Friday, February 22, 2013

apa aku merepek ni setannnn??

Eh entry bawah tu sebenarnya akak nak cerita

kereta akak beberapa bulan lepas leaking apa ntah mak dah lupa. Tapi CD Owner igt kot sbb akak ada citer kat dia. Yang tu kena RM500++

Pastu last month gasket pecah. Tukar gasket kena RM30 sahajork. Sebab pegi kedai kawan Mohd Rafi.

Sebenarnya dari last Month kereta aku tu dah bunyi2 bergesel kat brake disk tu. Bukan disk brake yg RM15 tu yang bulat itteww...aku pon x tau term dia hapa. Aku suh Mohd Rafi check dia kata OK je. Bila aku citer aku bawak kadang2 bunyi bergesel dia x percaya. Dia kata time dia bawak ok je xde bunyik.

OK. Fine.

Sebab bunyi bergesel tu memang kadang2 je.

Sampaila ke haritu balik raya cina tu dia bawak kereta bunyi mcm tu barula dia percaya. Rasainn!!

Lepas tu uolllss tengah jalan2 kat highway tetiba exzos roboh!!

Ni kali kedua kena. Aritu dah pasang balik getah dia tu kena RM30. La ni kat highway tengah jammed exzos roboh!
Dengan bunyi yang masyaAllah kuat gila gegar2. Cari2 dawai dalam kereta nan hado nak buat ikat exzos temporary so bawak je la sampai rumah.

Pastu Mohd Rafi check rupanya exzos tu senget lalu bising kat akak cemana bawak kereta exzos boleh senget la..bla..bla..bla..

Esoknya dia bawak pi repair kedai kawan dia tu. Tegakkan balik exzos itteww..

Boleh bayangkan tak kami jalan bunyi bergesel kat depan. Bunyi exzos roboh kat belakang?? Pitammmm!!

So since bunyi bergesel tu ala2 kadang2 je bunyi. Kami put on hold dulu sebab baru balik kampung kewangan tidak mengizinkan.

Then. hari rabu tayar pulak boyor, Pi tampal kat kedai cha ya kat serdang dia x bukak pon tayar. Main tengok ada skru kecik dia kuarkan pastu tampal tak bukak tayar pon. Dah tu check balik pon tak. Charge RM6.

Sekali je semalam tgk tayar jadi lembik lagi. Kali ni pegi kedai cha ya yang dekat dengan bengkel Mohd Rafi kerja.

Ni cara yang betul ye nak tampal tayar bocor. Bukak tayar. Pump tayar ikut psi normal. Check kat air tgk mana yang bocor. Kalau dia kuar bubble2 kat tempat tu maksudnya kat situ yang bocor. Pastu tampal yang bocor.
Then check lagi dgn air ada lagi kuar bubble2 tak. kalau nan hado dah siap. Pump dan pasang balik.

Yang ni kena RM5 sahajork..

Nampak tak perbezaan?

Dah alang2 buat tayar bocor tu. Mohd Rafi bawak pegi bengkel kawan dia lagi 1 terus tukar disk brake tu.

Amek masa sejam lebih. Jadi menanguk lah aku tunggu kat bengkel Mohd Rafi baca majalah motor bolehh??
Ni kena charge berapa akak nan hado tau. tapi kalau x silap. Disk brake tu rm100++. brake pad rm15. upah rm90. tak tau la kalau diorg ada ganti benda2 lain. Bil masuk kat Mohd Rafi. Hahaha...sebab akak bawak RM20 sahajork.

Matila lunch pon Mohd Rafi belanja. Makan beriani gam batu pahat kat kedai hujung tu ha. Mahal gila aku rasa. Beriani kambing dengan acar dan kari sayur,  nasi campur ayam kicap sayur togeh dan telur masin. Air teh ais dan air kosong. RM22.50

Gila mahal aku rasa.

Kat cafe Upm ni murah gila. Nasi+ayam+sayur+air = RM4 sahajork. Maximum akak kena charge pon RM5.50 dengan air hokeh.

Tengok...tengok...dah aku merepek bab makanan pulak.

Okehhhhh. Bye...

No comments:

iklan