Monday, December 10, 2012

Big Bad Wolf Books Day!!

They are back!!

Sekarang dekat Mines Convension Centre.

Dekat ja dengan Office.

Hari jumaat sampai ahad diorg bukak 63hours straight!!

Officemate akak dok pulun pegi time lunch hour jumaat tu. Nak bayar sahaja kena beratur sejam!

Then aku baca fb diorang kata malam jumaat tu pon nak bayar ramai orang even pukul 3 pagi!

After membuat survey. Akak mula nak pegi pukul 1 pagi sabtu,

Tapi kawan akak kata jalan masih lagi jam ke arah Mines.

Tambah laki akak x bagi pegi. Dah la sorang2 drive pagi2 buta pulak tu. Nanti jadi apa2 hal susah..
Dia kata mcm tu.

So akak pegi pukul 7 pagi!

Jalan clear. Parking pon senang!

Tempat dia adelah besarrrr!!

Akak suka! Tak lah sesak mcm south city nak cari buku pon langgar2 bontot.

Sapa pernah pergi yang kat Maeps tu lebih kurang mcm ni la.. mcm gudang

Nampak muka akak mcm flawless je kan padahal...gambar kat instagram ni menipu.. Ni bangun tido mandi cuci muka semayang terus dtg sini dengan gigih.

Sapa nak datang silalah bawak troli atau beg beroda. Tak kuasa nak mengangkut kotak dengan buku berat2 ye uolllsss...

Akak bawak troli sayur mcm di bawah ni.


Senang, amek buku campak dalam tu.

Orang yang bawak beg akak tengok leceh.. Amek buku nak kena bukak zip beg. masuk dalam tu, tutup balik.

Kan leceh kann?

Nampak tu buku Pahat je banyak aku beli. Sebab murah nak mampus. RM 3 to RM12 harga dia. Plg mahal pon akak tgk RM30. Tu pon buku masak Jamie Oliver yg tebal nak mampos tu.

Novel akak x beli banyak sebab last2 year aku beli masih lagi x baca gara2 tamak. Bolehh???

Akak aim novel dari Jane Green sahajork. Dapat 1 terus mata bersinar2... Pastu terus pi bayar. Bolehhhhh??

Time nak bayar pon smooth sangat. Senang hati emak.

Balik rumah beli nasik lemak. Makan pastu tido balik.

Pastu merungut kata perot buncit. Bolehhhh? Lempang kang!

2 comments:

ummu aufa said...

sy last beli buku2 kat aufa mase dapat baucar buku taon lepas.hihii..bestnya tengok buku murah2..ala..tataw pon ada sale.

monstorious wife said...

pegi lah nina, dia bukak sampai 23hb nih.

iklan