said...

hi ilotz!! tahniah sbb berjaya :). iyer la ilotz kadang2 kita tak sedar sebenarnya rezeki bukan hanya duit..tapi benda2 yg baik berlaku disekeliling kita. alhamdulillah.baguss baby sitter ko tu.

monstorious wife said...

haha...aku ingatkan sapa. Rupanya ko Dee.

iklan