Thursday, November 29, 2012

Austin Steak Bangi

Hari ahad Mohd Rafi cakap dengan akak.

'Yang, nanti esok I bawak u pegi makan grill western kat Bangi'

'Yelah..'

Akak suka je lah x payah masak kennnn. Aku ingat nama kedai tu Grill.

Fine.

Hari isnin akak message dia.

'Jadi x pegi makan grill bangi yang u cakap tu?'

Ko tau dia reply apa? Dia reply ni:

'Ebab2 ayah..Pahat comel..comel..'

Ada kena mengena tak dgn pertanyaan akak??  Takde kann?

So akak assume x jadi la.

Akak balik keje dah kebulur lalu masak nasik goreng. Makan bersama Pahat.

Tup tup akak tengah makan dia balik lalu sentap.

'Kan dah cakap nak makan kat Bangi..'

Ek eleh...message bukan2 pastu kata jadi. Lempang jugak kang.

So tadi malam la baru pegi. Gigih akak tahan lapar sampai pukul 9 malam. Mana tak gemok kalau makan lebih pukul 7pm.

Ek eleh....rupanya dia bawak akak pegi Austin Steak. Dah banyak kali aku pegi dah.

Pastu akak cakap dengan laki akak mcm tu dia cakap,

'Apsal i x tau? kenapa u pegi x bgtau i?'

Ha....kan dah kantoiii... Akak pegi banyak kali dengan Fizi and Filla.... kan Filla kannn?

Budak ni melalak sebab nak main sudu garpu bagai. Pastu apak dia suh duduk kerusi sebelah x nak. Nak duduk atas riba apak jugak. Chantek sangatlah tu nanges bukak mulut luas2 mcm tu?

Makanan kami order. Mohd Rafi order Lamb Chop. Akak Mix Lamb. Harga rm13.90 sekali dengan package2 fries, colleslaw, salad, baked bean dengan roti.

Gravy dia sedap. Daging liat sket. Daging kat Ayer Rock lagi lembut dan senang dikunyah. Of course la kan dah mahal.

Air dia akak suka sebab gelas besar. Harga RM3.50 to RM4.

Ni tukang sedut air akak. Apak dia makan sambil pangku Pahat atas riba. Mesti org confuse tengok emak relax je makan. Apak pulak layan anak.

Eh, laki akak memang mcm tu. Kalau makan dia suh akak makan dulu..**ulang lagi ayat, cemana tak gemok??

Dia kan obsess sgt dengan anak dia. Merasa lah dia layan. Kecuali kalau dah lapar gila. Sebab tu bila ada anak nih selalu masak sahajork ataupon bungkus.

Kalau nak makan kat luar kena laju2.

Kalau Mohd Rafi xde, akak bawak je makan makan sorang2. Bukan Boiboiboy kat Phone boleh la makan dengan laju sementara dia belom boring.

Dia start boring dia campak Note aku tu ke lantai...**sedihhhh!

1 comment:

zFiELa FewRinA said...

ni la kedai abg botak.. tap sebab i g ngan fizi.. abg tu tak jadi ngorat i.. sempat main2 mata jer..hahaha

iklan