Thursday, August 9, 2012

Sentap 40 kali ganda.

Hi uollsss... akak telah bangun pukul 4 pagi masak nasik lemak.

Sebab kaedahnya akak janji dengan laki akak nak masak malam. Tiba2 pukul 8 lebih akak ngantok nak mati sebab hari sebelumnya akak tak boleh tido satu malam gara2 minum nescafe black roast. Ada orang suruh kau minum pukul 11 malam? Merasa lah akak tak boleh tido. Dah tu akak pegi la buat kueh. Siap kueh tak boleh nak tido lagik akak jahit seluar Pahat yang koyak celah kangkang tuh,
Pastu dok tengok TV olympic acara diving itteeewww... matila kan puasa2 kau tengok acara diving?

Pastu sambung buat kueh tat. Sampai ke sudah akak nan hado tido. Kat opis pon tak boleh nak tido. Merasa lah kau!!

So pagi ni sambil buat kueh tat Mohd Rafi bebel2 kat akak:
'Tahun ni takde kueh kat rumah lagi ke?'
akak pon jawab, 'macam biasa la...'

Pastu dia start bebel2 ntah hapa2 ntah.

Ala, dont worry kueh pon dalam ahad ni insyaAllah semua siap. Next week boleh buat kueh sendiri + kueh2 ad hoc last minit (Tak dapat bonus terpaksa akak amek order kueh lagi...**tetiba)

Yela uollls..akak nak kumpul duet beli henpon baru yang canggih sikit. Nak beli galaxy dengan iphong memang lah tak mampu. Nak beli henpon harga RM200 sahajork.

Akak dah 97% weaning off Pahat. Dia pon tak carik atau tak mintak. Tido pon ok jek. Alhamdulillah memang sangat senang weaning off kan Pahat. Rambut Pahat dah tumbuh kasar sedikit berbanding rambut dulu yang tumbuh hidop segan mati tak mau.

Akak malas nak amek gambar Pahat.

Akak beli baju raya Pahat macam banyak pulak. Apak pon belikan juga. Takpe lah kitorang beli saiz besat lagipon 2-3 years. Boleh pakai sampai taun depan.

Citer pasal bonus yang buat akak sentap tuh. Nasib baik la akak dah beli baju raya semua. Duet raya pon dah siap tukar, touch n go dah top up. Kalau tak terpaksa lah akak jual kueh sampai raya pertama.. **matilakan kau punya analogi.

Keter akak ni pon satu hal jugak uollllsss, time2 nak raya ni minyak hitam leaking lah, timing belt nak kena tukar lah...Ohoiiiiiiiiiiiiiii !!!!!!!!!!!!

4 comments:

Izuan Kunang-Kunang said...

Dugaan puasa Kak...

silent reader said...

Kat sinilah menunjukkan betapa bersihnya atau tidak gaji kita. Tanpa disedari banyak benda yang berlaku yang menyebabkan kita terpaksa menggunakan wang tanpa disangka2. Insyaallah kalau gaji kita bersih benda yang tak sepatutnya berlaku insyaallah akan dijauhkan. Salah satu cara untuk membersihkan gaji adalah dengan berzakat. mungkin kak ilot terlupa untuk membayar zakat? tapi kita sebagai manusia sentiasa alpa. peringatan untuk diri sendiri juga.

monstorious wife said...

silent reader : before puasa akak dah bayar zajat. Nak bayar zaket atau menderma perlu bagitau orang meh??

ummu aufa said...

sy pon same kak, bulan2 pose ni jugak nak kena bayar road tax, nak servis kete, duit balik kampung 2 tempat lagi.. Rasanya semua takda kena mengena dengan zakat, sbb semua ni kan ujian Allah.kdg2 mase ni la diuji kan.padahal suami saya sendiri dah bayar zakat bagai..^^ ignore la silent reader tu.,die tak tahu penat lelah akak buat kueh bagai,lgpon zakat harta bile cukup nisob baru kena bayar..kalau mcm kite yang jual kueh kecil2an kan selagi tak cukup nisob tak perlu lagi..=)

iklan