Friday, January 18, 2013

Limited Vocab.

Oh yes anak akak umur dah 2 tahun 3 bulan..

Tapi apakah yang dia pandai??

Cakap nan hado la sangat. Very limited vocab dia.

Yang dia tau cakap:

Nak
Bye
Nanak
Mmmmm....sedap!
Miawww
tu
ni

tu jah. tak sampai 10 pon.

Yang lain dia pandai dah makan sendiri tanpa membuat penyepahan yang banyak. Pandai makan pakai sudu dan tangan. Ala sepah2 sikit tu lantakla..

Pandai mengenal jajan dan juga makanan rapu.

Pegi kedai sibuk amek twisties. Bolehhh?? Jangan harap aku nak bagi makan.

So nanti emak pujuk2 dia amek coklat ka roti ka..

Merepek2 ja makan jajan. Akak nan hado la ajar makan jajan. Ntah mana dia tau ntah.

Tapi uollss...time umur dia 2 3 tahun ni la kita boleh kawal pemakanan dia.

Nanti bila dah besar, Dah sekolah. Takde maknanya.

Sah2 dia makan apa yang dia suka jah!

Akak pon xde la cerewet sangat.. Kalau setakat coklat tu akak bagi la..

Gula2 dengan jajan memang akak tak bagi.


 Ha ni sedang gembira makan cream puff.

Aku hangin gila time tengah baking. Dia pulas temperature oven kadang2 jadi 220c. Kadang2 jadi 0c. Kadang dia tukar ke grill. Kadang2 dia pulas ke api atas je.

So nanti cake aku samaada terhangus. Atau pon underbake.

Kesimpulannya, nak baking tggu dia tido. Pantang lepa ada je benda dia buat.

Kalau dia nampak ada stok coklat, memang siapla kau hari2 dia mintak.
Selagi tak habes selagi tu dia tunjuk2 fridge.
Terpaksa la emak sorokkan.

1 comment:

DeLancrettLurpak said...

aku bagi je anak aku makan jajans uols, hehehe, tapi limit la, sebab aku beli multipack gituh, so limit 2 packs per day. Lagipun kat sekolah hengland, mmg cikgu bagi jajans. Tak leh nak strict sgt sbb laki aku pun gila makan jajans T________T

iklan