Sunday, May 20, 2012

Bersyukur je lah.

Hah, gambar birthday Aishah. Akak nak tunjuk kek yg akak buat tuh uollss.. Ni je gambar paling clear. Ni pon cilok dari FB ummi Aishah.

Sempena hari ibu last week.. **matilah kan baru nak citer pasal hari ibu. Mohd Rafi ajak pi kuar makan. Pegi Mines. Makan lah kat Nandos sambil tengok ikan keli yang besar gajah tu berebut roti orang campak.

Lepas tu akak tanya, 'Mana kek?'

Mohd Rafi kata, 'Kalau i beli nanti u kata tak sedap. U buat je lah kek sendiri balik nanti'

Keji sangatkan kena buat kek sendiri.

Sepanjang kawen 4 tahun nih uollss kek besday pon nan hado aku dapat. Tapi tak kisah sangat pon sebab nanti akak bakal cakap 'ala....kek i buat lagi sedap..'
Kau mampuuu over confident???

Tapi uolllsss... kadang2 kita tengok husband orang tu baiknya belikan beg jenama hell Vee ke cenel ke... kannn??

Tapi kita tak tau sebenarnya mcm mana. Yela, ada orang tulis kat blog yang baik2 saja. Mana kita tau inside dia??

Walaupon suami akak kurang romantik tapi akak bersyukur sebab dia boleh rajin la jugak kemas rumah jaga pahat. Layan pahat jalan2. Main2 kat Taman. Keje aku memetir jah kat rumah sebab Pahat tuh suka main2 barang kat dapur. Kejap2 dia pegi dapur amik pinggan mangkuk bawak pegi depan. Kalau plastic tu takpe, kalau kaca mau aku menjerit.

Apak dia paling kuat pon marah sajork. Tapi tak la se "HIGH PITCH" suara aku kann?? Takde maknanya dia pukul atau cubit anak dia.

Ada kawan akak citer, husband kawan dia, duit nafkah tak pernah bagi, beli rumah bini yang bayar. Duit bil semua bini bayar. Baju anak lagi lah. Pendek kata dia tak pernah keluar satu sen pon. Duit gaji dia untuk dia sajork. Apa punya lahanat punya jantan kannn??

Tup tup uollsss... Jantan tu kawen lain okeh. Howwww?? Macam tu pon bini dia sabar. Dia kata takut jadi janda. Sambil2 laki dia psycho 'Ada ke orang lain nak kat u kalau cerai'

Tak ke puaka hujung tanjung jantan tu??

Lalu akak nasehatkan. Kalau tak nak cerai tak perlu cerai. pegi mahkamah tuntut nafkah. Tuntut nafkah bukan bermaksud cerai. Cerai atau tidak nafkah memang wajib bagi. Aka tak paham konsep orang yang bgtau bila cerai wajib bagi nafkah, abes tu masa kawen tak perlu??

Bukan lah kena bagi beribu2 pon, sekadar apa yang mampu. Bukan suruh bagi semua gaji kau kat bini. Tapi agak2 lah, takkan 100% semua bini nak bayar. At least tolong lah bayar duit jaga anak ke bil2 rumah ke...

Akak suspect bini dia dah kena ubat guna2 okeh. Ada tak korang sanggup bersabar kalau laki korang yang tak pernah bagi duit se sen pon pastu tiba2 kawen lain??

Kalau aku takde la.. Pegi mampos dengan jantan macam tuh!

Kalau dia boleh survive bayar semua bil dan uruskan anak2 dia tanpa jantan keparat tu, kenapa nak tunggu?? Bukan ada guna pon simpan lelaki macam tu kannn??

Kannn?? tetiba akak emo puilerr...Bye.

No comments:

iklan