Wednesday, October 24, 2012

Review on collagen.

Ok. Ingat tak akak pernah citer pasal collagen? Ok. uollss akak bimbo. Collagen ada type 1 and type 2.
Type 2 untuk arthisis(salah eja...matila..) . Type 1 yg korang dok makan untuk kulit tuh.

Jadi. Perut akak menggelebeh sebab lepas beranak malas pakai bengkung. Ditambah pulak, asal ada lab siang tu, malam tu penatnya kemain.

Jalan2 sikit pon dah penat.

Jadi akak berkata dalam hati. 'Tak boleh jadi ni. Kena cari supplement'

Akak teringat pulak dulu kawan akak ada bagi 3 sachet supplement bernama Origen.

Supplement ni berupa collagen+vit c+beta carrotene.

Sebab benda ni mahal. Jadi kita kenala survey2 dulu.

Jadi akak jumpa link ni tentang collagen2 yang ada dipasaran serta explanation tentang collagen.

http://www.thepillhouse.com/supplement-reviews/collagen-drink-review

So. Akak pon pegi ke 3 farmasi yang ada kat Mines. Watson. Guardian dan juga Care Farmasi.

Kebetulan dekat Care Farmasi ada promotion.

RM132 / 30 sachet. Free 2 Pur White. Dan the most important thing is ada HALAL JAKIM !!!

Terus akak beli uollss.

Akak lupa nak bgtau. ORIGEN PLUS ni version hidryonized collagen. Kenapa kena hydronized? sebab kalau tak nanti collagen tu akak mendap dalam buah pinggang. Sila berhati2 beli collagen ya. Pastu ni ada vitamin c dan juga beta carrotene. All natural ingredients. Nak lebih2 lagi pasal info product ni sila guugle.

Dan ni contain 5000mg collagen. Collagen tak boleh amek lebih juga ya. Jangan nak over. Nanti ada side effect. Biasanya kalau lebih 10000mg diorang akan advise makan 2 atau 3 kali sehari.

So, akak dah guna 5 hari. Akak tak tipu ya, perut akak dah kurang gelebeh. Pastu tentang energy takde la energetic mcm makan dadah. Rasa penat jugak cuma tak la lembik je bila balik rumah after work. Tapi pasal energy ni bukan sebab collagen tapi sebab kandungan vit c and beta carrotene tu. Kulit muka jadi halus okeh. Akak tak tipu. Tapi takde la kulit aku bertambah cantik or akak kelihatan muda ke apa. Biasa sahajork. Tunggu la lepas sebulan mana tau akak jadi chantek ka...**larikkkk!!

AWAS ya, kalau perut korang gelebeh sebab lemak pastu makan product ni xde kesan jangan salahkan akak!!

So far akak survey, ini yang paling murah. Kalau tak sila ephyra pon contain 5000mg collagen. Tapi Ephyra punya contain lagi banyak ada 9 jenis kot dalam tu yang akak baca.

Tapi Ephyra RM200. Mahal la pulak akak nak beli. So akak beli lah ORIGEN nih.

So akak puas hati la jugak baru 5 hari dah nampak kesan sikit. Kalau lepas 30 hari pon mcm tu jugak next month aku dah x beli dah... **matila lagiii

So, sapa2 rasa2 nak collagen yang murah dan berkesan. Dan juga HALAL JAKIM. Beli lah ORIGEN nih. Promotion sekarang kat CARE FARMASI until 5 november harga dia RM132. Lepas tu naek jadi RM168.

Sorry akak tak jual. Kau pegi beli sendiri kat farmasi.

Akak sharing2 sahajork!!

No comments:

iklan