Monday, November 26, 2012

Update Weekend!.


Hii uollss...

Semalam akak pegi Midvalley. Pitammm ye nk kawal Pahat.. Sebab tu akak suka pegi Alamanda sebab alamanda kids friendly sket. Boleh bawak troli carefour tu naik turun sebab escallator dia troli friendly. Pahat kalau letak dalam troli dia diam.

Kalau ko lepaskan Pitamm ko nak kejar. Kalau bergandingan dengan Lion lagi la pitammmm!

Pegi Midvalley tanpa agenda sebenarnya. Jalan2 sahajork.

Actually semalam akak hantar mak akak balik Johor kat putrajaya sentral. Alang2 akak tanya kawan akak ajak jalan2 sekali.

Actually kalau tempat kecik senang lagi nak kawal anak dari berlari2.. Ni tempat sebesar Midalley pitammm.

Terpaksa main2 pass baton dengan Mohd Rafi. Dia tengok2 barang akak jaga. Akak tengok2 barang dia jaga.

Pahat bila penat, suka2 dia je duduk kat tengah2 alam tuh.

Sebenarnya akak nan hado budget pon nak shopping2. Sebab sabtu tu akak dah hover budget shopping kat Kinrara. Sapa nak dress chantek dan murah sila lah pegi giant kinrara. Banyak booth jual tudung dan dress chantek2. Harga lebih kurang sama dengan Kenanga Wholesale. Pastu Mohd Rafi pon gaji 1hb. Lagipon akak skrg beli barang harga bawah rm50 sahajork. Akak sedar diri mesken.

So, kawan akak ajak pegi metrojaya sebab dia ada voucher. Banyak. Mula2 tanya laki aku ada x nak beli apa sebab dia nk bagi voucher tu. Mohd Rafi cari jacket dia x berkenan. Pastu pusing2 nan hado dia nak beli. Turun bahagian ladies and cosmetic.

Akak cari make up urban decay nan hado. Akak kan jarang pegi metrojaya, mana la akak tau ada jual kat mana.

Pusing2 xde benda best. Last2 pegi beli jeng...jeng...jeng...


Tote bag ELLE. Ala...bag ni pon harga asal RM99 sahajork. I bought it for FREE!! Sebab ada voucher lah. Tenkiu..Tengkiuuu!!!

Ye. Akak happy walaupon dapat bag harga RM99 jah. Bag yg aku ada skrg pon aku beli RM30 jah kat KWC.

Last aku beli bag branded adelah masa hantaran iaitu bag guess. Lepas tu akak beli bag chap ayam sahajork. Bila dah ada anak lagi lah, nak beli barang2 mahal kang rasa bersalah pulak.

Tu pon nasib baik la uolllss akak jual2 kueh raya tu boleh jugak buat beli henpon dan saving sikit. Kalau tak sampai sudah akak pakai henpon skrin hijau yang kejenya asik off sendiri.
Alhamdulillahhh....


Sementara akak pilih bag. Mohd Rafi n Pahat di sebelah orang main Piano. Barulah senyap sikit si Pahat tuh.
Terus feeling2 nak hantar Pahat kelas piano...**matila mahal nak mampos kau mampooo kah?? Matila jual emas Pahat pon belom mampooo beli piano ya...

Dari pukul 10.20 sampai pukul 1 kitorg dlm Midvalley. Dalam Pahat lari2 sana sini. Gigih jugak kitorg 3 jam lebih dalam tu.

OTW balik Pahat tido sampai kat rumah still tido sampai pukul 6 petang. Kepenatan sangat la tu tawaf Midvalley.
 


No comments:

iklan