Monday, August 13, 2012

Resepi Tat Gulung

Ha..bersempena bulan yang mulia akak nak share resepi tat gulung yang akak dok buat jual tuh.





Jem Nenas

2 biji nenas yang muda. Kalau beli yang dah masak kurang masam sikit dan nanti jem nya lembik sikit + nanti dapat sikit je, silap2 segenggam jah korang dapat. Dan sila cari nenas MORIS bukan nenas Madu, sebab nenas madu tak masam dan banyak serat.

2 biji nenas nih korang boleh dapat dalam 3 balang sahajork. Iaitu 150 biji sahajork. Kalau feeling2 nak bg emak mertua dan juga emak sendiri kau guna  la 10 biji.

So, nenas tu korang kupas. Buang mata dia. Lepas tu basuh dan blend. Kalau korang rajen nak parut, parut lah. Kalau dah sampai 10 biji mau tak crame tangan kau. Lepas tu tahun depan nescaya kau tobat nak buat tat gulung. Eh, tetiba buat jem nenas pon jadi panjang pulak bebelan akak.

Lepas dah blender tapis masuk dalam periuk. Air tu simpan untuk blend the next batch. kalau nak korang gigih nak tungguh jem masak boleh masukkan dalam periuk sekali.

Pastu masak sampai nenas tu agak kering dah air pon dah kurang baru la masukkan 1 cawan guna. Kalau nak manis tambah sikit gula lagi. Pada akak 1 cawan ni biasanya dah ok.

Masak lagi sampai jem kering. BIla nak masukkan gula sila kacau SENTIASA, kalau tak nanti hangit jangan salah kan akak. Kalau malas nak tunggu kering, sila tutup api, nanti sambung lagik mcm akak selalu buat.


ADUNAN TEPUNG

500g butter
2 biji telur kuning
130-150g gula icing - suka hati nak letak berapa sebab jem kan dah manes.
100g tepung jagung
800g tepung gandum.

Gaul butter dengan gula. GAUL ye bukan pukul. Tak payah pukul beriya pakai mixer segala. Pakai wooden spoon je kacau2 pakai tangan. Pastu masukkan telur, gaul sekata. Pastu campak tepung gandum dan tepung jagung dalam tu. Uli sampai sebati. Try pam guna acuan semperit tu, kalau dia keluar kembang2 tu masukkan tepung sikit dan uli lagi. Kalau nak pam mcm nak terberak masukkan butter sikit lagik.

Dah pam potong lebih kurang 2.5 inci, gentel jem jadi lonjong2 dan korang roll tat tu.

Ala, nantilah akak amek tutorial bergambar. Eh, tapi arini akak nak pulang camera dah. Nanti lah bila2 akak feeling2 rajin akak buat tutorial bergambar sebab nak menggulung tu perlukan skill jugak. Kalau tak nanti buruk jadinya.

Pastu amek telur kuning masukkan dalam mangkuk kecil. Masukkan air dalam 5 titik, letak coloring kuning atau akak selalu guna serbuk kunyit jah. Asalkan dia jadi warna kuning.

Pastu sapu telur kuning tadi atas tat uollss.

Bakar pada suhu 160c selama 20 menet. Bergantung pada oven. Atau pon asalkan bawah dia kuning sikit je korang angkat terus. Jangan tunggu bawah dia coklat nanti dah tak gebu.

Sekian... Ada pertanyaan?

No comments:

iklan